Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!
 
KENYATAAN MEDIA MISG-ABIM UK DAN EIRE 
ISU DATO SERI ANWAR IBRAHIM DIRACUN 
 
Kami ahli-ahli Malaysian Islamic Study Group-Angkatan Belia Islam 
Malaysia (MISG-ABIM) United Kingdom dan Eire seperti badan-badan bukan 
kerajaan yang lain memandang serius kejadian yang berlaku di tanah air 
berhubung tindakan pihak-pihak tertentu untuk membunuh Dato Seri Anwar 
Ibrahim secara terancang dengan menggunakan racun arsenik semasa 
beliau di dalam tahanan. MISG-ABIM UK & EIRE terkejut dan hampa 
kejadian seperti ini boleh berlaku di negara tercinta yang rakyat dan 
pemerintahannya dikatakan mengamalkan Islam sebagai agama rasmi. 
 
Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak sebelum siasatan bebas, 
telus dan boleh dipercayai dijalankan, MISG-ABIM mengutuk 
sekeras-kerasnya tindakan individu atau pihak yang terlibat secara 
langsung atau tidak langsung sehingga tiada siapa yang dapat memberi 
jaminan keselamatan nyawa kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sekarang ini. 
Walau pun beliau sedang menjalani hukuman penjara, keselamatan 
nyawanya sepatutnya terjamin. 
 
Kata-kata Dato Seri Abdullah Badawi iaitu no stone would be left 
unturned, and if true, whoever did this would be punished hendaklah 
ditafsir dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan dengan kebenaran dan 
keimanan yang hakiki. Tiada mana-mana pihak pun sepatutnya menggunakan 
kata-kata ini untuk kepentingan masing-masing sebelum siasatan bebas, 
telus dan boleh dipercayai dijalankan. Setelah siasatan dijalankan dan 
penjenayah yang sebenarnya diketahui tanpa ragu, diharap kata-kata 
tersebut dikotakan. 
 
MISG-ABIM UK & EIRE bimbang perkembangan mutakhir di tanah air 
sekarang ini menambah burukkan lagi imej Malaysia di mata dunia. Kami 
menyokong sebarang usaha mana-mana pihak untuk memulihkan kepercayaan 
rakyat dan pelabur asing supaya kemakmuran dan keamanan negara dapat 
dijana menjadi Baldatun Tayyibun wa Rabbun Ghafur. Untuk itu telah 
sampai masanya kita mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil supaya 
rakyat dapat memberi mandat baru kepada mana-mana parti untuk 
menjalankan pemerintahan negara. 
 
 
Haji Jamil Adimin 
Presiden MISG-ABIM UK & EIRE 
  • iKenyataan ABIM US, MISNA
  • KENYATAAN MEDIA AL HIZBUL ISLAMI UK & EIRE
  • Surat drpd Dr. Munawar A. Anees
  • Kenyataan Syed Husin Ali
  • Kenyataan Kak Wan mengapa 14 hari
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun
     

     
    Jiwa Merdeka