azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996

Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Tracing-IP

 

Pembelajaran Bahasa Melayu SMART


Pembelajaran Bahasa Melayu SMART:
Model Pembelajaran Cara Belajar Bahasa Melayu Berbantukan Internet


Pengenalan


Kebelakangan ini kesedaran tentang kepentingan strategi belajar yang berkesan semakin meningkat bukan sahaja di kalangan pendidik malah di kalangan ibu bapa dan pelajar. Strategi pembelajaran bahasa berkait rapat dengan kemahiran belajar yang diamalkan oleh seseorang pelajar. Mengikut Oxford (1990), strategi pembelajaran bahasa ialah langkah-langkah atau tingkah laku yang biasanya digunakan oleh pelajar bahasa untuk mempercepat pemerolehan, penyimpanan, pengingatan dan penggunaan maklumat baru.

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian mutakhir tentang strategi pembelajaran bahasa (contohnya, Oxford and Bury-Stock 1995; Mohamed Amin Embi 1996) menunjukkan bahawa pelajar bahasa yang cemerlang adalah mereka yang mengaplikasikan pelbagai strategi atau teknik belajar dalam proses pembelajaran bahasa mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Ini termasuklah bagi pembelajaran Bahasa Melayu (Abu Talib Abdullah, 1998; Mohd. Nazali Abu Bakar, 1999; Norzizah Yusof, 1999; Rahani Yusof, 1999; Yong Zaharah Mohd. Taridi, 1999; Zuriyati Haron, 1999) di mana pelajar yang cemerlang dalam Bahasa Melayu didapati menggunakan banyak dan pelbagai strategi belajar daripada pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu. Implikasi dapatan ini ialah pelajar Bahasa Melayu yang lemah boleh dilatih menggunakan strategi belajar bahasa yang diamalkan oleh pelajar Bahasa Melayu yang cemerlang. Kajian perbandingan yang dijalankan oleh Mohamed Amin Embi, Juriah Long dan Mohd. Isa Hamzah (1998;1999) tentang strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar sekolah menengah untuk mempelajari Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab menunjukkan bahawa pelajar bahasa yang cemerlang menggunakan lima kumpulan strategi pembelajaran bahasa yang utama. Berdasarkan data yang diperoleh daripada kajian tersebut dan lain yang berkaitan, Mohamed Amin Embi (1998a) telah membina satu model pembelajaran cara belajar bahasa yang dikenali sebagai Model Pembelajaran Bahasa SMART. Model tersebut juga disepadukan dalam Internet melalui satu laman sawang yang dikenali sebagai SMART Net (Mohamed Amin Embi 1997, 1998b) yang merupakan laman sawang pembelajaran cara belajar bahasa secara online yang pertama di dunia (Utusan Malaysia, 23 Jun 1998). Tujuan kertas ini ialah untuk memperihalkan perkembangan laman sawang yang dibina dalam SMART Net yang dikenali sebagai Pembelajaran Bahasa Melayu SMART atau SMART Malay Learning. Laman ini direkabentuk oleh Mohamed Amin Embi (1998c) bertujuan membantu guru dan pelajar Bahasa Melayu mempelajari rahsia serta strategi pembelajaran Bahasa Melayu berkesan secara online.

Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Internet

Penggunaan dan populariti Internet sebagai alat pengajaran dan pembelajaran meningkat dengan pengenalan pemapar World Wide Web yang mengunakan konsep hiperteks dalam situasi multimedia (Ryder dan Hughes 1997). Kini terdapat beberapa laman sawang yang telah mengabungjalinkan konsep multimedia serta hipermedia bagi membolehkan maklumat disampaikan kepada pengguna dengan lebih berkesan dan bermakna. Walau bagaimanapun, di Malaysia masih terdapat kekurangan laman sawang tempatan yang dibangunkan khusus untuk pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Bahagian yang berikut akan menghuraikan satu pendekatan inovatif pembelajaran cara belajar Bahasa Melayu berbantukan Internet yang melalui SMART Net. SMART Net ialah sebuah laman sawang yang dibangunkan untuk membantu pendidik dan pelajar mempelajari tentang strategi-strategi pembelajaran bahasa secara berkesan termasuklah Bahasa Inggeris (SMART English Learning), Bahasa Melayu (SMART Malay Learning) dan Bahasa Arab (SMART Arabic Learning). SMART Net telah dilancarkan secara rasminya oleh YB. Datuk Dr. Ibrahim Saad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 13 Jun 1998 di Makmal Multimedia, Fakulti Pendidikan, UKM dan alamatnya ialah http://www.fpend.ukm.my/smartnet/index.htm.

Model Pembelajaran Bahasa SMART

Berdasarkan data yang dikumpul daripada 500 pelajar sekolah menengah yang mempelajari Bahasa Inggeris, Melayu dan Arab dalam konteks di Malaysia (Mohamed Amin Embi, Juriah Long and Mohd Isa Hamzah 1998; 1999), Mohamed Amin Embi (1998c) telah membina satu model belajar bagaimana cara belajar bahasa telah dibentuk oleh pengarang yang dikenali sebagai Model Pembelajaran SMART atau SMART Language Learning. SMART adalah akronim bagi strategi-strategi pembelajaran bahasa yang berikut:

S - Strategi pembelajaran secara sosial: Strategi pembelajaran bahasa dengan orang lain.

M-Strategi pembelajaran secara metakognitif: Strategi bagi menguruskan pembelajaran
bahasa.

A-Strategi pembelajaran secara afektif: Strategi bagi mengurangkan kerisauan semasa pembelajaran bahasa.

R-Strategi pembelajaran secara ingatan: Strategi untuk mengingati bahan-bahan bahasa.

T-Strategi persediaan ujian: Strategi bagi persediaan peperiksaan bahasa.

Menurut Oxford (1990) secara amnya, strategi pembelajaran bahasa dapat diajar melalui tiga cara yang berbeza iaitu: latihan kesedaran, latihan strategi jangka pendek, dan latihan strategi jangka panjang. Latihan kesedaran yang dikenali juga sebagai latihan pembiasaan dapat memberi peluang kepada pelajar bahasa menyedari dan membiasakan diri dengan idea strategi pembelajaran bahasa dan bagaimana strategi-strategi ini dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran bahasa. Latihan kesedaran ini penting sebab ia merupakan pengenalan pelajar dengan konsep strategi pembelajaran. Namun demikian, walaupun sudah terdapat beberapa model belajar cara bagaimana belajar bahasa yang dilaporkan dalam literatur (lihat Ellis dan Sinclair 1989; Rubin dan Thompson 1994; Chamot dan O’Malley 1994; Nunan 1996), tidak satupun yang telah disepadukan ke dalam Internet khususnya dalam World Wide Web. Penyelidikan mutahkir dalam bidang Internet menunjukkan bahawa bahan dan aktiviti pembelajaran berasaskan Internet dapat membantu pembelajaran pelajar (Holte 1994). Justeru, satu model belajar bagaimana cara belajar bahasa berasaskan Internet bergelar SMART Net (lihat Gambar 1) telah direkabentuk oleh Mohamed Amin Embi (1997; 1998a).
Komponen Utama Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
SMART Net mengandungi antara lainnya, halaman-halaman yang dikenali sebagai SMART English Learning (lihat Gambar 2), SMART Malay Learning (lihat Gambar 3) dan SMART Arabic Learning (lihat Gambar 4).

Terdapat dua komponen utama SMART Net, iaitu;

a) latihan kesedaran strategi pembelajaran bahasa berasaskan model SMART Language Learning

b) rangkaian berasaskan Internet bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa
Dalam konteks pembelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, laman sawang Pembelajaran Bahasa Melayu SMART atau SMART Malay Learning terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

a) Pembelajaran Bahasa Melayu SMART untuk Pelajar (lihat Gambar 5)
b) Pembelajaran Bahasa Melayu SMART untuk Guru (lihat Gambar 6)

Halaman Pembelajaran Bahasa Melayu SMART untuk Pelajar mempunyai hyperlink yang tiap-tiap satunya menerangkan tentang;

a) Model Pembelajaran Bahasa Melayu SMART (lihat Gambar 7)
b) Rahsia Pelajar Bahasa Melayu SMART (lihat Gambar 8)
c) Bagaimana Menjadi Pelajar Bahasa Melayu SMART (lihat Gambar 9)
Di samping itu terdapat juga rangkaian kepada bahan dan sumber untuk pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan Internet iaitu;
a) SMART Resource-Link untuk Pelajar Bahasa Melayu SMART (lihat Gambar 10)

b) Link Multimedia Interaktif untuk Pembelajaran Bahasa Melayu SMART (lihat Gambar 11)

Laman sawang Pembelajaran Bahasa Melayu SMART untuk Guru juga mempunyai maklumat dan rangkaian yang hampir serupa iaitu;
a) Model Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
b) Rahsia Pelajar Bahasa Melayu SMART
c) Bagaimana Menjadi Pelajar Bahasa Melayu SMART
d) SMART Resource-Link untuk Guru Bahasa Melayu SMART
e) Link Multimedia Interaktif untuk Pengajaran Bahasa Melayu SMART.

Rumusan

Dalam konteks pendidikan mutakhir di Malaysia yang antara lainnya menekankan pengajaran serta pembelajaran berkesan menggunakan multimedia, SMART Net dapat menawarkan kepada guru dan pelajar suatu model inovatif dan pembelajaran cara belajar Bahasa Melayu melalui latihan kesedaran secara online. Pertama, bagi pelajar Bahasa Melayu, SMART NET menyediakan sebuah laman web inovatif tentang strategi pembelajaran Bahasa Melayu berkesan. Laman tersebut juga boleh menjadi sumber dan aktiviti berasaskan Internet kepada pembelajaran Bahasa Melayu secara interaktif dan multimedia. Bagi guru Bahasa Melayu pula, mereka dapat mengggunakan laman SMART Net untuk mendalami rahsia kejayaan pembelajaran Bahasa Melayu. Di samping itu, mereka juga dapat mengaplikasi dan menyepadukan laman web yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang terdapat dalam World Wide Web ke dalam bilik darjah mereka.

Gambar 1 : Laman Sawang SMART Net


Gambar 2: Laman Sawang SMART English Learning


Gambar 3: :Laman Sawang SMART Malay Learning

Gambar 4: Laman Sawang SMART Arabic Learning

Gambar 5: Laman Pembelajaran Bahasa Melayu SMART untuk Pelajar

Gambar 6: Laman Pembelajaran Bahasa Melayu SMART untuk Guru


Gambar 7: Laman Model Pembelajaran Bahasa Melayu SMART


Gambar 8: Laman Rahsia Pelajar Bahasa Melayu SMART

Gambar 9: Laman Bagaimana Menjadi Pelajar SMART

Gambar 10: Laman SMART Resource-Links untuk Pelajar

Gambar 11: Laman Sawang Link Multimedia Interaktif untuk Pelajar