counter.bloke.com

TAJOL 'PENYAPU' UMNO YANG BEBAL

RAMLI TINGGALKAN TIMBUNAN KES RASUAH YANG BERSEPAH!!!

Tindakan Ramli Ngah Talib, bekas Menteri Besar Perak yang beberapa bulan setelah melepaskan jawatan MB Perak, tetapi enggan berpindah dari kediaman rasminya itu sememangnya menimbulkan tandatanya ramai pihak. Sehinggakan apabila ditanya oleh pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, Tajol Rosli terpaksa berbohong bahawa beliau tidak menduduki kediaman rasmi tersebut atas alasan sedang dalam pembaikan.

Untuk apakah lagi pembaikan kediaman MB Perak yang terletak berhampiran bulatan persimpangan Jalan Gopeng/Tambun setelah perbelanjaan membaikinya semasa Ramli Ngah Talib mendudukinya menelan belanja sehingga lebih RM1juta? Apakah yang kurang  dengan kedaiaman rasmi itu? Ianya mirip 'Mahligai Air Mata Rakyat' bagi negeri Perak. Perbelanjaan Tajol Rosli menyewa selama tiga bulan di Casaurina Hotel, Jalan Gopeng pula melebihi sebanyak RM15,000 bagi tempoh dua bulan lebih adalah tidak wajar kerana itu melibatkan wang rakyat.

Keengganan Ramli Ngah Talib berundur dari kediaman rasminya itu sudah dibaui oleh rakyat negeri ini. Jika boleh, beliau tidak mahu meninggalkan kerusi MB Perak. Tetapi syarat yang dikenakan oleh PM Mahafiraun @ MahaBoleh itu, beliau mesti bertanding di kerusi Perlimen. Ramli tidak sedar bagaimana rancangan Maha Boleh itu untuk membunuh kariernya.Nasib beliau agak baik apabila menang dengan bantuan 'politik wang' dalam pilihanraya umum lalu, sekaligus mengorbankan Megat Junid

Nampaknya segala 'belang' perbuatan Ramli Ngah Talib semakin terbuka dengan beberapa dasar yang tidak sengaja dibuka oleh Menteri Besar yang baru iaitu Dato Seri Mohamad Tajol Rosli. Umpamanya, pembatalan hakmilik atau 'carting' kawasan tanah kepunyaan PKNP. Dengan pembatalan itu terdapat tidak kurang 1,000 hektar tanah yang berjaya di kembalikan sebagai hakmilik kerajaan negeri. Sebelum ini ianya adalah dalam bidang kuasa Ramli Ngah Talib secara komplot dengan PKNP, juga dengan beberapa anak syarikat PKNP.

Ramli yang berkuasa selama 19 tahun itu secara berani di akhir pentadbirannya mengeluarkan beratus surat kelulusan permohonan tanah semenjak 1997 sehingga 1999. Ada kedapatan di antara kelulusan itu diberi atas prinsip 'diluluskan pada dasar'. Istilah ini begitu berleluasa di negeri Perak dalam zaman pentadbiran Ramli Ngah Talib.

Bagi setiap permohonan yang diluluskan, termasuk 'diluluskan pada dasar' itu Ramli Ngah Talib atau Marcos Negeri Perak ini telah mengutip 'tol'nya atas nama dana UMno Perak. Cuba semak dengan UMno Perak, berapa wang yang ada dalam tabungannya kini? Hampir semuanya dikeluarkan oleh Ramli Marcos sebelum beliau meninggalkan jawatan MB kepada Tajol Rosli.

Apa yang dilakukan oleh Tajol Rosli pula ialah membatalkan berpuloh-puloh surat kelulusan tersebut, apa lagi kelulusan 'pada dasar' yang tidak ada pelan permohonannya. Ramai pemohon yang kesal kerana wang telah mereka laburkan, Ramli telah lari dan Tajol enggan bertanggungjawab. Akibatnya Pengarah Tanah  dan Galian Negeri Perak, Datuk Samad Sabri terpaksa menjawab dan menerima bebanannya. Dilaporkan baru-baru ini beliau mendapatkan rawatan di IJN setelah berhari-hari dirawat di Hospital Besar, Ipoh akibat tekanan jantung dan tekanan darah kian meningkat!!

Mengapa Datuk Samad menjadi mangsa? Apa yang dapat diperkatakan beliau juga terlibat meng'iya'kan permohonan tertentu yang membantu Ramli Marcos meluluskan setiap permohonan 'pada dasar'. Sumber memberitahu, keberanian Datuk Samad Sabri bukan kerana beliau kesaorangan. Task Force telah menjadi alat dan kuda tunggangan bagi Pengarah Tanah dan Galian Perak tersebut, bersama-sama SUK Perak Datuk Majid Hussein (sebelum ini dengan Datuk Habib) serta Ramli Ngah Talib atas sifat jawatannya Pengerusi PKNP. Justeru itu lokasi tanah kerajaan yang 'cantik' dan mempunyai potensi yang tinggi jatuh ke tangan PKNP dan kroni Ramli Marcos serta kroni Datuk Samad dan Datuk Majid.

Salah seorang kroni utama Ramli Ngah Talib ialah Ding Kong Ling (DKLS - Ding Kong Ling Son) yang berpejabat di Bandar Ipoh Raya. DKLS sangat berjaya selama 19 tahun pemerintahan Ramli Marcos di negeri Perak. Salah satu projeknya yang utama, DKLS bertindak menjadi sub-con bagi pembinaan persimpangan bertingkat yang pertama di bandaraya Ipoh, terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Justeru itu projek bernilai asalnya RM40 juta itu ditingkatkan kepada RM 43 juta dan dilulus peruntukan tambahannya awal 1999 setelah DKLS selaku sub-con mendesak kontraktor utamanya Isyoda (M) Sdn. Bhd. menuntut kenaikan kos. Prjek ini sepatutnya disiapkan November 1999 tetapi diubah kepada November 2000. Kini perjalanannya masih belum nampak tanda-tanda akan siap dalam tempoh berkenaan.

Selain itu DKLS juga berkompromi dengan Ketua Biro Ekonomi UMno Bahagian Lumut, Ali Bagas untuk menjayakan 'Venice Perak' di Bandar Baru Manjung. Sudah pastilah Datuk Wajdi terlibat sama dalam hal ini. Jika anda dari Ipoh dalam perjalanan ke Lumut, selepas melalui Sitiawan, Venice Perak adalah di sebelah kiri. Percubaan berani DKLS adalah dengan pertolongan Ramli Marcos Negeri Perak.

Projek kecil DKLS dengan Ramli Marcos tak terbilang hinggakan semasa di masa pentadbiran Ramli Ngah Talib Ding Kong Ling begitu familiar kepada kakitangan SUK Perak terutama pengawal keselamatan kerana beliau masuk ke pejabat Ramli seringkali diibaratkan 'keluar masuk tandas' sahaja.

Bukti terhutang budi oleh Ramli Ngah Talib kepada DKLS ialah pemberian lot tanah bekas rumah-rumah kerajaan (lot banglow) di Tiger Lane kepada Ding Kong Ling sebelum beliau melepaskan jawatan Menteri Besarnya. Pemberian ini tidak sewajarnya diberikan kepada usahawan tersebut. Tiger Lane adalah berhampiran dengan Padang Polo Ipoh, dan jika anda berada di Lebuhraya PLUS turun ke bandar Ipoh melalui persimpangan tol Ipoh Selatan (dari selatan) (atau keluar ke Jalan Tasik berhampiran Makro Ipoh dari utara) melalui jalan Tasik (berhampiran JPJ Ipoh) masuk ke Jalan Sultan Azlan Shah Utara dan selepas lampu isyarat persimpangan Jalan Ampang tanpa membelok terus kehadapan 500 meter dan belok ke kanan. Di sini terletak sebuah lokasi yang indah di negeri Perak di mana terdapat Padang Golf (9 lubang?) Padang Lumba Kuda dan Polo Ground untuk anda bersantai dan bersenam.

Kesan rasuah yang ditinggalkan oleh Ramli Ngah Talib sepanjang 19 tahun pentadbiran di negeri Perak sungguh mendalam. Istilah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari telah berlaku dengan maha hebat. Namun memang tiada kes rasuah berjaya dikaitkan kerana Ramli mengongkong BPR Perak sehingga kehilangan taring. Umpamanya kes rasuah seorang Penolong Pegawai Daerah Kampar, Puan Aisyah jelas ditangkap dengan wang RM3,000 dalam mejanya setelah diperangkap pada tahun 1993 oleh BPR, tetapi dilepaskan begitu sahaja.

Pegawai Daerah Perak Tengah, Haji Hassan terlibat dengan pemilikan tanah yang dikongsikan dengan pemandu dan kroninya. Pembocoran berlaku apabila laporan dibuat ke atas pemandunya oleh orang  ramai dan pemandu itu memberikan pengakuannya setelah didesak.

Bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah Parit Buntar, (maaf lupa nama) yang dikaitkan dengan pembahagian lot kepada pegawai kerajaan di Bandar Tasik Bukit Merah sehingga beliau meletakkan jawatannya beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan peristiwa di mana penglibatan seorang Penolong Pegawai Daerah Taiping dalam pemberian milik mengeluarkan tanah merah sehingga beliau lari dan kesnya masih belum selesai di Pejabat SUK Perak semenjak tahun 1989 hingga sekarang.

Dua orang kakitangan bawahan Pejabat Tanah Batu Gajah pernah dikaitkan dengan kes rasuah juga 'lepas' dari dakwaan mereka dengan bantuan Ramli Ngah Talib. Salah seorangnya ialah Abdul Razak Shuhaimi yang membina rumah berharga RM80,000 tanpa membuat pinjaman kerajaan atau mana-mana pinjaman bank selain memilik ASB maksimum RM100,000 beliau dan isteri RM100,000.. Dan kes kakitangan yang berikutnya yang mampu memiliki sebuah BMW.

Di Pejabat Tanah Ipoh sendiri, semua kakitangannya memiliki kereta. Seorang penarik rantai bergaji sekitar RM600 dan ditambah dengan elaun perbatuan sekitar RM300 tanpa isteri bekerja mampu memiliki sebuah wira baru (buka plastik). Gejala rasuah di Perak cukup tinggi. Mereka berselindung di sebalik penguatkuasaan. Anggota penguatkuasa ini bukan pergi menangkap, sebaliknya meronda mengutip wang. Bukan RM50  seorang imbalan yang harus diberi. Mengikut maklumat si pemberi wang, jumlah itu mesti besar iaitu jika kakitangan biasa (kumpulan sokongan) sekitar RM500 seorang sekali lawatan. Jika pegawai sudah pasti lebih dari itu. Justeru itu seorang Pentadbir Tanah mampu memiliki Mercedes baru model C yang bernilai tidak kurang RM150,000 sedangkan gajinya sekitar RM2,500 sahaja.

Sungguh anih kesan rasuah yang ditinggalkan di negeri Perak. Ke semua gejala ini jika dibongkar semakin membusukkan. Inilah gara-gara pemerintahan UMno dan kerajaan BN yang berkuasa selama 42 tahun membolot khazanah negeri Perak. Mengikut sejarah, negeri Perak adalah terbilang dalam pengeluaran bijih timah dunia di ranking pertama tetapi penduduknya masih dhaif dan kemiskinan. 18,000 keluarga setinggan di Perak masih belum dapat pembelaan dari MB Perak yang berjanji kalau menang akan memberikan lot-lot rumah kepada mereka.

Isu kilang getah busuk Chip Lam Son di Kuala Kuang, Chemor belum selesai walaupun sudah ada berita perpindahannya tetapi tiada 'hitam putih' dari kerajaan negeri Perak, sedangkan rakyat terus menanti. Begitu juga Kilang Getah Heap Heng di Selama, Perak, menindas rakyat marhain di sana. Bauan yang 'hangit' itu dapat dihidu sehingga 2 km jauhnya jika ditiup angin.

Kezaliman dan penindasan ini akan dibongkar lagi dalam siri penulisan di laman ini setelah mendapat maklumat dan bukti yang lengkap. Segala paparan ini bukan bertujuan memburukkan sesiapa, tetapi kita mesti mendedahkan segala perbuatan pemimpin yang khianat dan pecah amanah. Akibatnya ia menjadi ikutan oleh pegawai kerajaan (bukan semua) dalam bilangan yang cukup banyak. Pembongkaran ini belum di buat di Pejabat Hutan Ipoh di mana seorang pemandu mampu bertahan tanpa bertukar berbelas tahun lama perkhidmatannya. Cuba siasat rumahnya, kenderaannya serta kemampuannya, bukan tandingan seorang bergaji RM5,000 sebulan sekalipun.

Bagaimana seorang Pengarah Perhutanan mampu berbelanja lebih RM0.5 juta untuk membina rumahnya di Taman Golf, Ipoh, tidak termasuk hiasan dalam dan nilai perabutnya. Siapakah yang membiayai dan membinakan rumah tersebut? Bagaimana seorang Pengarah bergaji sekitar RM4,000 itu dalam masa yang sama mampu memiliki Volvo 850 baru bernilai RM270,000.00?

Segalanya ini menjadi persoalan dengan dasar yang telah dilakukan oleh Ramli Ngah Talib. Keberanian pegawai kerajaan adalah sebagaimana istilah 'bapak kencing berdiri, anak kencing berlari'. Tanggongjawab membersihkan nama busuk gara-gara kepimpinan Ramli Ngah Talib kini terletak di bahu Tajol Rosli. Tapi malangnya kita menaruh harapan kepada yang salah. Kita seperti 'terlepas dari tangan harimau, masuk ke mulut buaya'. Nasib rakyat negeri Perak akan terus kepupusan dan kedhaifan di bumi sendiri yang kaya lot tanahnya, kaya kesuburannya dan kaya dengan keindahannya. Namun nasib rakyat sungguhlah menyedihkan .....