Make your own free website on Tripod.com
krs.gif (1953 bytes)

zali_krs.gif (24993 bytes)

1.0   LATAR BELAKANG

               Kadet Remaja Sekolah (KRS), Sekolah Menengah Kebangsaan Adela telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh En. Hishamudin Al-Bakry.  Pada awal penubuhannya, ia adalah satu unit uniform yang hanya berdaftar di peringkat sekolah sahaja.  Namun, selepas pelancaran Kadet Remaja Sekolah peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Semenchu, Kota Tinggi, KRS sekolah ini mula bergiat aktif di peringkat sekolah maupun daerah.  Buat masa ini, KRS sedang berusaha meningkatkan lagi kebolehannya dan cuba bergerak dengan lebih aktif di peringkat daerah dan negeri.

2.O STRUKTUR ORGANISASI

Penaung Mejar Tuan Haji Sufaat B Tumin (Pengetua)
Penasihat Kehormat Kapten Azman Adnan (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Kapten Abdul Majid Chik (Setiausaha Kurikulum)
Ketua Guru Penasihat Leftenan Zali A. Rahman
Guru Penasihat Leftenan Saleha Asserah
Leftenan Muda Rafidah Amir
Leftenan Muda Johar Ahmad
Leftenan Muda Salina Esa
Leftenan Muda Rosli Hamid
Leftenan Muda Roslan Atan
Leftenan Muda Raja Zainarabidin Raja Zailon
Leftenan Muda Zainun Abdullah
Pengerusi Sarjan Hamzah Hassan
Naib Pengerusi Sarjan Norlizawati Basri
Setiausaha: Kopral Mohamad Azri Othman
Naib Setiausaha Sarjan Azura Zakaria
Ahli Jawatankuasa: Kopral Irfaiz Giran
Kopral Norazhar Nazar
Sarjan Mohamad Nuruddin Mohamad
Kopral Salleh Selamat

3.0 AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN TAHUN 1999

3.1.  Latihan Mingguan - Latihan mingguan diadakan pada setiap hari Sabtu.  Jika perlu, latihan ditambah pada hari lain seperti waktu petang dan hari Ahad.  Aktiviti yang dilakukan seperti latihan kawad kaki, kuliah penubuhan KRS dan ikhtiar hidup dll. Latihan mingguan ini biasanya ditamatkan pada semester kedua persekolahan untuk memberi laluan kepada akademik.

3.2.  Jamuan Hari Raya - Jamuan Hari Raya telah diadakan 6 Februari 1999.  Matlamat diadakan jamuan ini adalah untuk memupuk semangat kekitaan di kalangan anggota KRS.  Namun begitu jamuan hanya mampu diadakan untuk anggota senior sahaja.

3.3.  Perbarisan Hari Sukan - Seramai 40 anggota KRS telah menyertai perbarisan hormat Kejohanan Sukan Semeka kali ke-13.  Selain daripada perbarisan lintas hormat, anggota KRS juga telah diberi penghormatan membawa bendera Kejohanan.

3.4.  Khidmat Masyarakat - KRS memang terkenal dengan khidmatnya kepada warga SEMEKA.  Pada tahun ini sahaja, KRS telah membantu Kejohanan MSSD Bola Jaring dengan menghantar 10 anggota bertugas sebagai marshal.   Selain itu, KRS juga diminta menjadi AJK Kawalan pada hari Kejohanan Sukan Olahraga Semeka kali ke-13.

3.5.  Penjualan dan Pemakaian Uniform -  Pada tahun ini penjualan uniform adalah melalui Koperasi.  Anggota KRS yang belum membeli uniform digalakkan membeli dan memakainya pada setiap hari Khamis.  Setakat ini, kira-kira 100 anggota KRS telah mempunyai uniform lengkap.

3.6.  Projek Gotong Royong Keceriaan - Pada tahun ini, Kadet Remaja sekolah telah mengadakan beberapa sesi gotong royong untuk menceriakan Wisma KRS dan kawasan sekitarnya.  Setakat ini, KRS telah memperbaiki pagar wisma, menanam pokok dan membersihkan kawasan sekitarnya.

4.0  AKTIVITI YANG DIRANCANG

4.1.  Perkhemahan di Sungai Kapal, Sungai Rengit, Kota Tinggi.

4.2.  Menyertai Ijtimak KRS peringkat Daerah Kota Tinggi.

4.3.  Perkhemahan dan Mendaki Gunung Panti, Kota Tinggi.

 

5.0  PROGRAM TAHUNAN UNIT UNIFORM 1999

KADET REMAJA SEKOLAH

1. PROGRAM : Perkhemahan di Kampung Sungai Kapal, Sungai Rengit.

2. MATLAMAT : Membina semangat berpasukan dalam diri setiap anggota.

3. AKTIVITI :     1. Perkhemahan

2. Berkayak

3. Merempuh halangan

4. Jalan Malam

5. Kawad

6. Jalan Malam

4. OBJEKTIF :     1. Mengetahui teori dan praktikal kayak

2. Mengetahui kaedah mendirikan khemah secara berpasukan

3. Memupuk ketahanan mental dan fizikal

4. Memupuk nilai-nilai kerohanian dalam diri setiap anggota

5. TARIKH & J/MASA : 17-18 April 1999 (Sabtu-Ahad )

6. SASARAN : Semua ahli Kadet Remaja Sekolah Tingkatan 3,4 dan 5.

7. ANGGARAN KOS : RM 1200.00

- Hadiah dan cenderamata                                - Sijil

8. SUMBER KOS : Yuran penyertaan – RM 15.00 seorang                                                   Sumbangan sekolah

9. SUMBER TENAGA : Semua Guru Penasihat Kadet Remaja Sekolah, Sekolah                                                           Menengah Kebangsaan Adela

10. KAWALAN DAN : Guru Penasihat dan Penyelaras Perkhemahan

PENYELIAAN

11. PENILAIAN : 11.1 PENILAI : Setiausaha ko-kurikulum

                                        11.2 KUANTITI : Kehadiran semua peserta yang telah mendaftar.

                                        11.3 KUALITI : Pemain mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai                                                                      dalam permainan catur dan dapat membina keyakinan                                                                      diri ketika bermain.

PELAN TINDAKAN PROGRAM TAHUNAN

PELAN TINDAKAN PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH DI SUNGAI KAPAL, KOTA TINGGI SESI 1999 

TARIKH

AKTIVITI

PERSONALIA/

TINDAKAN

SUMBER

CATATAN

25.03.1999 Perbincangan dengan Setiausaha Kokurikulum tentang cadangan untuk mengadakan Perkhemahan di Sungai Kapal Ketua Penasihat KRS

-

-

26.03.1999 Perbincangan dengan GPK HEM tentang cadangan untuk mengadakan Perkhemahan di Sungai Kapal Ketua Penasihat KRS

-

-

27.03.1999 Melantik AJK Program Perkhemahan di kalangan guru-guru penasihat dan guru SEMEKA Ketua Penasihat KRS

-

-

29.03.1999 Menyerahkan kertas kerja kepada GPK HEM untuk disemak . Ketua Penasihat KRS

Kertas

-

5.04.1999 Menghantar surat kepada pihak polis dan pusat kesihatan Sungai Rengit untuk memaklumkan perkhemahan yang diadakan. Ketua Penasihat KRS

Kertas

 
6.04.1999 Mengadakan perjumpaan dengan AJK KRS dan berbincang tentang perjalanan program. Ketua Penasihat KRS, AJK dan peserta

Kertas

-

7.04.1999 Pendaftaran peserta dan kebenaran ibu bapa Ketua Penasihat KRS

Kertas

 
8.04.1999 Persetujuan sewa pengangkutan bas. Ketua Penasihat KRS

Kertas

-

9.04.1999 Persiapan Peserta Ketua Penasihat KRS    
16 - 18.04.1999 Aktiviti Perkhemahan Semua guru penasihat, dan peserta  

-

04.05.1999 Perjumpaan AJK Perkhemahan dan guru penyelaras untuk sesi post- mortem. Ketua Penasihat KRS dan AJK

kertas

-

 

PROGRAM TAHUNAN UNIT UNIFORM 1999

KADET REMAJA SEKOLAH

1. PROGRAM : Latihan Kawad Kaki

2. MATLAMAT : Menerapkan kemahiran kawad kaki kepada setiap anggota

3. AKTIVITI : Semua pergerakan Kawad Kaki dan Kawad Hantu

4. OBJEKTIF :     1. Memupuk semangat disiplin yang jitu

2. Membina semangat berpasukan

3. Memupuk ketahanan mental dan fizikal

4. Menanamkan cita-cita untuk menjayakan objektif unit

5. TARIKH & J/MASA : April 1999 (Setiap petang Isnin, Selasa dan Rabu, Khamis,                                                          Jumaat)

6. SASARAN : Anggota tingkatan 3,4, dan 5 yang mewakili ijtimak KRS.

7. ANGGARAN KOS : -

8. SUMBER KOS : -

9. SUMBER TENAGA : Semua Guru Penasihat Kadet Remaja Sekolah, Sekolah         

                                                        Menengah Kebangsaan Adela

10. KAWALAN DAN : Guru Penasihat

PENYELIAAN

11. PENILAIAN : 11.1 PENILAI : Setiausaha ko-kurikulum

                                        11.2 KUANTITI : Kehadiran semua anggota yang telah mendaftar.

                                        11.3 KUALITI : Anggota boleh berkawad dengan kaedah dan teknik

                                                                    yang betul

PELAN TINDAKAN PROGRAM TAHUNAN

 PELAN TINDAKAN LATIHAN KAWAD KAKI, KADET REMAJA SEKOLAH 1999

TARIKH

AKTIVITI

PERSONALIA/

TINDAKAN

SUMBER

CATATAN

29.03.1999 Perbincangan dengan Setiausaha Kokurikulum tentang cadangan untuk mengadakan latihan kawad kaki Ketua Penasihat KRS

-

-

30.03.1999 Perbincangan dengan GPK HEM tentang cadangan untuk mengadakan latihan kawad kaki Ketua Penasihat KRS

-

-

31.03.1999 Menyerahkan kertas kerja kepada GPK HEM untuk disemak . Ketua Penasihat KRS

Kertas

-

31.03.1999 Melantik jurulatih di kalangan guru-guru penasihat Ketua Penasihat KRS

-

-

03.04.1999 Mengadakan perjumpaan dengan AJK KRS dan berbincang tentang perjalanan program. Ketua Penasihat KRS dan AJK

Kertas

-

5-22.04.1999 Latihan kawad kaki Ketua Penasihat KRS, Guru-guru penasihat dan semua anggota

Kertas

 
04.05.1999 Perjumpaan AJK dan guru penyelaras untuk sesi post- mortem. Ketua Penasihat KRS dan AJK

kertas

-

Zar99/krs

zali_button5.gif (3099 bytes)