UMMI SANGGUP BERBOHONG DI BULAN RAMADAN

Saya pasti anda semua sudahpun mendengar berita-berita mengenai kes DSAI. Saya ingin menjelaskan beberapa jawapan yang telah diberikan oleh Ummi semasa disoaljawab di mahkamah yang sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal.

Ummi telah mengatakan yang bapanya tidak pernah memutuskan zuriat. Dia juga mengatakan yang surat yang ditulis oleh bapanya (seorang ustaz) itu telah ditulis selepas bapanya diberi rasuah oleh abangnya Azmin iaitu sebuah rumah yang berharga RM 300,000,.00 dan sebuah kereta Proton Perdana.

Untuk pengetahuan semua, bapanya telah memutuskan zuriat kerana disebabkan kes DSAI. (Surat akuan Haji ALi telah tersebar luas di internet sejak sebulan-dua yang lalu) Rumah yang diberi oleh Azmin itu telah siap dibina LIMA tahun yang lalu dan tidak ada kena mengena langsung dengan kes ini. Kereta Proton Perdana itu telah diberikan oleh Azmin baru-baru ini kerana Azmin tidak sanggup melihat bapanya tidak berkereta akibat angkara Ummi. Semua ahli keluarga Ummi tahu akan hal ini.

Haji Ali sebelum ini mempunyai sebuah kereta Mercedes yang lama. Ummi telah menjual Mercedes itu tanpa mendapat keizinan sesiapa dan telah membelikan bapanya sebuah BMW. Tetapi Ummi terlalu kerap menukar kereta agar dilihat oleh semua yang dia memberikan yang terbaik kepada bapanya itu. Bila Ummi mula dikelilingi hutang, dia telah menukarkan kereta bapanya dengan Proton Wira, yang mana Ummilah yang memperkudakan Wira itu dan bapanya telah tidak 'berkereta'. Akhirnya Wira itu juga telah ditarikbalik oleh syarikat kewangan. Kemudian Ummi membeli Perodua Kancil....yang mana juga tidak lama selepas itu telah ditarikbalik oleh syarikat kewangan.

Ummi juga tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan ibunya. Ummi telah beberapa kali lari dari rumah setelah bertegang leher dengan ibunya.

"Saya tidak percaya Ummi sanggup berbohong di mahkamah di bulan Ramadan ini...semua Allah menunjukkan jalan yang benar kepadanya" --Awang Selamet.

Terjemahan oleh: Princess (http:/jahil.cjb.net)