counter.bloke.com

MAHATHIR ADALAH BAPA KEZALIMAN MALAYSIA

CONTOH YANG TIDAK BAIK DARI BN

From: "kuna"
To: <Marhaintua@Hotmail.com>
Subject: contoh yang tidak baik dari BN
Date: Wed, 19 Apr 2000 12:51:17 +0800

Saya dok hairan situa nyanyok tu kalau berucap macam dialah yang alim nak menegakkan agama Islam konon.  Sana sini berucap mengutuk orang PAS.  Bagi saya, saya tidak menyokong mana-mana pihak tetapi yang saya geramnya tak habis-habis mencari kesalahan pihak PAS Kelantan & Terengganu.  Apa lagi yang nak sakit hati.  Depa semua dah menang dan pegang negeri-negeri tersebut dengan keikhlasan hati rakyat di sana.  Bukan macam negeri-negeri yang dipegang oleh BN dimana banyak yang tak telus dan ikhlas.

Ada ke patut akhbar yang saya baca semalam menyatakan PAS Kelantan & Terengganu tidak bersyukur kerana tanggungjawab Polis yang menjaga kawasan mengundilah maka mereka boleh menang.  Apa punya cerita bodoh daaaa.  Tak kan tak tahu kot, Polis pun bekerja untuk rakyat kan?  Bukan untuk BN atau mana-mana parti.  Tugasnya menjaga keamanan.  Kalau PAS yang memerintah negara Malaysia ini pun, tentu ia akan mengarahkan Polis menjaganya.  Adik-adik saya yang kecil pun tahu semua ini.

Lagi satu saya nak khabaq kat situa Maha segala-galanya  (maha didunia sahaja).  Apa hang tak tahu ke dimana letaknya aurat perempuan.  Isteri hang dan isteri-isteri menteri yang lain tu, bila lagi nak tutup kepala.  Malulah kat Raja Permaisuri Agong yang masih muda dari isteri hangpa semua tu.  Tengoklah, sedap mata memandang, sejuk rasa hati bila memandangnya dengan bertudung dan bersopan, sungguh ayu sekali.  Pernah satu ketika, sebelum pilihanraya umum diadakan, satu ceramah Hal Ehwal Islam yang pernah ditayangkan di TV dengan kehadiran Mahatit sendiri (sebagai penceramah kononnya) - tapi si isterinya Asma langsung tak bertudung, apa punya orang Islamlah ni.  Hai cukuplah saya pun dah naik meluat.  Langsung tak nak bagi contoh yang baik pada orang bawahan yang lain.

dara anti fitnah