Message From ...

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
1927P, JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM.
TEL : 07-6871677
FAX : 07-6870580


Kata-kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.
HAJI ZAINAL BIN NONG

ppdxc.jpg (56347 bytes)

             Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage Sekolah  Jenis Kebangsaan Chi Mang, Air Masin di Internet. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini. Pelancaran Homepage Sekolah Chi Mang ini menunjukkan wujudnya sikap yang positif dan proaktif di kalangan staf sekolah Chi Mang.

        Masyarakat bermaklumat amat penting untuk kita menjadi peneraju dalam era Teknologi Maklumat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri : " Computer literacy is a must if we want to progress and delevop. No effort must be spared in the creation of an information-rich Malaysia society."

        Sesungguhnya, banyak perubahan-perubahan positif sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita dengan wujudnya teknologi maklumat. Kerajaan Malaysia sedang melancarkan satu reformasi Sistem Pendidikan Malaysia dengan menggunakan Teknologi Multimedia. "Sekolah Bestari" telah dipilh untuk meminpin perkembangan MSC. Sekolah Bestari bertujuan membentuk pemikiran generasi baru kita untuk bersedia menerima cabaran era Teknologi Maklumat. sekolah seluruh negara perlu bersedia untuk perubahan ini.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih. 

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

" TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI"

Yang menjalankan tugas,

ppdsign1.jpg (6319 bytes)
(HAJI ZAINAL BIN NONG)
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian


 

 

 

 

 

 

 

     

   *  Kata Aluan Guru Besar *      backfade.gif (12820 bytes)


Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998

Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032