KOLEKSI EMAIL PEMINAT MARHAIN TUA

DI SEBELAH ADNAN ADA PEROGOL BERSIRI!

From: AL-USTAZ DARUS BIN AWANG 
To: Marhaintua@Hotmail.com
Subject: MB Pahang ( Taiko Adnan  ) tak sedar di sebelahnya ada perogol bersiri
Date: Mon, 27 Mar 2000 01:47:27 +0700

Kenapa MB Pahang beraksi lucah.

Melihat kepada aksi isyarat lucah MB Pahang yang terpapar melalui gambar di Laman Reformasi kita berasa sangat malu. Tidak kira sama ada kita rakyat Pahang atau tidak, kita tetap berasa malu. Rasa malu adalah sebahagian daripada iman. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud:
"perasaan malu itu sebahagian daripada iman" (al-haya'u nisfu minal iman). Kita yang melihat berasa malu kerana kita ada iman. Tetapi kita berasa amat terkejut kerana yang melakukannya sedikitpun tidak berasa malu. Di mana letaknya iman MP Pahang.

Bertambah memalukan apabila Dolah Bedawi dan Khalil Yaakub memberi komen seoalah-oleh menyokong tindakan MB Pahang ini. Dollah Bedawi kena ingat beliau anak ulamak dan beliau sendiri lulusan Akademik Islam Universiti Malaya. Adalah amat memalukan sebagai seorang anak ulamak dan lulusan agama membuat komen demikian. Mahathir (Pembohong Besar dan Pakar Fitnah Terulung Abad ini) belum buat komen lagi. Kita fikir Mahathir pasti akan sokong tindakan MB Pahang ini. Dalam kes perkara-perkara yang rosak dan merosakkan Mahathir biasanya akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Lihatlah kes rasuah Rafidah Becok, Daim Soros, Mohtar Dugong, Rahim Tambhi Kecik (Perogol Bersiri) dan banyak lagi semuanya mendapat pembelaan yang secukupnya daripada Mahathir. Inilah kelicikan politik Mahathir menyokong dan menyimpan orang-orang salah untuk tujuan survival politiknya. Orang-orang seperti ini boleh dijadikan "abdi politik" bagi Mahathir. Kita jangan terkejut sekiranya beliau juga menyokong tindakan bodoh dan kelucahan melampau Adnan Yaakub MB Pahang yang tak senonoh ini.

Adnan Yaakub terkena balasan Allah SWT akibat mulutnya yang celupar.

  1. MB Pahang yang seorang ini sangat suka menceritakan kes liwat bekas TPM yang kita kasihi. Dalam majlis yang formal pun beliau cerita kes liwat ini. Pernah satu ketika selepas keluar dari kereta untuk menghadiri perjumpaan dengan wanita UMNO Bentong beliau berkata seperti ini: "kawan dah khabar dah, Anwar ni tak boleh dipercayai. Lagak warak
    bertopengkan Islam tapi perangai macam syaitan. Itu dia dok tutoh buntut Munawar dan Sukma sampai berdarah-darah" (Nauzubillah) Beliau amat suka cerita fasal liwat ini di mana- mana sahaja. Sesama orang-orang UMNO tak usah ceritalah. Seolah-olah beliau nampak kes liwat ini berlaku. (Adnan patut diambil sebagai seorang saksi untuk kes liwat TPM)

    Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Adnan tanpa disedari telah menayangkan buntutnya dan kemudiannya menepuk buntutnya sendiri untuk tatapan orang ramai. Aib yang tertimpa ke atasnya adalah satu "inzar" atau peringatan daripada Allah SWT yang Maha Kuasa. Allah nak tunjukkan pada kamu kerana mulut kamu yang celupar yang amat suka memburuk-burukkan TPM berkaitan kes liwat ini. Sekarang kamu tunjuk buntut seolah-olah meminta-minta orang lain liwat buntut kamu. Hari itu saya bercuti dan turun dari KL hanya semata-mata utuk melihat "pesta" penamaan calon DUN Sanggang. Memang kita berpuas hati kerana Adnan telah berjaya menghidupkan suasana pada hari itu.
  2. Aib yang menimpa Adnan ini juga adalah balasan sementara di atas tindak-tanduknya memburuk-burukkan Tok Guru Nik Aziz di dalam kes Novel SHIT. Beliau bukan sekadar kutuk PAS dan Prof Shanon kerana dikatakan suka mencarut tetapi kutuk Tk Guru Nik Aziz kerana mempertahankan orang mencarut. Sekarang Allah SWT tunjukkan balasannya kepada beliau siapa yang sebenarnya suka mencarut. Mudah-mudahan Tok Gurunya, Tuan Guru Haji Mahathir Al-Fitnah akan mempertahankan beliau.
  3. Beliau berkawan dengan perogol bersiri.
    Di sebelah Adnan yang pakai songkok dan bermisai ialah En. Mohd Ali. Beliau lebih dikenali sebagai En.Mad (bukan maksud gila). En. Mad ini seorang pegawai JHEOA dan bertugas di Bentong. Beliau berasal dari Kg. Lakum, Lancang, Pahang. Antara tempat beliau bertugas ialah di Kg. Lebak dan Gabong. Lebak dan Gabong terletak lebih kurang 10 km dari Bentong iaitu mengikut jalan untuk pergi ke Chamang Dam. Kedua-dua kampung ini adalah perkampungan orang Asli. Antara tugas En. Mad ialah untuk mengajar anak-anak orang Asli di situ. Amat malang bagi seorang anak gadis orang asli di Gabong ini, beliau bukan sahaja tidak diajar dan dijaga dengan baik oleh pegawai berkenaan tetapi diperkosa sehingga melahirkan anak.  Ketika gadis tersebut diperkosa umurnya 15 tahun. Menurut ceritanya, gadis asli tersebut memang cantik. Gadis tersebut telah mempunyai anak berusia lebih kurang 2 tahun. Ramai orang Bentong tahu kes beliau beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana itu beliau dinasihatkan berhenti kerja. (dalam perkampungan politik UMNO orang salah sentiasa dilindungi) Ini perogol bersiri selepas Rahim Thamby Chik. Sila lihat wajahnya di internet melalui Laman Reformasi (orang pakai songkok dan bermisai di sebelah MB Pahang.

    Orang kata: "kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi tak banyak sikit akan tercium bau wanginya. Begitu juga jika kita berkawan dengan tukang besi tak banyak sikit akan tercium bau besinya" Inilah nasib MB Pahang berkawan dan bersekongkol dengan orang jahat. Tempias kejahatan itu terkena kepadanya. Jadi tidak hairanlah jika beliau beraksi lucah kerana di sebelahnya ada perogol bersiri. Malang sungguh nasib sesiapa yang menjadi rakyat Pahang dan berMenteri Besarkan orang tidak senonoh.

Apa tindakan terhadap orang beraksi isyarat lucah di khalayak ramai.

Ingat tak, pernah di suatu ketika pemain import Abbas Saad menunjukkan isyarat lucah seperti MP Pahang buat. Apa tindakan yang dikenakan kepada Abbas Saad. Beliau kena buang padang dan digantung permainan.  Kes ini dalam arena bolasepak. Pemain beraksi dengan isyarat lucah boleh dibuang padang dan digantung permainan. Dalam arena bolasepak (sukan) undang-undangnya buang padang, dalam arena politik bagaimana? Sepatutnya dibuang padang juga iaitu dibuang daripada "padang politik".

Apa harapan kita? Tiada harapan. Kalau kita mahu mengharapkan undang-undang politik UMNO, alamatnya sampai kucing bertanduk pun tindakan tidak akan diambil. Dalam undang-undang politik UMNO pesalah akan dibela. Dalam kes ini MB Pahang pasti akan dibela. Maka bagaimana kita mahu ambil tindakan buang daripada "padang politik". Jawapannya sangat mudah. Jangan undi calon BN (UMNO) dalam pilihanraya kecil Sanggang. Undilah calon PAS. Jika calon proksi dan kesayangan Adnan ini kalah maka riwayat politiknya mungkin pendek dan berakhir. Tetapi jika menang, beliau akan terus mengganas di negeri Pahang nanti dan makin bertambah SAMSENGnya dan perangai tidak senonohnya.

Sumbangan dan jasa paling besar Adnan sebagai MB kepada negeri Pahang.

Belum setahun jadi MB Pahang beliau telah memusnahkan peranan institusi masjid di seluruh negeri Pahang. Adnan memperalatkan Jabatan Agama Pahang dan Pejabat SUK Pahang untuk mengeluarkan satu surat yang bertarikh 10 Feb 2000. Kedua-dua surat tersebut bertarikh yang sama dan isi kandungan yang hampir sama iaitu TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG KULIAH DAN CERAMAH AGAMA DI MASJID DAN SURAU SELURUH PAHANG.   Istilah "penangguhan" kuliah digunakan sehingga mendapat tauliah dari Ke Bawah Duli Sultan pahang. Hanya Sultan dengan nasihat MB Pahang saja yang boleh membenarkan tok-tok guru dan para ustaz untuk mengajar di masjid dan surau di Pahang.

Inilah jasa dan sumbangan terbesar Adnan Yaakub sebagai MB Pahang selama hampir setahun.  Beliau tidak sedar siapa dirinya di sisi Allah SWT sehingga tergamak mematikan fungsi dan peranan rumah Allah. Ingat Adnan....... masjid bukan rumah UMNO atau rumah kamu. Masjid adalah rumah Allah. Kamu jangan jadi jaguh dari segi membunuh peranan institusi masjid. Kalau kamu teruskan kerja menentang Allah ini, alamat Pahang akan jatuh ke tangan PAS tahun 2004 nanti. Kamu yang tidak berminat dengan soal-soal agama dan masjid jangan menyekat rakyat Pahang untuk mendapat ilmu di masjid-masjid. Kesihan orang-orang pencen yang sentiasa dahagakan ilmu agama. Kalau ada tok guru dan ustaz yang menyeleweng, tangkap dan dakwa mereka di Mahkamah Syariah. Tapi jangan tutup terus kuliah dan ceramah agama. Kita tak boleh berlagak macam hero dalam filem Hollywood. Nak tangkap seorang terrorist yang lari masuk kampung maka dibakarnya satu kampung. Nak marahkan satu dua orang tok guru dan ustaz janganlah sampai haramkan semua kuliah dan ceramah tok guru dan ustaz lain. Kamu tak takut azab Allh ke?

Apa nak jadi dengan kegiatan agama di Pahang nanti. Rakyat Pahang suruh tutup pusat judi yang terbesar di Asia iaitu di Genting Highland dan pusat-pusat hiburan yang melambak-lambak di seluruh Pahang, bukan tutup peranan dan fungsi masjid. Apa kamu nak jadikan Pahang ini "role model" kepada negeri-negeri lain dari segai kehebatan memusnahkan agama Islam. Orang-orang kafir sedang bersorak kegembiraan kerana peranana institusi masjid telah berjaya kamu musnahkan. Cuba belajar dari sejarah. Kita lihat salah satu sebab kehancuran umat Islam di Turki ialah kerana pemerintah mereka menghancurkan fungsi dan peranan masjid. Ingat, masjid bukan tempat solat sahaja. (fahaman para pemimpin UMNO masjid untuk tempat solat sahaja) Inilah bodohnya pemimpin UMNO kerana tak mahu mengaji agama. Islam mengajar supaya mengimarahkan masjid bukan bunuh fungsi masjid. Buat apa ada masjid besar-besar kalau sekadar untuk syiar (lambang sahaja) sedangkan syariatnya tidak dihidupkan. Jadilah masjid seperti lambang gajah putih atau muzium sahaja. Kerja memusnahkan peranan dan fungsi masjid ini kerja syaitan dan berdosa. Kamu tak takut dosa ke? Lepas ini apa pula yang kamu nak musnahkan di Pahang ini. Kalaulah Allahyarham Tun Razak masih ada beliau tentu menangis melihat gelagat kamu.

Jawapan MT

Saudara yang dihormati,

Tulisan dari hati nurani saudara kelihatan amat ikhlas sekali sehinggakan saya memanjangkkan terus pada waktu 0115 pagi yang shahdu ini. Secara kebetulan saya baru juga mengirimkan artikel saya berjodol 'Yang Lucah, Lucu dan leceh' di mana saya menyindir bahawa gelagat Adnan-UMNo itu seolah-olah terkena badi Bentong Kali. Sebagai orang Pahang, tentu saudara lebih arif akan perangai beliau dan juga sukusakat beliau yang kerap mendampinginya.

Saya lebih memikirkan masadepan orang Melayu di Pahang dan berdoa setiap waktu meminta para pengundi di Sanggang akan bermurah hati mengundi calon BA di hari pengundian nanti. Dengan cara ini Adnan-UMNo akan sedar betapa gelagatnya itu adalah tidak cocok dengan jawatan yang disandangnya. Inilah masalah yang dihadapai oleh semua pemimpin UMNO mereka tidak sedar apakah ertinya kepimpinan itu dan siapakah sebenarnya TUAN mereka. Mereka fikir tuan mereka adalah Mamak Mahathir. Sedangkan tuan Mamak Mahathir pun adalah rakyat semuanya. Selagi mereka tidak disedarkan kunci politik ala demokrasi ini, mereka akan hanyut terus dengan segala impian untuk  membalun khazanah negara ini. 

Kerana itu, Sanggang mesti diambil alih oleh Barisan Alternatif. Dari situ rakyat akan bangkit dan akan melakukan apa yang perlu dilaksanakan untuk menghukum Mamak Mahathir atas kedurjanaannya.  Selama ini ia fikir rakyat bodoh dan bangang. Dia tidak tahu, apa yang sedang direncana oleh rakyat secara keseluruhannya. Dia tidak sedar bahawa rakyat yang diperlekehkannya selama ini adalah tuannya yang sebenar. Mungkin sudah timbul keresahan di hatinya akan perkara ini makanya dia mahukan raja-raja turun ke padang untuk membantunya.

Besar kemungkinannya Adnan-UMNO berlagak sumbang atas arahan Mamak Mahathir juga. Perkara ini  akan kita tahu akhirnya kalau Sanggang terlepas ke tangan Barisan Alternatif. Adalah amat malang sekali kalau Adnan-UMNO terus berlagak seperti itu. Dia harus sedar bahawa Mamak Mahathir sebenarnya sedang menghitung harinya sahaja. Kalau dia takut menghadapi mahkamah dan berdepan dengan Anwar Ibrahim, InsyaAllah dengan kuasa Allah, rakyat akan menentukan dia berdepan juga dengan Anwar satu masa kelak, selagi hayatnya dikandung badan. Perkara ini harus difahami oleh Adnan-UMNo dan juga raja-raja sekelian sebelum terlambat.

Terimakasih di atas keperhatinan saudara. Saya panjangkan artikel saudara itu dengan niat yang ikhlas juga. 

Salam Hormat. 
-Marhaintua-