Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!


KENYATAAN MEDIA AL HIZBUL ISLAMI UK & EIRE

KONSPIRASI MEMBUNUH DATO SERI ANWAR IBRAHIM:
TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK SIASATAN

Al Hizbul Islami UK & Eire (HIZBI) mengutuk sekeras-kerasnya
tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba membunuh Dato Seri
Anwar Ibrahim dengan cubaan meracun beliau dengan
menggunakan bahan kimia arsenik.

Ini adalah berdasarkan laporan patologi air kencing beliau yang
dibuat di Gribbles Pathology, Melbourne Australia menunjukkan
bahawa kandungan bahan kimia arsenik di dalam tubuh beliau
berada pada kadar 77 kali ganda berbanding tahap biasa.

HIZBI memandang serius laporan tersebut dan dengan ini
mendesak kerajaan agar segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja
untuk menyiasat kejadian tersebut. HIZBI juga mendesak agar
Suruhanjaya tersebut diletakkan di bawah pengawasan Parlimen
untuk memastikan kebebasan badan tersebut.

HIZBI berkeyakinan bahawa cubaan membunuh ini adalah ekoran
pendedahan demi pendedahan mengenai penyelewangan kuasa
dan wang rakyat oleh pemimpin-pemimpin tertentu yang dibuat
oleh Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

HIZBI ingin menegaskan bahawa siasatan mestilah dibuat tanpa
mengira pangkat dan kedudukan termasuklah ke atas Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri yang juga selaku Menteri
Dalam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penjara serta
semua yang terlibat di dalam cubaan menamatkan karier politik
beliau.

Kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan keluarga, HIZBI berharap agar
mereka terus bersabar dan bertawakkal kepada Allah swt serta
mendoakan semoga Allah swt terus memelihara keselamatan
beliau dan keluarganya.


Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin,
Naib Presiden,
Al Hizbul Islami UK & Eire.


  • Kenyataan Dewan Pemuda Pas
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun  
  • Jiwa Merdeka