Kelebihan sembahyang sunat Tarawih


Diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a. daripada rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam 1 Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)
Malam 3 Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kamu meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus sehingga Allah menngampunkkan dosa engkau.
Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di masjid Al Haram, masjid Madinah, dan masjid Al-Aqsa.
Malam 6 Allah kurniakan pahala baginya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang sunat tarawih pada malam ini.
Malam 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a. s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang yang mengerjakan sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim a.s
Malam 9 Allah kuriakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10 Allah mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 Datang ia di hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Kiamat.
Malam 15 Semua malaikat yng menanggung Arasynya, kursi, bersalawat tan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan di masukkan ke dalam syurga.
Malam 17 Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18 Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup ataupun yang telah mati)
Malam 19 Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.
Malam 21 Allah binakan sebuah istana di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada di dalam keadaan huru-hara di padang Masyhar)
Malam 23 Allah binakan baginya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 Allah Taala angkatkannya dari siksa kubur.
Malam 26 Allah kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
Malam 27Allah kurniakan orang yang bertarawih malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustakim seperti kilat menyambar.
Malam 28 Allah Taala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 Allah beri penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang maksudnya:


" Hai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin hendak makan di dalam Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikumiakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al Kauthar..."

Back to zombie