Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!
 
KENYATAAN AKHBAR BERSAMA 
 
ABIM (Abim Amerika Utara) dan MISNA (Malaysia Islamic Society of North 
America) : 
 
Sesungguh merasa terharu, kesal dan terkilan keatas nasib yang menimpa 
ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan penjara Sungai 
Buloh sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar akhbar tempatan dan luar 
negeri. 
 
Berita mengenai keracunan Arsenik yang dialaminya menjadi bahan 
percakapan oleh sebahagian umat islam di benua Amerika. Berita 
tergempar ini sesungguhnya memberikan satu gambaran yang buruk kepada 
kerajaan malaysia yang dipimpin oleh YB Datuk Seri Dr. Mahathir 
Mohamad, kementerian dalam negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri 
Abdullah Badawi dan Jabatan Penjara Malaysia. 
 
Walau apa jua tuduhan yang dilemparkan terhadap nasib yang menimpa ke 
atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan banduan banduan lain namun pihak 
Kementerian Dalam Negeri tetap bertanggung jawab penuh ke atas 
keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjalani hukumanya di 
penjara. 
 
Dari kejadian ini rakyat malaysia yang berada di Amerika amat meragui 
sikap Kementerian Dalam Negeri dan kecekapan pihak penjara didalam 
mengawasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
 
Oleh itu kami ingin menyarankan kepada Perdana Menteri Malaysia agar 
menubuhkan suruhanjaya Di Raja bebas untuk menangani masaalah yang 
diperkatakan sekarang ini. Perdana Menteri sebagai pemimpin kepada 
seluruh rakyat Malaysia seharusnya mengambil sikap paling adil 
terhadap isu ini tanpa membuat tuduhan melulu yang akan menimbulkan 
kemarahan sesetengah pihak. 
 
Kami berharap suruhanjaya Di raja ini ditubuhkan segara dan 
melaksanakan tanggung jawabnya dengan baik dan keputusanya diberitahu 
kepada rakyat demi memulihkan kepimpinan Perdana Menteri, Timbalan 
Perdana Menteri dan Jabatan penjara Malaysia. 
 
Kami tidak sanggup melihat sistem perundangan dan kerharmonian hidup 
rakyat Malaysia dicemari oleh anasir anasir tertentu yang akan 
menimbulkan keluh kesah, ketidakyakinan dan ketakutan dikalangan 
rakyat akibat dari kelambatan bertindak didalam menangani isu ini. 
 
 
Pejabat sekretariat 
Washington DC 
USA 
September 13, 1999 
  • KENYATAAN MEDIA AL HIZBUL ISLAMI UK & EIRE
  • Surat drpd Dr. Munawar A. Anees
  • Kenyataan Syed Husin Ali
  • Kenyataan Kak Wan mengapa 14 hari
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun
     

     
    Jiwa Merdeka