|
KONSPIRASI BARU MENYINGKIRKAN PAK LAH?
Surat ini memang penuh sensasi dan ada unsur-unsur
misteri, kerana ia dihantarkan pada hari cuti am. Saya teringatkan satu emel yang memberi
keterangan betapa satu surat keluaran kerajaan Pahang, berkenaan budget untuk pilihanraya
di Sanggang. Walaupun Mahazalimtwo telah menyiarkan salinan surat yang dikatakan
ditandangani oleh Setiausaha Kewangan Negri, saya pula menerima surat yang mengungkitkan
kesahihan surat tersebut. Sedangkan saya tidak pernah menerima salinan surat yang asal.
Hanya selepas saya menyiarkan jawapan emel pihak yang bekenaan, Adnan-UMNO ada
menceritakan hal surat itu. Ini menunjukkan memang ada satu konspirasi melumpuhkan
pengaruh PW Laman web pro-reformasi.
Di sinilah letaknya
kebijaksanaan seseorang yang menerima surat semacam ini. Saya beri contoh bagaimana
seorang bernama Sandy Thomas telah memperlekehkan kewibawaan saya tentang tafsiran
'Associate Professor'. Dia kata saya tidak tahu bahawa tafsiran Professor Media adalah
salah. Sepatutnya saya maksudkan Professor Madya. Sebenarnya dia tidak tahu cerita
yang sebenar. Yang menulis Professor Media bukannya saya tetapi, Ejatepat edisi 97 yang
saya gunakan. Lagipun artikel saya itu memang tidak diedit lagi kerana ada urusan
awal yang perlu dibereskan dengan Polong Cyber.
Menyedari bahawa Sandy Thomas adalah
seorang pengintip gampang, saya pun jawap suratnya dengan berhemah. Samada dia faham akan
sindiran saya yang tajam itu bukan soalnya. Yang penting dia menggunakan nama wanita untuk
cuba menjolok kita. Dia fikir orang Melayu tidak mampu menulis mengikut keupayaan yang
saya tunjukkan. Dia fikir golongan yang rapat dengan si diktator bedebah sahaja yang mampu
menulis panjang-panjang.
Menyedari hakikat ini dan berdasarkan keadaan politik
semasa, saya ingin mengsyorkan agar saudara 'stay cool' dalam menangani surat seperti yang
ditulis oleh dipthrot@Yahoo.com
ini. Saya ada banyak lagi emel yang lebih hebat daripada yang saudara terima itu.
Hinggakan sampai 900K. Tetapi, saya tenang sahaja kerana saya fikir kita tidak perlu
terburu-buru mendedahkan sesuatu yang kita fikir mempunyai satu elemen kepalsuan. Biarlah
perkara yang sebenar (kalau itu yang sebenarnya yang akan muncul) tersembul keluar secara
mendadak. Kalau kita berpegang kepada tali Allah, kebenaran akan tetap tersembul keluar
tanpa kita menjoloknya.
Tiga minggu yang lalu ada satu berita mengenai penempatan
'Tamil Tigers' di Bangkok. Di waktu yang sama saya ada menerima satu emel yang mengatakan
betapa ada satu kumpulan manusia yang berusaha mendapatkan satu kumpulan Tamil Tigers bagi
tujuan mengadakan rusuhan persis pembunuhan Rajiv Ghandi. Rencana yang ditulis
begitu professional sekali dan dikirimkan kepada saya daripada satu alamat emel yang
meyakinkan. Malahan ada salinan surat rasmi yang meyakinkan perkara itu sedang di tahap
'realiti'.
Saya gempar seketika dengan penerimaan emel itu. Tetapi, saya akhirnya membuat
keputusan untuk menghambakan diri kepada Allah di tikar sembahyang. Dari situ saya
menerima satu kesedaran bahawa adalah lebih baik bagi keselamatan bangsa saya dan juga
negara saya agar emel seperti itu saya bakul-sampahkan dan tidak diedarkan. Malahan, saya
membuat sekatan kepada emel daripada alamat yang saya fikirkan si bedebah itu.
Bayangkanlah kalau saya dedahkan emel itu hanya beberapa hari sebelum pengundian di
Sanggang, bukankah bahan cerita itu berpanjangan. Bukankah saya hampir terbabit dengan
kerja-kerja fitnah?.
Namun demikian, setelah meneliti surat yang saudara terima itu
saya lebih bekeyakinan, ia mempunyai satu perangkap untuk menjebak website saudara
kerana sebab-sebab yang saudara sedia maklum. Lainlah kalau surat seperti itu diterima
oleh website yang tidak berpaksikan pertubuhan politik.
Sebagai penutupnya, besar
kemungkinan "jangan anda tidak sedar", bertujuan membawa satu kesedaran
palsu yang boleh mengkucar-kacirkan suasana politik di negara ini. Kita harus ingat Mamak
Bendahara merasa kecewa apabila suruhannya agar Sultan turun padang dipandang sepi oleh
rakyat marhain walaupun ada sultan sewel yang termakan umpan beliau itu. Sebagai rakyat
takkan kita mahu bangsa kita ikut sewel seperti mereka?
Sebagaimana yang saya
baru tulis dan kirimkan kepada saudara, bukan sahaja Mamak Mahathir berada dalam
keadan tersepit sekarang ini. Orang sekelilingnya yang lebih tersepit kerana mereka belum
cukup membalun seperti yang telah dilakukan oleh tuannya dan juga oleh panglima beliau
yang terkenal. Inilah masalah yang mereka hadapi sekarang. Kalaulah para balaci
belau sudah kenyang, keselamatan beliau sndiri tidak terjamin lagi. Salah seorang jongos
dan balaci itulah nanti yang menghapuskan beliau. Apakah kemungkinannya surat yang saudara
terima itu dijadikan bahan kempen oleh sekumpulan balaci yang sekarang masih lapar dan
rakus dan mahu menonjol naik dalam heiraki pengaruh terhadap mamak tua ini?
Satu
bangsa yang ditakdirkan menjadi Bangsa yang Besar, sepatutnya tidak mudah melatah dengan
gambaran sensasi yang murah lagi murah seperti yang saudara terima itu. Walaupun mungkin
ada sekelumit kebenaran dalam berita yang saudara terima, mengikut hukum syarak ia patut
difremkan di depan mangkuk tandas sahaja.
Semoga ia dapat dijadikan bahan
pelicin dari luar yang memcepatkan proses pengeluaran apa yang saudara sendiri tentu faham
itu. Kalau tidak perlulah tanya Pak Shahnon semula.
Saya lebih berkeyakinan adalah
lebih baik surat semacam itu saudara hulurkan kepada webmaster yang lain untuk
mendedahkannya daripada saudara lakukan di laman web anda. Di waktu yang sama catitkan
sahaja nama pengirimnya. Untuk rujukan sahaja, walaupun catatan itu akhirnya tidak akan
membawa sebarang makna. Jauh di lubuk hati saya, surat yang saudara terima itu adalah
langkah awal yang berusaha untuk mengaibkan Paklah juga. Mungkin ada baiknya disiarkan
oleh website yang bukan pengendalian saudara.
Cuma bersedialah kalau selepas ini
saudara terima pula cerita akan kedatangan gerombolan Yakuza, Tamil Tigers, Red Army,
Mafia Russia dan sebagainya. Cerita seperti ini sudah lama saya terima dan saya
campakkan jauh-jauh sekali. Kesian Md. Aseh. Mentang-mentanglah Azizan Abu Bakar tidak ada
masa lapang, beliau pula yang menjadi mangsanya. Mungkinkah berita yang baru saudara
terima itu satu hadiah istimewa sempena Maal Hijrah ?????
Salam Hormat. -MT-
Isu Sebenar |