From: Jambu Batu 
To: marhaintua@hotmail.com
Subject: Peruntukan Kewangan Untuk Sanggang by-election
Date: 24 Mar 00 02:12:05 PST

Assalamualaikum;

Saya ada membaca di Laman Reformasi mengenai peruntukan dari Kerajaan Negeri
Pahang untuk Pilihanraya Sanggang. Walaubagaimanapun saya ada mendengar berita
iaitu surat berkenaan berkepala surat kan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang. Yang menandatanganinya ialah Pegawai Kewangan Negeri. Ini adalah agak
pelik kerana Pegawai Kewangan Negeri biasanya hanya akan menandatangani surat
yang mempunyai kepala suratnya sendiri.

Dilapurkan juga tandatangan yang diberi bukannya tandatangan biasa Pegawai
Kewangan Negeri Pahang sekarang. Oleh yang demikian diharap perkara ini
disahkan. Jika palsu adalah patut surat tersebut dikeluarkan dari Laman
Reformasi. Biarlah berita yang keluar di LR tersebut berita yang diyakini
sahaja.

Sekian.

Jambu Batu
24032000

Jawapan MT

Asslamuaikum w.b.t.

Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada saudara kerana keikhlasan mengirim surat sebaik sahaja tersiar surat yang dikatakan daripada pejabat Pegawai Kewangan Negeri Pahang. Saya telah memanjangkan surat saudara itu kepada pihak yang menyiarkan salinan 'surat kerajaan itu' untuk  tindakan lanjutan. Soalnya sekarang, apa benarkah isi surat itu ataupun sengaja menjadi satu perangkap samar untuk website Laman pro-reformasi, merupakan satu teka-teki yang diharap saudara akan terus siasat untuk kebaikan kita bersama.

Jikalau saudara berada di pihak Pengendali Laman Web tentulah saudara akan memahami betapa sukarnya kerja yang mereka lakukan itu. Mereka menerima beratus helai maklumat yang terpaksa disaring dan dinilai sebaik mungkin sebelum mendedahkannya kepada umum. Ini bukannya kerja sembarangan. Ia memerlukan satu keberanian dan semangat perjuanagan. Kerja-kerja yang mereka lakukan itu bukannya bergaji dan mendapat 'point' untuk disematkan bintang diraja dan sebagianya. Semuanya adalah kerja-kerja ke jalan Allah semata-mata.

Secara peribadi saya tidak menyangkal keraguan yang ada pada saudara itu. Ini serba mungkin yang mesti kita cungkil kesahihannya. Akan tetapi, kita tidak boleh ketepikan desas-desus bagaimana jutaan ringgit dibawa masuk untuk menentukan Sanggang tidak terpanggang. Itu kerja orang Barisan Nasional. Satu ketika dulu mereka memang mengharapkan undi hantu dan undi palsu. Itu pun satu cerita yang dibongkar oleh orang BN yang berpaling tadah juga. Kalau tidak, kita pun tidak tahu. Kini, sudah ada tambahan undi baru yang dijangkakan tidak berapa berkenan dengan BN. Maklumlah orang baru yang sudah lama merasakan selera lama, tentunya mereka mahukan selera baru.

Namun demikian, 'surat palsu' seperti yang saudara tonjolkan itu mungkin tidak menjadi satu senjata yang berbisa bagi pihak BN. Adnan UMNO sudah mampu menumpulkan sebarang bisa yang ada pada senjata BN. Lihatlah nanti. Betapa keras sekali pun prosess 'damage control' yang sedang dirangsang oleh BN untuk melupakan perangai biadap Adnan UMNO itu, rakyat terutama sekali pengundi Sanggang sudah tahu apa yang mereka mesti lakukan untuk mengajar golongan yang biadab itu.  Apatah lagi kalau kita fikirkan bahawa Adnan UMNO pernah menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, kerajaan negeri Pahang. 

Salam Hormat.

-Marhaintua-