From: jinbravo2020
To: marhaintua@hotmail.com
Subject: Raja-raja Melayu
Date: Mon, 20 Mar 00 20:04:11 GMT

Assalamaualaikum Tuan, 
saya amat berterimakasih atas pengorbanan masa, wang dan keselamatan tuan dalam menghidupkan reformasi, terutamanya akan melayunya orang Melayu sejak zaman kesultanan Melaka. 

Setelah dijajah dengan lamanya (Portugis, belanda dan Inggerris dan kommunis) tidak hairanlah mengapa orang melayu mempunyai perwatakan lemah.Raja-raja melayu sekarang pula tidak banyak membantu untuk menukarkan perwatakan orang Melayu supaya berani bersuara. Apa tidak, seseorang bila hendak mengadap raja perlu meminta beribu-ribu ampun, seolah-olah mengadap raja sesuatu kesalahan. 

Bayangkan betapa takut nya orang melayu semasa dibawah genggam raja sehingga raja boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya.Saya berpendapat Raja perlu mengubah protocolnya untuk kebaikkan orang melayu sendiri agar mengadap raja lebih mudah dan tidak dibayangi ketakutan.

Seperti Tuan juga maklum, terlalu banyak undag-undang di Malaysia yang begitu menakutkan seperti ISA, POPOC, Akta Hasutan dan lain-lain juga membuat orang-orang Melayu terus menjadi penakut. Pada saya Umno tiada lagi didalam hati saya. Mahathir pengkhianat bangsa dan negara dan agama terus dengan rakusnya memporakperandakan kekayaan negara (minyak, gas, air, balak) untuk kepentingan tertentu. 

Orang tertentu tidak lain dan tidak bukan adalah raja-raja juga. Nampaknya raja-raja merupakan pembaziran (liabiliti atau bebanan) bukannya aset. Sudah sampai masanya raja bangun dari tidur untuk kebaikkan mereka sendiri dan negara. Tapi raja-raja perlu terlebih dahulu menghapuskan maharaja mamak mahathir ala mahafiraun dan kuncu-kuncunya.

Saya warga muda/generasi muda hanya dapat mengundi dan harap warga tua dapat turut serta dan sedar bahawa UMNO sebenarnya adalah musuh dalam selimut.

Jawapan MT

Walaikumussalam saudaraku,

Terimakasih di atas warkah saudara. Saya memberikan jawapan spontan kepada warkah ini kerana beberapa sebab. Pertama, ia muncul di skrin sebaik sahaja saya membukanya selepas subuh ini. Kedua, kandungannya yang amat menyegarkan kerana ia muncul dari hati seorang anak muda tetapi mempunyai yang mempunyai gambaran jelas akan penderitaan kaum bangsanya. Ketiga, keazaman yang ditunjukkan daripada kata-kata yang diaturkan. Alhamdullilah, saya kirimkan doa dan Alfatihah melalui angin yang lalu kepada kesihatan saudara.

Anakkku,

Segala pujian-pujian adalah untuk Allah juga. Sebarang kebaikan dalam penulisan saya itu adalah haknya. Cacat cela yang banyak terdapat dalam penulisan itu adalah tanggungan saya jua. Saya akan merasa bangga jikalau ada anak-anak muda seperti anakku yang boleh menulis juga kepad para webmasters yang mengendalikan Laman Web mereka dengan segala risiko yang boleh kita fikirkan. Mereka amat kuat membantu saya. Tanpa bantuan dan motivasi mereka tidak mungkin saya berupaya menulis dan terus menulis.

Memang saya akui ada juga risikonya menulis di laman Web itu. Tetapi, apakah lagi alternatif yang ada untuk menyampaikan pesan kepada warisan bangsa? Anak sendiri sudah sedar betapa bangsa kita ini sedang dihimpit kesengsaraan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata kerana kesangsaraan itu akan terus berpanjangan.

Masalah Raja-raja

Saya amat tertarik dengan pendapat anak betapa raja-raja sedang tidur lena dan perlu dibangkitkan. Sebenarnya anakkku, golongan istana memang sudah lama bangkit. Mereka terkejut daripada tidur yang lena apabila immuniti raja-raja terhakis. Tetapi, kejutan itu telah bertukar kini kepada kebingungan. Mereka sendiri sudah menjadi kematu tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Laksana seorang yang sudah dipukau di atas pentas oleh seorang ahli 'magician' yang pintar golongan istana hanya bercakap dan bergerak mengikut gerakan tangan yang dipunyai oleh manusia yang berhati syaitan.

Kalau anakanda membaca tulisan saya sejak dua tahun yang lalu, tentulah anakanda faham siapakah orang itu. Kini, sudah ada tanda-tanda bagaimana Mahathir akan menggembeling otak raja-raja untuk mendapatkan kerjasama mereka mempengaruhi fikiran rakyat jelata agar bersatu. Kenapa ? Kerana Mahathir sudah merasakan bahang kepanasan yang membaara disebabkan kemarahan rakyat. Begitulah anakku, rakyat akan pasti bangkit secara bertahap dan mungkin juga berhemah di tahap awalnya. Mereka akan bangkit dan terus bangkit. Kerancakan kita di alam siber adalah pemangkin bangkitan itu.

Inilah yang kami tonjolkan setiap hari kepada rakyat marhain yang lain. Agar mereka tidak terkena jentikan yang memukau fikiran dan memuar balik minda yang masih bersih daripada terus berjerebu oleh ajaran songsang daripada golongan ala Firaun moden ini.

Kini, terpulanglah kepada generasi anakku untuk berjuang terus menyambung apa yang kami telah mulakan. Kami, sebenarnya menyambung kerja lama yang pernah kami lakukan dulu ketika menentang keangkuhan penjajah dan kerakusan pihak komunis. Kini, di alam siber kami terus berjuang. Setidak-tidaknya kami sudah berjaya kini, kerana membawa kesedaran kepada generasi muda seperti anda. Teruskanlah perjuangan kami ini. Insya Allah, dengan segala ketaqwaan yang anda di hati anda, perjuangan ini akan direstui Allah dengan kejayaan juga.

Ingat anakku! 
Masalah yang menjerebukan minda kita orang Melayu kini, adalah satu masalah yang besar. Inilah dilemma Melayu moden yang perlu kita tangani dengan penuh ketaqwaan. Kita perlu meneliti setiap keadaan. Setiap gerak hati rakyat yang tidak ada satu garis panduan yang tertentu mudah terpesong dan keluar landasan. Inilah yang kami cuba elakkan. Kita sedar akan kebangkitan rakyat. Tetapi, saya amat takut akan impaknya kalau rakyat terus marah dan marah. Laksana ombak yang terus melanda kalau tidak ada peredanya ia mudah sangat bertukar menjadi gelombang yang bergelora.

Salam Hormat
-MT-