Make your own free website on Tripod.com

Pyramid

Babylon

Zeus Temple

taj

tembok

Colossus

menara

Tembok Besar Cina



Tembok Besar Cina

Tembok besar negeri China dibina untuk mempertahankan Negara China daripada serangan orang-orang nomad di sebelah utara. Pada asalnya tembokbesar negeri China merupakanrangkaian kubu pertahanan yang dibina sepanjangsempadan China dengan orang-orang nomad utara. Ketika Maharaja Shih HwangTi (Shihuang) daripada Dinasti Qin memerintah, Maharaja Shih Hwang Ti telahmemerintahkan pembinaan satu tembok yang berterusan yang menyambungkankesemua kubu-kubu kecil tersebut. Pembinaan tembok besar negeri China berlanjutanselama 200 tahun sehingga Dinasti Ming pada 221 Sebelum Masihi. Tembok besar negeri China yang ada sekarang bermula daripada banjaran tinggi Genting Shanhaiguan di wilayah Hebei dan berlanjutan sehingga Jiayuguan di Wilayah Gansu. Tembok besar negeri China merentangi sejauh 6,700 kilometer dan binaannya adalah setinggi 6.6 meter. Bahagian asasnya mempunyai kelebaran 6.5 meter dan selebar 5.5 meter di bahagian atas.

Bagi menghasilkan tembok yang tahan-lasak, tembok ini dibina dengan menggunakan kaedah 'hang-tu'. Lapisan tanah diselang-selikan dengan lapisan batu dan ranting-ranting di dalam satu bingkai kayu. Ketika zaman perang saudara di China, banyak kerajaan-kerajaan kecil cuba menakluki kerajaan-kerajaan yang lain bagi memperluaskan jajahan mereka.

Kerajaan-kerajaan seperti Qi, Yeh dan Zhao telah membina tembok-tembok ini di sempadan negeri mereka.

Tinggal satupertiga bahagian Tembok Besar China yang masih berupa tembok. Sisanya dan itu sebagian besar- sudah hancur dan tidak lagi berupa tembok.

Salah satu keajaiban dunia berusia 2.000 tahun itu rosak parah. Separuh dari yang rusak itu masih terlihat bekas-bekasnya, walaupun hanya berupa tumpukan batu. Setupertiga lainnya tidak berbekas.

Sebahagian besar kerosakan bangunan yang konon biasa dilihat dari bulan itu disebabkan tindakan jahil manusia. Banyak petani di sekitar Tembok Besar China mencungkil bahagian-bahagian tembok itu untuk bangunan rumah mereka. Sebagian mengambilnya untuk membangun pagar atau kandang binatang.

Kondisi itu membuat yayasan internasional yang berusaha melindungi bangunan-bangunan bersejarah WMF (World Monuments Fund) memasukkannya ke dalam daftar 100 bangunan bumi yang berada dalam bahaya. Keputusan WMF itu telah jadi benar. Sebab, astronot pertama China yang mengorbit bumi Oktober lalu, Yang Liwei, mengaku tidak biasa melihat bangunan kebanggaan negerinya itu.

Tembok China sepanjang 6.700 kilometer itu memanjang dari timur ke barat China melewati lima provinsi. Bangunan yang pembuatannya menghabiskan waktu lebih dari 2.000 tersebut melintasi gurun, padang rumput, dan gunung-gunung. Pada 1987, UNESCO memasukkannya dalam daftar warisan dunia.

Tembok Raksasa China dibangun sebagai benteng pertahanan saat Dinasti Yan, Zhao, dan Qin. Tembok itu terus diperpanjang dan diperbaiki pada dinasti-dinasti selanjutnya.

Kaisar Qin Shihuang pada akhir abad ketiga sebelum Masihi melanjutkan usahanya menggabungkan tembok itu guna menjaga diri dari serangan Dinasti Han yang berada di utara, setelah penyatuan China. Sejak saat itu, bangunan tersebut menjadi sebuah monumen negara China sepanjang sejarah.

Hari ini, tembok Besar China merupakan suatu lambang kebangsaan negeri China. Tembok besar ini juga merupakan satu-satunya struktur yang kelihatan jelas dari angkasa. Walau bagaimanapun, tembok besar ini bukan merupakan suatu struktur yang berurutan tetapi merupakan satu jaringan tembok dan menara yang bersambungan.