From: khadijah 
To: Marhaintua@Hotmail.com
Subject: Tahniah
Date: Sun, 12 Mar 2000

Assalamualaikum!!!

Tahniah saya ucapkan kepada saudara kerana telah mempersembahkan satu pencak silat yang amat dinantikan sebelum ini. Saudara dapat memperlihatkan bunga dan buah dengan begitu baik tanpa sedikitpun ada langkah yang sumbang. Setiap langkah yang saudara buka pastinya diakhiri dengan buah yang padu dan pastinya akan menyesakkan dada penerima. 

Harapan saya, banyak lagi panglima-panglima melayu kita yang berjuang untuk agama dan bangsa seperti saudara dan bukan untuk pemerintah yang gelojoh dan haloba seperti mamakanda kita.

Sekian,

Hulubalang melayu

sad_72@hotmal.com

Jawapan MT

Saudari,

Terimakasih kepada dua warkah yang dikirimkan. Saya meminta Webmaster yang menyiarkan jawapan ini di ats sebab-sebab keselamatan. Sebenarnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT. Cacat celanya daripada saya.

Jikalau saudari lihat akan arkib penulisan saya yang ada di RPN (Titipan Marhaintua) ataupun di Mindarakyat (Minda dan Budi) ataupun Tranungkita (Penulis Siber) banyak lagi hasil penulisan ini yang dibuat dengan segala tulus ikhlas untuk bangsa dan negara. Namun kita tidak boleh memperkecilkan khidmat penulis lain yang terpaksa menulis untuk cari rezki yang halal untuk menyara hidup seisi keluarga. Cuma, menulis secara berjihad tidak perlu mengambil kira segala pampasan itu. Nawaitu penulisan semata-mata ke jalan allah.

Setelah meneliti kata-kata saudari saya yakin saudari juga mempunyai keolehan menulis dan menyampaikan isihati kepada bangsa kita secara menulis terus ke laman Web yang sentiasa menanti sumbangan saudari itu. Saya mencadangkan agar saudari memulakannya sedikit demi sedikit mulai malam ini. Cuba ambil isu yang amat dekat di hati kaum hawa untuk dibincangkan secara terbuka. Dari itu saya yakin saudari dapat menyumbang sesuatu yang baik untuk kemajuan bangsa kita juga. 

Jika perlu hantarkan dulu penulisan itu secara terus kepada saya TETAPI JANGAN DENGAN ATTACHEMENT KERANA SAYA TIDAK AKAN MEMBUKANYA. 

Sekian dulu dan salam hormat dari saya kepada saudari sekeluarga.

-MT-