
|
Perkakasan rangkaian terdiri daripada komputer, peralatan, kad rangkaian dan lain-lain perkakasan yang diperlukan untuk membolehkan komunikasi dan pemprosesan data.
|
|
ROUTER |
|
Router ialah satu peralatan yang bertindak sebagai bridges atau switch tetapi menyediakan/ memberi banyak fungsi. Dalam membawa data diantara sagment rangkaian yang berbeza, router memeriksa pengepala paket untuk menyelesaikan bahagian yang bagus untuk paket berjalan.satu router dikenali oleh semua bahagian sagment pada rangkaian dengan mengakses maklumat yang disimpan pada “ routing table”. Router membolehkan semua pengguna pada rangkaian untuk berkongsi satu sambungan pada internet atau WAN. Biasanya router digunakan untuk:- · Menghantar paket secara terus pada destinasi komputer pada rangkian yang lain atau segment. Router menggunakan alamat paket yang lebih jelas berbanding dengan bridges. Sebagai contohnya untuk memutuskan router atau client yang mana seharusnya menerima setiap paket yang seterusnya. Router memastikan perjalan paket atau bahagian yang paling efisyen ke destinasinya. Jika sambungan diantara dua router gagal, data yang dihantar router akan memutuskan router yang bergilir-bergilir untuk memastikan trafik bergerak. · mengurangkan tekanan pada rangkaian router baca alamat paket rangkaian sahaja dan beri maklumat sahaja jika alamat alamat rangkaian diketahui. Maka mereka tidak menghantar data yang “computed”. Kelebihan menghantar data menerusi router mengurangkan jumlah trafik dintara rangkaian dan membolehkan router digunkan untuk menyambung lebih efisyen berbanding dengan bridges.
|
|
GATEWAYS |
Gateways memutuskan komunikasi diantara arkitektur rangkaian yang berbeza. Gateways mengambil data dari satu rangkaian dan mempaketkan semula, maka setiap rangkaian boleh memahami data rangkaian yang lainGateways boleh dikatakan senbagi pentafsir. Sebagai contohnya, jika dua kumpulan pengguna boleh bercakap secara fizikal dianatara satu sama lain tetapi bercakap bahasa yang berbeza. Mereka memerlukan satu pentafsir komunikasi.. pada kebiasanya 2 rangkaian boleh mempunyai sambungan fizikal tetapi memerlukan Gateways untuk menterjemahkan rangkaian komunikasi . Kita menyambung gateways untuk 2 sistem tidak memerlukan 1. Arkitektur yang sama. 2. Mengsetkan peraturan dan undang-undang komunikasi. 3. Struktur mengformat data.
|
|
REMOTE ACCESS CONNECTIVITY TYPE |
|
Windows 2000 membolehkan pengguna disambungkan pada rangkaian dari lokasi remote menerusi pelbagai jenis perkakasan (hardware) seperti modems. Modem membolehkan komputer berkomunikasi menerusi talian telefon. Sambungan pelayan remote access kepada remote access server dimana bertindak sebagai router atau gateways untuk pelayan kepada rangkaian remote. Talian telefon biasanya memberikan sambnugan fizikal dianatar penggguna dan server. Dua jenis remote access connectivity dalam windows 2000 adalah dial-up remote access dan virtual Private network.(VPN)
DIAL-UP REMOTE ACCESS Pelayan windows 2000 menyedikan dial-up remote access kepada pengguna dimana memanggil korperate intranets.Dial-up equipment di masukkanpada pelayan remote access dipelarikan pada windows 2000 untuk menjawab sambungan masuk yang diminta dari rangkaian pelayan dial-up . Dial-up “equipment”akan dikesan oleh identity pemnaggil dan memindahkan data diantara pelayan dial-up networkingdan corporate intrane
VIRTUAL PRIVATE NETWOTK Rangkaian virtual private network merupakan teknologi inskripsi untuk menyediakan kawalan dan kemudahan yang lain yang terdapat di rangkaian persendirian.
|
|
TOKEN RING CARD |
|
Kad rangkaian token ring kelihatan lebih kurang sama dengan Ethernet kad. Satu perbezaan yang kelihatan pada jenis sambungan adalah pada penghujung kad. Secara umumnya Token ring kad mempunyai sebanyak 9 pin DIN, jenis sambungan yang dikepilkan pada kad token ring adalah pada bahagian kabel rangkaian.
|
|
|
REPEATER (PENGULANG) |
|
|
Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.
|
|
|
JAMBATAN(BRIDGES) |
|
|
Sebuah jambatan atau penghubung berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.
Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta. Kebanyakan jambatan berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang disebelah.
Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.
|
|
|
STESEN KERJA (WORKSTATION) |
|
|
Semua komputer yang dihubungkan dengan fail server dalam rangkaian dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Stesen kerja tersebut dilengkapkan dengan Kad Rangkaian, perisian rangkaian, dan kabel yang sesuai. Pada dasarnya stesen kerja tidak memerlukan cakera liut atau cakera keras kerana fail boleh disimpan pada komputer server. Namun begitu, pada masa kini terdapat banyak stesen kerja yang mempunyai cakera liut dan cakera kerasnya sendiri kerana harga komputer yang semakin murah.
Sejenis komputer komputer peribadi yang berkeupayaan hampir sama dengan minikomputer tetapi lebih berkuasa daripada komputer peribadi. Contoh-contoh stesen kerja (work station) ialah RS/6000 dari keluarga IBM dan SPARC keluaran Sun Microsystems, Inc. Biasanya stesen kerja menggunakan pemproses 32 bit. Ia bersambung atau berhubung dengan satu sistem rangkaian komputer setempat (LAN) dengan ciri-ciri sokongan sistem rangkaian dan antaramuka grafik (graphical use interface). Mempunyai resolusi grafik yang tinggi (sekurang-kurangnya 16Mb ingatann capaian rawak) dan menggunakan sistem pengoperasian (biasanya sistem pengoperasian UNIX) yang lebih canggih daripada komputer peribadi (biasanya menggunakan sistem pengoperasian MS-DOS).
Terdapat juga stesen kerja yang tidak mempunyai storan sekundernya yang tersendiri, sebaliknya ia menyimpan data-datanya dalam pelayan fail rangkaian (network file server). Stesen kerja jenis ini, boleh menggurangkan kos sistem rangkaian setempat (LAN) oleh kerana satu cakera keras kapasiti tinggi adalah lebih murah daripada menggunakan beberapa cakera keras kapasiti rendah. Tambahan pula, stesen kerja tanpa storan sekunder jenis ini memudahkan proses backup dan keselamatan kerana semua data atau maklumat disimpan pada pada satu pelayan fail rangkaian dan capaian data daripada pelayan fail remote dalah lebih pantas daripada peranti storan sekunder yang jauh lebih kecil. Walau bagaimanapun, satu kelemahan stesen kerja jenis ini ialah, sekiranya sistem rangkaian ini gagal, maka kesemua stesen kerja juga tidak akan berfungsi.
Dari aspek kemampuan prestasi pemprosesan, stesen kerja berada diantara mikrokomputer dan minikomputer. Sebuah komputer peribadi berkemampuan tinggi seperti PoweMac adalah lebih kurang sama dengan sebuah stesen kerja berprestasi rendah manakalah sebuah stesen kerja berprestasi tinggi adalah bersamaan keupayaan dengan sebuah minikomputer. Seperti komputer peribadi, stesen kerja juga adalah "single-user oriented" dan adalah bersambung dengan sistem rangkaian setempat (LAN) dan kadangkala boleh digunakan sebagai "stand-alone system".
Pengeluar-pengeluar stesen kerja yang utama ialah Sun Microsystems, Hewlett-Packard Company, Silicon Graphics Incorporated dan Digital Electronics Corporation. |
FAIL SERVER |
|
Fail server dalam sistem rangkaian merupakan nadi yang menghidupkan keseluruhan rangkaian dalam sistem rangkaian pelanggan-pelayan (client-server). Fail server merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar, kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi Rangkaian (Networking Operating System - NOs) dipasang pada komputer ini beserta dengan perisian aplikasi dan fail-fail data yang perlu dikongsi oleh stesen kerja. Komputer Server / Fail Server berfungsi untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian. Sebagai contohnya, fail server mungkin diperlukan untuk menghantar perisian pemprosesan perkataa kepada satu stesen kerja, menerima fail pangkalan data dari stesen kerja yang lain pula, dan pada masa yang sama menyimpan mesej mel elektronik. Keadaan ini memerlukan komputer berkuasa tinggi yang berupaya menyimpan maklumat dan membolehkan perkongsian sumber dengan cepat. Spesifikasi komputer untuk fail server bergantung kepada fungsi server itu sendiri. |

KAD RANGKAIAN |
|
Kad Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. Kebanyakan kad rangkaian dipasang pada slot tambah dalam komputer, namun begitu terdapat juga komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface). Komputer pangku (laptop computer) mempunyai kad rangkaian yang terbina dalam atau yang menggunakan slot PCMCIA. Kad rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance" sesebuah rangkaian. Oleh itu dicadangkan supaya pilihlah kad rangkaian yang cepat/laju (fastest) yang terdapat di pasaran. Kelajuan kad rangkaian yang terdapat di pasaran adalah 10Mbps, 100Mbps, 10/100Mbps dan 1000Mbps (1Gbps). Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad Ethernet, LocalTalk connectors, dan Token Ring Cards. Mengikut kajian yang dijalankan oleh International Data Corporation, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R. (1995), Netware Unleashed, Indianapolis, IN: Sams Publishing). |
|
|
PERALATAN |
||||
|
Peralatan yang perlu digunakan adalah seperti:
|
KABEL |
||||||||
Kabel merupakan medium penghantaraan yang digunakan.
Terdapat beberapa jenis medium penghantaran, seperti:
|
Hub/Switch |
|
Hub/Switch merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian. Hub/Switch digunakan dalam topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables). |


MODEM |
Modem merupakan gabungan dari perkataan Modulasi (MO) dan juga
Demodulasi (DEM). Modulasi merupakan proses penukaran isyarat digital kepada
isyarat analog manakala demodulasi merupakan proses penukaran isyarat analog
kepada isyarat digital. Dalam kebanyakan sistem, modem disambungkan secara terus
kepada terminal dan wayar telefon. Modem terbahagi kepada 2 iaitu:
Internal modem
Terkandung di dalam papan litar samada ia dimasukkan dalam komputer
atau dipasang di atas 'expansion slot'. Internal
modem ini lebih murah jika dibandingkan dengan external modem. Keburukan
internal modem adalah ia tidak mudah
untuk dialihkan apabila telah dipasang.
External modem
Ia merupakan peranti 'stand alone' yang dihubungkan kepada
komputer dan telefon dengan menggunakan kabel. External
modem mudah untuk dipasang dari satu komputer ke satu komputer yang
lain.

Internetworking device / Peranti Antara-Rangkaian |
|
Apabila penyambungan kabel dalam LANs melebihi jarak yang ditetapkan atau terlalu banyak pengguna, maka LANs tersebut perli dipecahkan kepada beberapa LANs yang lebih kecil. Terdapat beberapa masalah yang wujud apabila kita ingin mengembang (extend) LANs atau apabila hendak menyambungkan lebih daripada satu LANs antaranya:
Oleh itu peranti antara-rangkaian digunakan untuk mengatasi masalah di atas: Extending, Connecting dan Segmenting. Antara peranti antara-rangkaian yang ada adalah repeater, bridge, router, dan gateway. |
![]()