MENJANA KEMENANGAN DALAM TAHUN 2004

 counter.bloke.com

KUASA VETO HANYA DITANGAN-NYA

From: "zabidah" 
To: < Marhaintua@hotmail.com>
Subject: KUASA VETO HANYA DITANGAN-NYA
Date: Tue, 9 May 2000 08:52:22 +0800

Assalamualaikum saudara,.
Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH jua...
Saudaraku,
Sekadar komen spontan bila membaca tulisan 'kimia' tadi... beberapa hari yang lalu saya meneliti sekali lagi siri-siri tulisan saudara dan saya memang merasakan saudara amat 'berterus-terang' dengan senario tanah-air dari hasil pengalaman, pemerhatian saudara selama ini (seperti yang saya kemukakan soalan di email kedua saya dulu).  

Penulisan saudara juga adalah hasil dari pelbagai reaksi spontan saudara ke atas (saya kira....) beratus email dari setiap pelusok tanah-air dan serata dunia di mana rakyat Malaysia berada!...  Luahan hati benci, suka, meluat dan ...... rasanya telah menjadi santapan harian saudara hingga kadang-kala saudara hampir mogok dari menulis dan mahu berehat panjang....   

Ketahui lah saudara ku... Tuhan MAHA mengetahui... jutaan rakyat marhaen merasakan apa yang saudara rasa dan saudara adalah di antara insan yang amat 'berani' berkata benar dan mencabar minda dan hati naluri... mengetuk setiap pintu hati rakyat marhaen yang dahagakan maklumat kebenaran.... 

Saya tak pandai berbicara!... tetapi luahan hati saya yang tidak seberapa ini telah dipendam sejak 2 tahun yang lalu... ia tidak mampu dibendung lagi...kalau tak kuat iman boleh dihinggapi penyakit kronik... 

Namun ALLAH adalah tempat mengadu dan sebaik-baik jalan.... seperti dua elemen yang saudara praktikan... bersolat hajat dan memperbanyakkan zikirulallah.... insya-Allah... kedamaian hati dan keberkatan akan kita sama-sama perolehi.... Harapan dan impian saya dan yang lain untuk mencari keadilan dan hidup dengan keberkatan ILAHI di bumi yang tercinta ini..

Salam hormat...
ZBA