KELAB CATUR

1. Latar belakang / sejarah persatuan

Kelab Catur SEMEKA telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Seiring penubuhannya adalah bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar sekolah yang mempunyai kemahiran dalam permainan catur dan sekaligus dapat menjadi pelapis yang boleh mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Kelab Catur turut memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk kemahiran bermain catur melalui program Pertandingan Catur peringkat sekolah serta mengadakan sesi latihan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Kelab Catur SEMEKA dibuka kepada semua pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Aktiviti ataupun perjumpaan Kelab Catur sering diadakan pada hari Ahad untuk dua minggu sekali. Setiap tahun, terdapat ahli kelab yang berjaya mewakili sekolah di peringkat daerah dan negeri.

 

2. Struktur Organisasi Kelab Catur 1999

Penaung      : Tn. Hj. Sufaat Tumin

Penasihat : En. Mohamad Mahadi

                        : En. Azman Adnan

                        : En. Sairi Jasman

Penyelaras : Cik Siti Sarawati Johar

Ahli jawatankuasa Pelajar :

Pengerusi : Khairul Azhar Md. Dadi ( 5 PA1 )

Naib Pengerusi : Mohd. Shahril Sadikan ( 5 PA1 )

Setiausaha : Zuraidah Paiman ( 5 Sains )

Naib Setiausaha : Suzana Minhaj ( 5 PA1 )

Bendahari : Meszura Sirat ( 5 PA1 )

Wakil Tingkatan 5 : Mohd. Hasri Ngadiman ( 5 PD 2 )

                                : Norhailiza Amir Hamzah ( 5 Sains )

Wakil Tingkatan 4 : Iswansah Ibrahim ( 4 Sains )

                                : Suhaida Basar ( 4 PA2 )

Wakil Tingkatan 3 : Isrizat Taib ( 3 BEST )

                                : Roziyana Haron ( 3 YKN )

Wakil Tingkatan 2 : Khairul Nizam Ibrahim ( 2 ADL )

                                : Afida Abu Talib ( 2 ADL )

Wakil Tingkatan 1 : Rizwan Saharun ( 1 BEST )

                                : Norhana Mohd. ( 1 YKN )

3. Aktiviti yang telah dijalankan

3.1 Pertandingan Terbuka Catur Peringkat Sekolah SEMEKA 1999

Dilaksanakan sebanyak dua peringkat iaitu pusingan pertama dan kedua iaitu pada 13 Mac 1999.

Pusingan ketiga dan keempat dilaksanakan pada 01 April 1999.

Pertandingan dibuka kepada semua pelajar dan peserta yang menyertai pertandingan ini adalah seramai 80 orang pelajar lelaki dan perempuan yang dikategorikan kepada Lelaki bawah 18, 15 dan 13 tahun, manakala perempuan pula bawah 18, 15 dan 13 tahun.

Setiap peserta diberikan sijil penyertaan manakala Johan, Naib Johan dan nombor tiga mengikut kategori masing-masing akan diberikan piala. Peserta nombor empat dan lima pula akan diberikan cenderamata.

Objektif pertandingan ini ialah :

Melatih pelajar untuk berani mencuba bermain catur.

Memberi peluang kepada pelajar untuk memahirkan diri bermain catur di samping memberikan pendedahan teknik dan kaedah bermain catur secara tidak langsung.

Melahirkan pelapis pemain catur sekolah untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Peserta yang menang akan dilatih dengan lebih intensif untuk dihantar sebagai wakil sekolah di peringkat daerah.

Setiap peserta membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 1.00 seorang.

Seiring pertandingan ini, pelajar yang berkemahiran tinggi akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan antara sekolah pula.

4. Aktiviti yang dirancangkan sepanjang tahun :

BIL

AKTIVITI YANG DIRANCANG

TARIKH

1

Pertandingan Terbuka Catur Peringkat Sekolah.

13 Mac 1999 -01 April 1999

2

Pertandingan Persahabatan Catur Antara Sekolah.

Sekitar April dan Mei 1999

3

Latihan permainan secara intensif dua minggu sekali.

Sepanjang tahun

4

Pertandingan Menghasilkan set permainan catur tercantik.

Jun 1999

5

Menghantar peserta menyertai Pertandingan Catur ke peringkat daerah Pengerang ( MSSD ).

02 – 04 Julai 1999

6

Mengadakan lawatan ke sekolah berasrama penuh di Johor Bahru dan mengadakan perlawanan persahabatan.

Sekitar Ogos 1999

7

Mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan dan Terengganu ( Usahasama dengan Kelab lain ).

Sekitar November 1999

SEMOGA KELAB CATUR SEMEKA AKAN TERUS BERINISIATIF TINGGI UNTUK MELAHIRKAN PELAPIS PEMAIN CATUR YANG BERUPAYA MUNCUL DI MATA NEGARA………

PROGRAM TAHUNAN KELAB PERMAINAN 1999

KELAB CATUR

1. PROGRAM : Pertandingan Catur Antara Sekolah ( SEMEKA vs SM Tanjung Datuk,                               Pengerang )

2. MATLAMAT : Melahirkan pelapis pemain catur sekolah untuk ke peringkat yang lebih                                 tinggi.

3. AKTIVITI : Pertandingan mengikut kategori iaitu :

i. Lelaki dan perempuan bawah 18

ii. Lelaki dan perempuan bawah 15

iii. Lelaki dan perempuan bawah 13

4. OBJEKTIF : 4.1  Melatih dan mendedahkan pelajar dengan sikap yakin bermain catur                                   dengan pelajar sekolah lain.

                          4.2  Memberi peluang kepada pelajar untuk menguji kemahiran dan ketangkasan                                    minda.

               4.3   Melahirkan pelapis pelajar yang boleh mewakili sekolah dalam                         Kejohanan Catur Daerah.

5. TARIKH & J/MASA : 18 April 1999 ( Ahad )

6. SASARAN : Ahli Kelab Catur SEMEKA dan pelajar yang berminat dengan permainan ini.

7. ANGGARAN KOS : RM 50.00

- Hadiah dan cenderamata

- Sijil

8. SUMBER KOS : Yuran pendaftaran - RM 3.00 seorang

9. SUMBER TENAGA : Guru Penyelaras Kelab Catur SEMEKA dan Guru Penyelaras Kelab                                             Catur SM Tg. Datuk.

10. KAWALAN DAN : Guru Penyelaras Kelab Catur

PENYELIAAN

11. PENILAIAN :

11.1 PENILAI : Guru Penyelaras Kelab

11.2 KUANTITI : Kehadiran Kelab Catur & peserta pertandingan

11.3 KUALITI : Pemain mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam permainan catur dan                              dapat membina keyakinan diri ketika bermain.

PELAN TINDAKAN PROGRAM TAHUNAN

PELAN TINDAKAN PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH SEMEKA VS SM TG. DATUK, 1999

TARIKH

AKTIVITI

PERSONALIA/TINDAKAN

SUMBER

CATATAN

06.04.199 Perbincangan dengan Setiausaha Kokurikulum tentang cadangan untuk mengadakan Pertandingan Antara Sekolah ( SEMEKA vs TG. DATUK ) Guru Penyelaras Kelab

-

-

07.04.1999 Perbincangan dengan GPK HEM tentang cadangan untuk mengadakan Pertandingan Catur Antara Sekolah Guru Penyelaras Kelab

-

-

09.04.1999 Melantik AJK Program Pertandingan di kalangan ahli Kelab Catur dan memilih pemain berdasarkan keputusan pertandingan terbuka catur. Guru Penyelaras

Kelab

-

-

12.04.1999 Menyerahkan kertas kerja kepada GPK HEM untuk disemak . Guru Penyelaras

Kelab

Kertas

-

13.04.1999 Menulis surat kepada Guru Penyelaras Kelab Catur SM Tg. Datuk untuk pernyataan program ini. Guru Penyelaras Kelab

Kertas

Menghadkan penyertaan(16 lelaki dan 12 perempuan)

20.04.1999 Cadangan mengadakan pertandingan dijangka menerima respons daripada SM Tg. Datuk. Guru Penyelaras Kelab Catur

Kertas

-

21.04.1999 Mengadakan perjumpaan dengan AJK Kelab Catur dan berbincang tentang perjalanan program. AJK Kelab Catur, peserta dan Guru Penyelaras Kelab -

-

23.04.1999 Maklum balas tentang ketetapan tarikh dan jumlah pemain dijangka diterima daripada SM Tg. Datuk. Guru Penyelaras

Kelab

Kertas

Yuran pendaftaran RM 3.00 seorang.

25.04.1999 Mengadakan pra-latihan dan semi latihan permainan catur di kalangan peserta pertandingan. Guru Penyelaras

Kelab dan peserta pertandingan

Set permainan catur

-

28.04.1999 Menyerahkan surat jemputan kepada Pengetua SEMEKA. Guru Penyelaras

Kelab

Kertas

-

30.04.1999 Latihan permainan catur di kalangan peserta dan ahli Kelab Catur Guru Penyelaras Kelab & peserta

Set Catur & Kertas

-

02.05.1999 Pertandingan Catur Antara SEMEKA dengan SM. Tg. Datuk.

 

Guru Penyelaras

Kelab dan Ahli Kelab Catur

Set Permainan catur & kertas

Pusingan pertama, suku akhir, ½ akhir dan akhir

04.05.1999 Perjumpaan peserta pertandingan catur SEMEKA, ahli Kelab Catur dengan guru penyelaras untuk sesi post- mortem. Guru Penyelaras Kelab dan Ahli Kelab Catur

kertas

-

WB01344_.gif (644 bytes)