PERIHAL BUKTI FORENSIK TERHADAP DSAI

Pada hari ini pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti forensik yang dikaitkan dengan tilam yang dirampas dari Tivolli Villa. Bukti itu adalah dalam bentuk tompok air mani yang dikatakan datang dari DSAI dan tompok air mazi dari Shamsidar. Ada di antara tompok-tompok ini adalah bertindihan dan akan digunakan sebagai hujah mengatakan tertuduh dan Shamsidar telah melakukan persetubuhan. Untuk memastikan bukti ini tidak boleh diragui Hakim Augustine Paul telah melarang atau membatalkan soalan-soalan dari peguam DSAI yang mempertikaikan bukti-bukti berkenaan.

Namun terdapat beberapa fakta yang membuktikan kelemahan hujah dan bukti pendakwa.

Pertama, tilam berkenaan dirampas dari kondo yang digunakan oleh Magnum sebagai rumah tetamu syarikat itu. Oleh itu, berpuluh, malahan mungkin, beratus orang telah tidur di atas tilam itu. Adalah menghairankan semua tompokan air mani dikatakan hanya dari seorang, iaitu DSAI.

Kedua, pihak polis juga telah merampas tilam dari bekas kediaman resmi DSAI dan dari rumah Shamsidar sendiri.

Ketiga, sumber-sumber dari Jabatan Kimia memaklumkan bahawa sebanyak enam buah tilam telah dibawa untuk diuji di mahkamah Jabatan Kimia. Ini menunjukkan bahawa tompokan-tompokan yang digunakan dalam ujian adalah gabungan dari beberapa tilam berasingan. Kemungkinan besar sebahagiannya diambil dari tilam kediaman DSAI sebahagian dari rumah Shamsidar.

Selain dari itu, pihak polis juga telah mendapatkan sampel darah dari seorang gadis bernama Sharifah Intan. Darah ini akan digunakan untuk mendapatkan DNA yang kemudiannya akan dikatakan ditemui di tilam yang sama. Dengan ini pendakwa akan mengatakan DSAI melakukan hubungan seks dengan dua orang wanita di situ.

Beginilah betapa dasyatnya konspirasi yang fitnah yang direka Mahathir terhadap DSAI. Dan betapa hinanya Pendakwa dan Polis yang "melaksanakan" konspirasi itu.

Ke atas mereka laknat Tuhan!