MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SALAM DARI JEPUN

From: SS1 
To: Marhain Tua <marhaintua@hotmail.com>
Subject: Salam dari Jepun
Date: Wed, 24 May 2000 21:38:08 -0700 (PDT)

Assalamualaikum...

Kembali menemui ayahanda dengan harapan agar ayahanda sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
Saya di sini, alhamdulillah sihat. Sekarang ni, lunch time, so curi peluang sikit untuk mengirim email kepada ayahanda.

Pada tanggal 2/6/2000, kami para pelajar Malaysia akan menerima kunjungan daripada para VIP dari Malaysia seramai 11 orang. Semuanya terdiri daripada Dato'` Datuk dan datin-datin belaka. Kalau tak silap saya dari pihak Kementerian Belia dan Sukan. Mungkin Duta Besar Malaysia Jepun pun akan turut serta.

Berita terbaru menyatakan bahawa kami wajib menghadiri perjumpaan tersebut yang akan diadakan pada hari Jumaat bermula jam 1:30p.m. So, para pelajar Malaysia terpaksalah berebut-rebut sembahyang Jumaat kerana selepas itu ada VIP yang sedang menunggu di Bilik
mesyuarat di bangunan International Student Office.

Kalau para VIP dapat hadir sama bersembahyang Jumaat..bestlah juga kan...at least dapat meramaikan lagi para ahli Jemaah. Tapi mungkin dikira sebagai musafir kot...

Sekian dahulu

Salam hormat dari saya buat ayahanda.

Sebelumnya, dikatakan sesiapa yang berminat bolehlah menghadiri dinner bersama dengan para VIP tersebut tetapi dikehendaki membayar sebanyak 1000-2000 seorang.

Jawapan MT

Anakanda SS1
RE: Melihat Lambaian Musim Bunga

Assalamualaikum wbt...

Mak ooii! Saya tak sangka student di Malaysia kaya-raya sehinggakan mampu membiayai  sendiri jamuan makan malam dengan kadar 1000-2000. Takkan harga Yen, berapa sen sangat. Tentu harga RM. Aduuh, saya amat berminat mengetahui siapakah nanti para Dato' dan Datin yang akan tiba itu. Memanglah awal Jun, ketika musim bunga beralih ke musim panas; Tokyo memang menyeronokkan. Bebunga di sana yang  memang menakjubkan. Itulah yang dikatakan kekuasaan Allah. 

Kalau saya tidak silap, ketika itulah Taman Bunga Diraja akan diminati ramai dan anak-anak muda mula dengan tarian bebasnya di hujung minggu. Tak hairanlah kalau para VIP itu mahu datang dengan alasan berjumpa pelajar. Inilah yang saya katakan indoktrinasi kelas atasan, atas nama 'Kementerian' agar segala tambang dan tempat tinggal ditaja oleh Kerajaan. Alangkah eloknya kalau kaum ibu bapa anak-anak yang belajar itu diberikan tiket percuma untuk tinggal seminggu dua dengan anak-anak mereka sambil memberikan galakan dan perangsang agar tekun belajar dan pulang berbakti kepada bangsa dan negara. Alangkah cantiknya kalau saranan ini boleh diterima. Kalau tidak mahu beri tiket percuma, kenakan separuh bayaran dan biar si anak membayarnya balik apabila dia mula bekerja kelak. Inilah kemajuan dan inilah satu anjakan paradigma, namanya. Ini asyik-asyik sebut akan Melayu Baru, Melayu Baru. Apa yang baru, orang kampung masih tidak tahu.

Anakanda tentu teringat betapa Kementerian Belia dan Sukan pernah berbelanja besar untuk projek Rakan Muda. Kos pengiklanan sahaja memakan RM70 juta. Bayangkan, kalau hanya setakat 10% daripada peruntukan pengiklanan itu disalurkan ke satu tabung khas untuk membiayai ibu dan bapa para pelajar  yang cemerlang di luar negara, saya fikir Malaysia mampu melahirkan calon Nobel Prize setiap tahun. Tetapi, apa yang sudah jadi dengan Rancangan Rakan Belia? Kalau setakat mengajar anak-anak muda mengamalkan 'safe and free sex' eloklah hentikan sahaja projek itu. Memalukan dan menjijikkan. Malahan ada program projek  itu yang bertentangan dengan budaya kita.

Kita ada mendapat berita daripada Amerika betapa satu rombongan di bawah tajaan Kementerian Pendidikan akan melawat pelajar-pelajar di USA. Wah!, nampaknya ini satu strategi baru untuk merembat hati para pelajar agar mereka  menyokong UMNO semula.  Kalau rombongan itu daripada Kementerian Pelajaran, saya pasti ia akan diketuai oleh De Facto Minister  Aziz Shamsuddin. Bolehlah para pelajar menyoalnya apa cerita chek kilang air minuman yang dialamatkan pada nama arwah isterinya dulu. Bukankah itu cek yang dicuri oleh orang ketika berlaku kemalangan ke atasnya?

Kalau ke Jepun sudah diaturkan, ke Amerika memang sudah dipastikan, bagaimana pula ke Eropah? Takkan kumpulan yang sama akan ke sana? Takkan mereka menjadi 'globe-trotting preachers' pula? Inilah yang saya katakan betapa kerajaan pimpinan UMNO sudah sakit tenat. Otak para pemikir sudah reput. Alangkah baik kalau keluarga terdekat si anak-anak diberikan pinjaman mudah untuk menziarahi para pelajar itu? Apakah kesannya nanti kalau para pelajar memperlekehkan usaha dakwah ala UMNO itu?  Apakah kemungkinannya akhbar tempatan diberitahu oleh para pelajar akan pertemuan itu dan station radio tempatan digunakan untuk menyanggah balik para pelawat VIP tersebut?

Setiap kali saya diberitahu akan adanya para pemimpin politik kita (daripada BN) bersyarah kepada para pelajar di luar negara, saya merasa jengkel bercampur geli hati. Bayangkan di zaman IT ini ada menteri yang sanggup membuang masa bertemu sekitar 100 pelajar dan bercakap akan perpaduan negara, mengenai bahaya agen asing dan sebagainya. Bagi saya gelagat para menteri bercakap cara ini hanyalah untuk memperakukan kesahihan mereka berbelanja besar di luar negara. 

Kedua, mereka memalukan bangsa sendiri kerana mereka dilantik menjadi wakil rakyat bukan untuk menjaga pelajar di luar negara secara khasnya. Mereka dilantik menjadi rakyat untuk mengambil kisah majoriti rakyat. Ketiga, para pemimpin sedemikian seolah-olah memperbodohkan masyarakat Malaysia di luar negara. Sekarang ini apakah berita dalam negara yang tidak dapat diikuti oleh anak-anak Malaysia di seberang laut? Akhbar tempatan belum sempat menyiarkan sesuatu berita penting, anak-anak di luar negara sudah pun mengetahuinya melalui internet.

Anakanda SS1,

Tolong Sahkan Proton WAJA.....

Anakanda baru sahaja pulang ke tanahair untuk bercuti sambil membuat kerja-kerja penyelidikan. Di waktu itu anakanda tentu berkesempatan melihat projek terbaru Proton yang disebut Proton WAJA. Pada mulanya ramai masyarakat di negara ini terpegun bagaimanakah anak-anak Melayu begitu pintar mereka-cipta bentuk  sebuah kereta baru tanpa pengalaman untuk berbuat begitu. Saya dihujani beberapa emel bertanyakan pendapat itu. Tetapi saya diam membisu dengan harapan ada seseorang daripada negara matahari terbit yang akan menghubungi saya. Dari situ saya mahu mengumpil satu rahsia. 

Apakah betul kereta Proton WAJA itu berbentuk sama dengan satu jenis Mitsubishi di Jepun? Kalau betullah seperti yang kami terima, bererti orang Malaysia ditipu hidup-hidup oleh pengurusan PROTON dan juga si Mamak Tongkang. Jawapan anakanda amat penting bagi kami kerana kita mahu beritahu orang kampung betapa mudahnya orang kita ditipu di zaman IT ini. Tetapi itu adalah persepsi orang-orang UMNO dan bukan persepsi kita. Memang kita tidak percaya dengan "kejayaan" itu kerana kita tahu di Malaysia tidak ada satu 'wind-tunel' (terowong angin)  pun untuk digunakan bagi menguji setiap model kereta yang baru.  

Soalnya sekarang, apakah pula perasaan anak-anak muda yang ditemuramah oleh TV dan yang sanggup berlagak sakan seolah-olah model WAJA itu memang ciptaan mereka? Inilah yang amat membingungkan. Mungkinkah mereka sudah dibayar untuk menutup zip mereka? Maklumlah sejak persidangan UMNO selesai, perkara buka zip dan tutup zip semakin galak di kalangan orang Melayu.

Sebenarnya harga kereta di negara ini terlalu mahal. Saya fikir inilah sebuah negara pengeluar kereta di mana kereta buatan sendiri adalah lebih mahal daripada kereta impot. Sejak PROTON dihasilkan kita sudah memberikan subsidi kepada dua pihak. Pertama, kepada para pembeli kereta ini di luar negara. Kedua, kita memberi subsidi kepada pengurusan PROTON dan juga seorang diktator tua untuk terus berkhayal menipu kita. Sebenarnya mereka tidak ikhlas dalam hal ini. Jika tidak, kenapakah lesen AP (Approval Permit) dikeluarkan oleh Rafidah untuk menantunya?

Sekian dulu anakku, insya-Allah ayahanda akan sambung lagi. Salam hormat kepada semua ahli masyarakat Malaysia di Tokyo.

-MT-

 

 counter.bloke.com