|
From: AL-USTAZ DARUS To: Marhaintua@Hotmail.com Subject:
memang betul pemimpin umno bongok Date: Wed, 22 Mar 2000 01:39:07 +0700
Assalamualaikum,
Teringat
saya akan peristiwa Guru Besar saya pada awal 70 an. Ketika itu saya masih sekolah
rendah. Dalam kelas saya ada seorang rakan yang yang agak bodoh. Air liur sentiasa
meleleh. Satu hari Guru Besar(GB) masuk dan mengajar mata pelajaran tawarikh (mata
pelajaran sejarah hari ini).Dia tanya siapa yang mencipta telefon. Rakan saya itu tak
dapat jawab. Lalu ditampar oleh GB dan dilemparkan dengan kata-kata yang cukup hina.
"awak ini bodoh, tolol, bahlul, bangang dan bongok tahan sikit pada kucing, kucing
makan ikan mentah awak makan ikan bergoreng. Itulah beza awak dengan kucing"
Kata-kata
ini saya quote kerana masih segar dalam ingatan saya. GB saya ini orang berbangsa
Kampar yang berasal dari Indonesia. Dia sangat garang ketika mengajar. Anaknya sendiri
sekelas dengan saya ditampar sehingga minta ampun dan maaf dengan ayahnya. Saya juga
biasa ditampar. Oleh kerana takut saya belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya dapat
A mata pelajaran tawarikh dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5. GB dan rakan saya itu
kedua-duanya sudah meninggal dunia (al-Fatihah untuk mereka)
Saya cerita
peristiwa ini bukan nak ungkit tentang GB saya. Saya berterima kasih kepadanya. Kerana
garang dan ketegasan beliau saya dan anaknya serta rakan-rakan yang lain berjaya hingga
ke Universiti. Saya cerita ini nak bandingkan kata-kata arwah GB saya dengan para
pemimpin umno hari ini. Memeang mereka sangat bodoh, bahlul, tolol, bangang dan bongok
tahan sikit pada kucing. (meminjam kata-kata arwah GB saya terhadap rakan saya) Apa
hujahnya kebodohan dan bongok mereka.
Contoh KM Melaka Ali Rustam. (KM - baca Kaki
Merapu). Kita ingatkan dia cerdik pasal muka nampak macam cerdik tapi sebenarnya
bongok. Cuba kita lihat kenyataannya di akhbar arus perdana. Sudah beberapa kali dia mempamerkan
ketololanya secara melampau. Tak payah ulas semua orang tahu isu ini. Lihat pula Taiko
Adnan MB Pahang (MB - baca Menteri Brutal) sudahlah sentiasa mempamerkan gaya tidak
cerdiknya kemudian tunjuk pula melalui kelakuan tidak senonohnya. (malas nak cerita
sebab teruk sangat yang terbaru semasa penamaan calon DUN Sanggang dia tunjukkan
isyarat lucah beberapa kali melalui tangannya) Masya Allah malunya siapa yang jadi
rakyat Pahang.
Ini bukan kerana apa. Semuanya kes "ampu bodek" secara
berlebihan. Nak tunjuk pada Mamak Tongkang mereka hebat dan nak dapat tempat MT Mei nanti.
Kalau nak ampu bodek biarlah berpada-pada. Ibarat macam orang jack kereta kerana tayar
bocor dan nak tukar tayar lain. Biasanya orang jack kereta sekadar membolehkan tayar
untuk dikeluarkan dan ganti tayar lain. Tapi kalau kita jack tak henti-henti kereta
boleh terbalik dan menghempap kita.
Inilah budaya baru umno. "Ampu
bodek" berlebihan dan "setuju sokong". Akhirnya para pemimpin yang
dibodek jatuh dan yang membodek pun jatuh sama. Kalau kita jack kereta berlebihan
kereta terbalik dan kita pun kena hempap sama. Nasib tak baik boleh mati. Orang yang
menegur dan mengkritik dianggap sebagai pengkhainat negara, pembelot, agen asing, tali
barut, tak setia pada negara dsb. Inilah cara Mamak Tongkang melabelkan sesiapa yang
menegurnya.
Rakyat khususnyanya orang umno diajar dan diajak memuji pemimpin secara
berlebihan.
Saya merasa takut kadang-kadang pujian itu sudah menjadi pujaan pula. Bayangkanlah
pemimpin dipuja mengalahkan nabi. Berasa gerun saya apabila kita dikerah untuk hadir
bagi meramaikan majlis PM dan TPM secara rasmi. Kadang-kadang MB/KM berucap hingga 15
minit memuji dan memuja Mamak Tongkang. Kita merasa bimbang dari segi iman dan akidah mereka.
Ingat kata-kata Sayyid Qutb: "iman pada tubuh badan seseorang amat mudah terlucut,
lebih mudah daripada melucutkan sepasang pakaian"
Manusia boleh terlucut iman
dengan sebab tiga perkara pertama perbuatan, kedua perkataan dan ketiga iktikad.
Terlucut iman dengan sebab perbuatan contoh seperti masuk agama kristian, hindu,
menyembah patung, berhala dsb. Terlucut iman dengan sebab perkataan contoh
memperlekehkan hukum Allah SWT, menghina Sunnah Nabi SAW, mencerca alim ulamak, memuja manusia
dsb. Terlucut iman dari segi iktikad contoh mengatakan alam ini terjadi dengan
sendirinya, beriktikad bahawa tiada hidup sesudah mati, tiada pembalasan syurga dan
neraka dsb. Kita bimbang para pemimpin umno yang bongok memuji Mamak Tongkang sehingga
tahap memuja macam dia maksum (tak buat salah dan dosa). Apalah sihir yang digunakan
oleh Mamak Tongkang ini hingga ulamak umno pun jadi bongok. Kekuatan sukarno pada songkoknya,
kekuatan Tun Razak pada tongkatnya dan kekuatan Mamak Tongkang ini pada Hasmahnya.
Kalau tiada Hasmah mungkin kekuatannya akan hilang dan lumpuh sama sekali
(wallahhua'lam)
Cuba kita lihat tafsiran Surah al-Fatihah atau Fatihatul Kitab atau
disebut
juga Umul Kitab. Lihat Syyid Qutub - Tafsir Fil Zilali Quran, Prof Dr Hamka - Tafsir
al-Azhar , Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir Ahmad Sondhaji Haji Muhamad tentang ayat
"alhamdulillah hirrabil alamin". (segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian
alam) Apa tafsiran mereka. Sebagai ahli Muffasirin mereka berpendapat bahawa segala
puji-pujian hanya untuk Allah sahaja. Ini bermakna untuk manusia kita tidak layak memuji
apa lagi memuja mereka.
Kepada manusia, Rasulullah SAW mencadangkan supaya berdoa ke
atas mereka. Bukan memuji ke atas mereka. Maknanya kita tidak berhak untuk mendapat
pujian apa lagi pujian secara berlebihan. Orang mungkin tidak bersetuju pendapat ini.
Mereka ini ahli Muffasirin, kita ini siapa. Cuba lihat matan ayat sahaja
"alhamdulillah" maksudnya segala puji bagi Allah. Sudah cukup jelas dan
terang segala puji hanya untuk Allah SWT. (dalam ilmu tafsir matan ialah makna ayat secara
terang/kasar - mafhum ialah makna di sebalik ayat, yang ini perlu kepada tafsiran untuk
lebih jelas atau yang tersirat di sebalik ayat)
Cuba kita lihat budaya pemimpin
umno yang bongok tadi mereka puji dan puja Mamak Tongkang secara melampau yang boleh
membawa kepada terlucut iman melalui perkataan. Saya tidak kata pemimpin umno seperti
ini murtad, tapi ini hanya sebagai penjelasan dan buatlah penilaian sendiri tentang
pemimpin umno yang bongok ini. Orang bongok tidak ada kekuatan lain melainkan mengampu.
Sebab itu Mamak Tongkang cari orang seperti ini. Mana ada pemimpin umno yang cerdik
lagi. Semua habis kena buang. Yang tinggal hanyalah yang bodoh, bahlul, tolol, bongok,
rasuah, jahat dsb. Mamak Tongkang simpan mereka sebab boleh diperkudakan macam kuda kepang.
Sebab itu orang kata "dalam masyarakat yang semua buta orang bermata satu boleh
jadi raja". tak hairanlah Mamak Tongkang ini boleh jadi raja di kalangan para
pengikut yang bongok. Secara tak langsung budaya "divide and rule" (pecah dan
perintah) dapat disuburkan dalam perkampungan umno. Kalau kita kaji secara terperinci
kita akan dapat mengesani taktik pecah dan perintah ini. Memang hebat. Inilah kelicikan Mamak
Tongkang. Orang umno tak nampak mereka sedang dipecahbelahkan. Yang kita bimbang
pecahbelah dalam perkampungan umno akan membawa pecahbelah orang Melayu keseluruhannya.
Kita suka kalau umno hancur tapi kita bimbang orang Melayu akan hancur juga.
Raja
Mendeliar berjaya pecahbelahkan orang Melayu dengan mencucuk raja dan bendahara Melaka.
Akhirnya raja tak percaya bendahara, raja bunuh keturunan bendahara. Melaka jadi lemah.
Orang Portugis yang telah sedia ada di Melaka menunggu kesempatan seperti ini. Mereka
serang Melaka ketika orang Melayu Melaka sedang lemah dan berpecah belah. Itu cerita sejarah.
Bagaimana dengan orang Melayu hari ini. Apakah sejarah ini akan berulang lagi.
Mudah-mudahan tidak. Mungkin Allah SWT nak jatuhkan umno. Maka dibiarkan umno dipimpin
oleh orang bongok. Mungkin dengan kehancuran umno Islam akan bangkit di negara tercinta
ini. Zaman umno sedang mengganas dan dipimpin oleh orang bongok, sesiapa yang hendak
berpegang
pada Islam macam menggengam bara api. Mereka sedang berusaha melumpuhkan aktiviti
masjid dengan pelbagai cara dan kaedah.
* kalau ingin diakses ke Laman Reformasi
teruskan tapi sembunyikan identiti saya. Tahniah dan terima kasih kerana akseskan
e-mail saya kepada tuan ke Laman Reformasi. Inilah jihad zaman muktahir ini. Jihad melalui
alam cyber.
JAWAPAN MT
Assalamualaikum wbt.
Saudaraku,
Saya bersyukur ke hadrat Illahi saudara
sudi menulis kepada saya sepanjang yang diterima. Daripada isi warkah saudara nyata sekali
saudara melepaskan sesuatu yang lama terpendam. Teruskan. Inilah yang akan dikumpulkan
oleh para Webmasters dan tergolong sebagai sumbangan saudara kepada Koleksi Sastera Rakyat
yang akan dikaji dan dinilai oleh rakyat jelata, akhirnya. Inilah perjuangan yang
akan kita serahkan kepada pelapis kita. Inilah warisan kita mengikut yang temampu. Semoga
warisan muda kita akan mengambil iktibar daripada penulisan saudara itu.
Saya panjangkan
warkah saudara kepada semua webmaster dengan harapan mereka juga memendamkan identiti
saudara yang sebenar. Salam Hormat dan semoga Allah memberkati saudara seisi keluarga.
-Marhaintua- |