counter.bloke.com

KHABAR DARI MT

Penulis tetap ruangan ini menghubungi Minda Rakyat bagi menyatakan ingin bercuti panjang dari menulis. Ini bererti kita kehilangan seorang tenaga pemikir  dari anak bangsa yang saban hari kita rindukan penulisannya. Sebagai menghormati keputusannya itu, MR tidak meminta atau memaksa beliau terus menulis.

Bahan-bahan tulisan saudara Marhain Tua akan tetap kekal diarkibkan sebagaimana ada dalam laman ini untuk rujukan anda terutama kepada anak bangsa yang kehausan fakta dan pandangan dari seseorang yang amat berpengalaman dalam kehidupan dan sejarah negara ini beberapa dekad lalu. Anda boleh merujukkan kepada teman sebagai hadiah 'kegembiraan' atau 'kedukaan' yang dialami dan sebagai sumber bertukaran fikiran dan mencanai minda.

Jazakallah MR rakamkan kepada Marhain Tua semoga Allah terus memberikannya kekuatan untuk menyambung beberapa siri penulisan yang masih belum sempurna iaitu siri KALAU TAK PANDAI BERSILAT, ELOK LAGI BERSILA. Siri yang dijangkakan popular dan menjadi evergreen ialah SUASANA LEBARAN PENCETUS MINDA. Dan tidak kurang hebatnya ialah siri BERMULANYA REVOLUSI RAKYAT.

Akhirnya MR berdoa semoga penulis tetap ruangan ini (MT) mudah-mudahan segera mengatasi kesihatannya agar dapat segera kembali bersama kita di ruangan ini. Jalanilah sebaik-baik istirahat.

Kepada anda para netters marilah kita bersama meneruskan jihad ini sebagai perjuangan sehidup semati, demi Allah untuk membebaskan Malaysia dari belenggu kezaliman yang berpanjangan!!!

ALLAH HU AKBAR!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat