09/09/2002
Gejala buang bayi masih membimbangkan

KUALA LUMPUR: Gejala pembuangan bayi di negara ini masih serius dan membimbangkan kerana setiap tahun kes berkenaan terus meningkat iaitu daripada 70 kes pada 1999 kepada 97 kes pada tahun lalu. Apa yang menyedihkan, daripada jumlah kes itu tahun lalu, 66 peratus membabitkan orang Melayu

Harian Metro

27/08/2002
MP Singapura cadang pusat khas buang bayi

SINGAPURA, Isnin - Wakil rakyat Singapura mencetuskan idea menyediakan pusat khas di seluruh pulau itu bagi memudahkan orang ramai membuang bayi yang tidak mereka kehendaki. Chiam See Tong, seorang daripada tiga wakil pembangkang Singapura, mengusulkan kepada kerajaan sama ada mereka akan menimbangkan cadangan mewujudkan tempat khas di kawasan strategik dan sesuai bagi membolehkan bayi dibuang dengan selamat.

Harian Metro

23/07/2002
Tiga ditahan dipercayai cuba buang bayi

IPOH, Isnin - Dua beranak dan seorang wanita rakyat Indonesia yang disyaki merancang membuang seorang bayi perempuan di bawah Jambatan Malim Nawar, Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, ditahan polis, awal pagi semalam. Dua beranak itu iaitu bapa berusia 44 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun mendakwa menemui bayi berkenaan ketika mereka menjala ikan pada Jumaat lalu, tetapi hasil siasatan polis mengesyaki dua beranak itu bertanggungjawab meletakkan bayi yang baru dilahirkan di situ.

Harian Metro

17/07/2002
Pekerja kilang mengaku buang bayi dalam tandas

TAMPIN, Selasa - Seorang pekerja kilang, Sumathi a/p Subramaniam, mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuangnya ke dalam tandas. Majistret Abu Bakar Manat berkata, mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada 24 Ogos ini.

Berita Harian

16/07/2002 Lelaki punca kes buang bayi By Ayu (523 wds) MELIHAT gambar mayat sepasang kaki bayi tersumbat di dalam saluran najis di akhbar ini minggu lalu, hati cukup sayu. Mengapalah ada manusia sanggup membunuh insan kecil yang tak mengerti sekelumit pun makna kehidupan ini? Adakah kelahirannya yang tak diminta dan dijangka menjadi lesen si ibu memperlakukan darah dagingnya sendiri dengan begitu kejam sekali?

12/12/2002 Remaja buang bayi kena tahan (227 wds) KUALA SELANGOR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang membuang bayinya di sebuah rumah kosong di Ijok dekat sini, sehari sebelum Aidilfitri ditahan, semalam, selepas polis mendapat maklumat daripada orang ramai. Penahanan itu dibuat kira-kira jam 9 pagi semalam di rumah keluarganya di Ijok, Kuala Selangor selepas polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Harian Metro

12/12/2002 Ibu muda ditahan disyaki buang bayi (225 wds) KUALA SELANGOR, Rabu - Polis hari ini menahan seorang ibu muda berusia 17 tahun kerana disyaki membuang bayinya sebaik saja dilahirkan pada 5 Disember lalu iaitu sehari sebelum Aidilfitri. Remaja perempuan itu ditahan kira-kira jam 9 pagi ini di rumah keluarganya di Ijok, Kuala Selangor, selepas polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Berita harian

BH 12/07/2002 Janda buang anak dipenjara (83 wds) BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita 22 tahun Brunei, dipenjara empat tahun kerana memasukkan bayinya di dalam karung sampah, menyebabkan bayi malang itu meninggal dunia akibat lemas.

27. BH 11/07/2002 Pekerja kilang direman untuk siasatan kes buang bayi (179 wds) TAMPIN, Rabu - Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman terhadap seorang pekerja kilang berusia 22 tahun dipercayai menyembunyikan kelahiran dan membuang bayinya ke dalam saluran tangki najis di Taman Gemencheh Baru, Gemenceh, Sabtu lalu. Perintah tahanan reman selama seminggu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah diluluskan Majistret Abu Bakar Manat selepas dipohon Cif Inspektor Amir Saifuddin Ariffin.

28. HM 11/07/2002 Wanita buang anak kena reman (264 wds) TAMPIN: Polis mendapatkan perintah reman semalam untuk menahan selama tujuh hari seorang wanita berumur 21 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian buang bayi dalam tangki najis di Gemencheh, kelmarin. Wanita itu dari Bentong, Pahang, dibawa ke hadapan Majistret Abu Bakar Manat kira-kira jam 9.00 pagi semalam dengan diiringi dua anggota polis.

29. HM 05/07/2002 Bapa buang `mayat' anak ke sungai (166 wds) SHANGHAI: Seorang lelaki dihukum penjara selama lapan bulan kerana membuang anaknya ke dalam sungai, setelah menyangka anaknya yang sakit itu sudah meninggal dunia, lapor akhbar semalam. Menurut Shanghai Morning Post, Liu Zonghua, petani dari wilayah Guizhou, tetapi tinggal di Shanghai, membawa anaknya yang berusia setahun ke sebuah klinik swasta apabila anaknya itu sakit perut.

BM 16/06/2002 `Tolong jaga bayi ini' (160 wds) BACHOK: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira dua minggu ditemui bersama sekeping nota bertulis: `Tolong jaga bayi ini', di tepi pantai Kampung Pantai Baru, Badak, dekat sini, awal pagi semalam. Bayi yang dipercayai berketurunan Melayu yang dibalut dengan lampin itu, ditemui seorang penduduk kampung pada kira-kira jam 5.30 pagi bersama beberapa keping lampin pakai buang dan setin susu.

34. BH 05/06/2002 Bayi mati di rumah pengasuh By Saiful Haizan Hasam (247 wds) KUALA LUMPUR, Selasa - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui mati tertiarap di atas tilam di rumah pengasuhnya di Jalan Rejang 9, Setapak Jaya, hari ini. Nurul Anis Mohd Nor Ilham dikatakan tertiarap ketika tidur di atas katil bayi berikutan tilam yang digunakan dari jenis lembut.

BH 19/02/2002 Wanita akui buang anak dalam longkang (174 wds) PETALING JAYA, Isnin - Seorang rakyat Indonesia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku salah membuang bayinya berusia tiga hari dalam sebuah longkang di Sungai Way, Ogos tahun lalu. Majistret Nor Hayati Mat mengarahkan hukuman terhadap Fitriyanti Mawardi bermula dari tarikh dia ditahan pada 16 Ogos tahun lalu.

48. HM 19/02/2002 Buang bayi: Wanita Indon dipenjara 15 bulan (163 wds) PETALING JAYA: Seorang wanita warga Indonesia semalam dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah membuang bayi lelakinya yang baru lahir di dalam longkang di depan rumahnya. Majistret Norhayati Mat memerintahkan supaya Fitriyanti Mawardi, 21, seorang operator pengeluaran, menjalani hukuman itu mulai dari tarikh dia ditangkap pada 16 Ogos tahun lalu.

49. BH 11/02/2002 Masyarakat wajar tegur perlakuan sumbang By Hasliza Hassan (885 wds) TAKRIFAN anak luar nikah atau anak tak sah taraf adalah kanak-kanak yang lahir di luar ikatan perkahwinan. Mengikut undang-undang Roman, anak tak sah taraf menjadi anak sah taraf apabila kedua-dua ibu bapanya berkahwin. Undang-undang ini diguna pakai di kebanyakan negara Eropah tetapi berbeza dengan hukum Islam, anak tak sah taraf kekal statusnya biarpun pasangan yang menyebabkan kelahiran anak itu berkahwin kemudiannya


Masih dalam pembinaan