From: "sandy thomas" <sandy4060@hotmail.com>
To: Marhaintua@hotmail.com
Subject: Salah tai atau sememangnya tak tahu
Date: Wed, 05 Apr 2000 05:06:10 GMT

Hai Marhaintua...
Cuma nak bertanya...kat Universiti ada ke Prof. Media...
Setahu saya Prof. Madya adalah....
Prof. Media tu bagus dalam bidang media ke?
Setahu saya 'associate Professor' makna dia Prof. Madya bukan Media
Awak ni salah taip ke atau memang tahu tahu...atau memang tak tahu tapi saja nak tunjuk tahu.....
Tu lah lain kali jangan tahu nak mengutuk aje....

Mengikut cara profesor...kalau tak tahu tentang sesuatu perkara lebih baik diam ..tapi kalau diam nanti orang kata bodoh..tapi bila tak tahu buat macam tahu, dan benda yang dicakapkan tu salah..memang sahlah orang tu bodoh...macam awaklah...

Tulah...kat Universiti makna associate professor tu ialah Profesor Madya bukan Media...Media tu ialah macam suratkhabar(Utusan Malaysia Berita Harian, internet, TV(TV3) dll

Awak nak tunjuk pandai tapi tapi tak tahu...tapi cuba nak tunjuk yang awak ni tahu...akhirnya..nampaklah yang awak ni sebenarnya tak tahu..
Kan dah malu...ramai pulak orang baca....


Saudara/i Sandy,

Terkejut juga apabila membaca tajuk emel saudari. Memang saya tersilap taip. Di universiti mana ada professor Media? Memang sepatutnya ia disebut Professor Madya. Samada saya pura-pura tidak tahu itu adalah terpulang kepada seorang yang bijaksana seperti saudari jua. Namun demikian, saya ucapkan terima kasih juga kerana menunjukan kelemahan saya itu.

Maklumlah penulisan di internet bukannya sama dengan penlisan di akhbar ataupun membuat buku; ada proof reader dan editingnya sekali.  Teruskanlah membuat komen akan penulisan saya. Tentu banyak lagi yang saya boleh pelajari daripada seorang yang amat bijaksana seperti saudari.

Salam Hormat. 

-Marhaintua-


From: "Boikot MahaFiraun" <boikot_mm@hotmail.com>
To: marhaintua@hotmail.com
Subject: Re: Fwd: Salah tai atau sememangnya tak tahu
Date: Wed, 05 Apr 2000 16:46:11 GMT

Mengenai jawapan 'sandy'(?), jelaslah mereka sentiasa memantau tulisan Sdra MT. Tidak ada perkara besar yg dapat mereka tangkis, jadi perkara-perkara remeh sebegitupun boleh dijadikan batu loncatan utk memperlekehkan tulisan Sdra secara keseluruhan.

Utk makluman, si sandy mungkin membaca tulisan Sdra di laman lain yg tidak disunting. Jika beliau membaca tulisan berkenaan melalui laman yg saya kendalikan, malanglah bagi beliau kerana saya telah terlebih dahulu membetulkan perkataan media kpd madya dan pastinya si sandy tidak mempunyai peluru utk digunakan.

Yang tersirat, beliau memang mengikuti siri-siri penulisan Sdra dan sengaja mencari kelemahan (yg sukar ditemui) utk membidas Sdra - kununnya tak tahu buat-buat tahu! Dan drp gaya si sandy menulis, kita tahulah tahap 'kebijaksanaan' manusia sandy ini - yang banyak juga terdapat di FGR.

Teruskan 'mengumpan' si sandy. Kalaulah dapat saya siarkan di laman.... cantik!

Saudara Boikot,

Saya memang lama sudah sedar akan pemantauan ini. Yang lucunya penulisan saya itu dibetulkan dulu oleh Ejatepat. Mungkin saya tertaip Medya, maklumlah keletihan kaangkala mengundang kesilapan yang amat mudah. Jadinya, apabila kita hulurkan Ejatepat, ia menjadi 'Media'. Saya pun tidak periksa lagi kerana memikirkan saya perlu menunggu jawapan Polong cyber. Oleh kerana hari  ini hari akhir tahun, saya mempunyai satu schedule yang ketat untuk menziarahi kubur orang-orang tua ke dua pihak. Kerana itu, apabila menerima signal OK daripada Polong cyber, sya pun tekan punat dan hulur kepada semua pihak. Sudah nak jadi, jadilah...kata Allah. Kita nak kata apa? 

Salam Hormat 

-MT-