MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

 counter.bloke.com

NAMUN HATIKU..

From: "Love Me"
To: Marhaintua@Hotmail.com
CC: Mama Ziah
Subject: hati ku ini...
Date: Thu, 11 May 2000 02:10:40 MYT

Assalamualaikum.

         namun hatiku.......

Termasuk pagi tadi sudah 2 e-mail ku hantarkan pada sdr/sdri marhaintua. tapi e-mail yang baru tu merupakan sebuah coretan yang penuh geram. dlm mail ku yg dulu telah ku katakan bahawa itulah pertama kali aku menulis tentang perasaan ku mengenai iklim politik kini.setiap hari bila aku melayari laman-laman reformasi {memang itulah yg menjadi akhbar ku kini} dan melihat suasana keliling yg menjijikkan...maka hatiku sentiasa membara....dan baraan itu sering ku luahkan bila saja ada kesempatan dan peluang pagi tadi pun... dgn pengetahuan yg tak seberapa, sekali lagi  di warung yg biasa aku membeli sarapan,aku berdebat, memberi pendapat dan tak lupa juga beri nasihat {tergantung pada siapa,dan peringkat umur yg duduk semeja dgn ku ketika itu}sehingga makanan yg ku beli untuk anak-anak ku di rumah untuk sarapan bertukar menjadi makanan untuk tnghari..{begitulah ukuran masa kuliah yg tak rasmi pagi tadi}.kekadang kebimbangan anak-anak ku terserlah aapabila mereka mengatakan aku ini terlalu vocal, dikhuatiri org yg aku khutbah tu org yg gelap mata {sb}.

Seperti ku katakan tadi..hati ku sering membara..dan telah ku cuba pula meluahkannya di atas kertas..tetapi terasa kelainannya, luahan di warung  koramnya sentiasa cukup dan feed-backnya aku dapat secara spontan dan kepuasannya ku nikmati tika itu juga...sedangkan secara virtual luahan itu tertakluk dengan hukum-hukum tertentu dan aku masih teraba-raba mencari pemangkin untuk menuju sasaran!

Email pagi tadi..dah jadi pagi semalam. jam tika ni menunjukkan 12.47
tnghmalam, adalah permulaan luahan ku secara virtual.seandainya ada nilai...ku harap sangat agar dapat sdra/ri ajukan kemana-mana laman yang sesuai.

mungkin sdra/ri tertanya-tanya mangapa tidak ditujukan terus kpa laman-laman yg sedia ada? Jawabnya aku tak tau bagaimana nak hantar terus pada yg berkenaan.Tak tau e-mail add: mereka. Jika aku tau..akan ku hantar terus pd mereka.

di alam cyber ini memang susah nak kenal siapa kawan siapa lawan dan risikonya,org yg pengetahuan..keatas tak sampai ke bawah tak jejak..mcm aku ni tentang ilmu cyber, memang ujud. Jadi aku faham mungkin terdapat keraguan sdra/ri tentang niat mail ku itu.dlm salah satu artikel sdra/ri perkataan 'perangkap' memang memerangkap sedikit sebanyak semangat keberanian yg ujud dlm diri ku.aku juga takut akan perangkap kerana penangan perangkap ini amat dahsyat terutama kita hidup zaman draconian law nih...tetapi bila setiap artikel sdra/ri tu ada mail addnya aku cuba kentalkan sifat keberanian ku itu dan ku balutnya dgn keyakinan diri... aku tawakkal.

di sini ingin ku nyatakan insyallah hati ku ini tidak terbuka memasang perangkap untuk keburukan kerana perinsip hidup ku 'tidak kan ku bina istana diatas duka nestapa org lain'.setelah aku membaca artikel-artikel sdra/ri dan aku juga mengkagumi artikel amin sapiro...taulah aku,  jika segala yang dititip itu merupakan cermin kebenaran kepada suatu perinsip dan kesedaran penulisnya, bahawa iman dan maruah itu tidak boleh dijual beli!

Jika tidak menyusahkan...bolehkah beritau cara menghantar atau add laman-laman berkenaan.hantarlah dgn cara yg paling selamat buat diri sdra/ri.terima kasih.

wassalam.

Tun Teja
11/5/2000

mindarakyat@hotmail.com