counter.bloke.com

BERKONGSI DENGAN SEORANG SAHABAT

From: Joe Manir
To: marhaintua@hotmail.com
Subject: Untuk dikongsi: Email ku dengan seorang sahabat.
Date: Sun, 16 Apr 2000 22:59:20 -0700 (PDT)

Assalamualaikum

Gelita 14.
Memang sungguh menyedihkan bila memikirkan orang Melayu, orang-orang Islam sendiri yang ada kuasa sanggup melakukan kezaliman dan menidakkan hak rakyat untuk membuat demonstrasi secara aman. 

Malang sekali buat polis-polis yang bertugas untuk mencari sesuap nasi buat mengisi perut dan segelas air buat penghilang dahaga dan sedikit lebihan duit untuk kesenangan di dunia yang sekejap ini yang sanggup "melupakan sekejap" perintah Allah 'Azza Wa Jalla demi perintah ketua jabatan mereka. Tetapi, ... pelik atau tidak pelik, inilah golongan-golongan yang disebut di dalam Al-Qur'an, yang telah memberi panduan kepada orang-orang yang beriman mengenal pasti jenis-jenis
manusia...

Peluru dan senapang sekadar simbolan,
Ajal tidak kira siang atau malam,
Mungkinkah ini pembersihan dari Tuhan,
Kerana kecuaian orang Islam di masa silam?

Sesekali menung-menungkan, kesian gak kat Mahathir...
tetapi, iye lah... sedangkan bapa saudara Nabi sendiri
pun ada termasuk dalam golongan yang engkar. Dan yang
zalim, maka tetaplah zalim ianya...

XXXXX
17-04-2000.