TRANSKRIP PERBUALAN UMI HAFILDA DAN DATO'SNG CHEE HUA

Pada bulan Jun 1998, Umi Hafilda terbang ke London bersama Datuk Sng Chee Hua, seorang Ahli Parlimen dan peniaga dari Sarawak. Inilah transkrip percakapan antara Umi Hafilda dengan Dato' Sng di dalam pangsapuri Dato Sng di London:

"Hey, Daim dengan Ku Li.... dia orang ak boleh nafikan. Tapi saya tak suka abang awak (DS Anwar) jadi pemimpin. Saya tak boleh terima. Tak boleh sama sekali."

"Pasal penulis tu. Saya tak tahu siapa bayar dia... maksudnya... jumlah sebenar dia dibayar. Tapi saya tahu satu juta. Tapi tak tahu Tun bayar atau kongsi-kongsi."

"Dia orang tu kaya nak mampus. Rumahnya (Tg. Adnan) pun ada lif. Awak tahu, dalam rumah tu...lima tingkat. Dekat Bukit Ledah."

"Dato, saya cakap betul, awak sangat rapat dengan saya. Saya tak mahu Anwar Ibrahim jadi bakal pemimpin kita.Dia kata macam tu."

"Tak mungkin, dia kata. Saya janji pada diri sendiri. Saya janji pada PM, biar saya yang bunuh kerjayanya. Saya tahulah apa nak buat. Orang-orang ni banyak duit, Dato, ya!. Dia orang bukan peduli."

"Depan Anwar dia orang ni gelak-gelak. Dia cakap dengan saya, dia akan bunuh orang ni. Itu tugas dia."

"Saya dapat ini 30 minit lepas dari Jabatan PM. Dari cakap orang ni, dia kata, Tahniah, Khalid. Awak pandai buat kerja. Teruskan. Tunggu saja masanya. Semua mata akan jumpa di mahkamah. Tarik semua masuk mahkamah. Bila pecah semua cerita, satu negara akan tahu siapa Anwar Ibrahim. Itulah rancangan dia orang. Dia orang ni macam tebuanlah. Saya kata, macam tu, ya. Kemudian pau! Kemudian tutup, tutup, semua PM akan tutup. Tutup kes, macam tu lah."

"Kali ni PM cakap, kita jumpa di mahkamah, biar seluruh negara tahu. Jadi, PM pun cakap pada Khalid, tahniah, lepas tu dia orang minta empat puluh naskhah dihantar lagi ke pejabat PM."

"Habislah, mati dai, Anwar kan? Mesti lah. PM suruh dia orang panggil lah, tau tak? Kalau tidak, Khalid takkan beranilah, Dato. Dia duduk rumah sekarang. Sekarang. Ketawa saja. Saya cakap, macam mana, abang Khalid? Oh, sebenarnya Anwar takut dengan I. I tak takut. Saya tunggu saja di rumah. Itu sebab dia tak jadi pergi.... Maknanya dia dah dapat janji PM, tau tak? Dia tahu tak ada siapa berani sentuh dia."

"Saya tak nak masuk campur lagi. Tapi macam saya cakap semalam, betul, saya nak jaga keselamatan saya saja. Itu saya, awak tahu? Saya jaga keselamatan saya saja, dan cari untung dari dia orang ni sebab dia orang dah janji. Ya, saya mesti buat. Tinggal kutip duit saja. Macam mana nak kutip duit, itu saja."

...bersambung...