MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

From: "Love Me" 
To: Marhaintua@Hotmail.com
Subject: tu kerja makhluk perosak....
Date: Mon, 22 May 2000 02:42:41 MYT

Assalamualaikum....
Terima kasih di atas mail yang tidak disangka-sangka  tu. Seronok bukan main ..ingat dah tak sudi balas mail saya.

'Gian' tu bukan tulisan saya...ada orang nak smear nama Tun Teja mungkin kerana tulisan saya tajuk 'I don't care' yang saya titip hari sabtu 20/5/00 yang lalu dan Tun Wati ada menjawabnya. Sdra cuba baca tulisan saya pada 21/5..tajuk 'tolong sayang' dan di susuli  dengan 'Bangsaku Tanggungjawabku'. 

Walau bagaimana pun saya ada menjawab secara sinis untuk tuah tajuknya 'tuah..tuah ish ish ish' tapi saya guna 'anonymous'..juga di column yang sama dgn 'gian' tu.

Buat pengetahuan sdra, tajuk artikel 'Alah Emak....' 21/5 oleh  totee itu pun tulisan saya..totee ertinya dua 't' {T.T = Tun  Teja}.Itu  sebenarnya ilham dari sebuah lagu 'Alah Emak Kawin kan  Aku'..saya  ubahsuai lyriknya.Satu lagi tulisan totee ialah 'I did it  my way'  21/5. Tapi senikatanya agak nakal sedikit...

Sekali lagi ucapkan terima kasih di atas keperhatinan sdra   terhadap saya. Alhamdullillah..... pada saat dan tika ini semuanya baik..damai dan tenteram.. semoga keadaan ini berpanjangan..insyallah.

Begitu jugalah doa saya untuk sdra dan keluarga semoga sentiasa dirahmati ALLAH... amin.

Saya akan cuba menulis lagi...insyaallah.

Salam saya untuk sdra sekeluarga....


Walaikumsalam wbt...
Alhamdulillah...Untuk pengetahuan sdr. saya memang sentiasa megikuti dengan aktif perjalanan FGR untk menilai kecenderongan pemikian pesertanya. Terutama sekali fikiran dan taktik kumpulan gampang yang cuba membuat onar. 

Kerana itu, jika ada orang yang penah menulis di Feu dan muncul pula di FGR secara sumbang, saya akan cuba tanya apakah beliau yang menulis di FGR secara terkeluar daripada caranya yang pernah ditunjukkan di Laman Web Pro-reformasi. Ini adalah satu tanggungjawab saya kerana saya telah mengemukakan cadangan si penulis itu dierima oleh para PW sebagai penyumbang ataupun penulis tamu.  

Kalau saya tidak menyelidik perkara ini secara cepat, bererti saya turut bersalah. Maklumlah, kami menerima berpuluh-puluh malahan ada ketikanya beratus emel setiap hari. Adakalanya saya sendiri pun hanya membaca perenggan pertama sahaja dan kemudiannya men'delete'kan emel itu; jika tidak saya akan mengalamai kesulitan untuk masuk disebabkan 'overloading.'

Diharap sdr tidak tersinggung dengan sikap 'jaga-tepi-kain' yang saya lakukan itu. Namun, tulisan 'totee' adalah menarik malahan kata-kata sinis berupa lagu itu pun menarik. Cuma, berwaspada dengan tulisan sdr kerana boleh-periksa melalui IP anda walaupun kalau ia menggunakan 'proxy server'.

Kalau kita gunakan  tiga ataupun empat nama samaran dalam satu hari tetapai IP no. kita tidak bertukar, mungkin satu hari seseorang akan mendedahkan taktik itu dan terbongkar semua rahsia. Kerana itu jangan gunakan nama Tun Teja dalam FGR, kalau boleh. Seeloknya jagalah nama pena itu dengan cermat agar orang lain akan terus menghormati penggunanya walaupun tidak kenal siapakah dia.

Salam Hormat dan semoga saudara sekeluarga dirahmati Allah jua.

-MT-

 counter.bloke.com