JENAYAH KOMPUTER

Definisi Jenayah Komputer

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan tajuk jenayah komputer ini, terlebih dahulu marilah kita berkenalan terlebih dengan definisi jenayah komputer itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.

Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikan.

Pengenalan

Dengan perkembangan teknologi komputer telah membawa pelbagai peluang dan terdapat juga kemampuannya yang agak memeranjatkan kita dimana ianya terdiri daripada kegiatan jenayah yang biasa dilakukan. Komputer mampu menggantikan tugas-tugas jenayah cara lama seperti penipuan atau pencerobohan komputer dan pemadaman program komputer atau data.

Tidak terdapat definisi yang tepat untuk menerangkan definisi jenayah komputer. Sesetengah pihak berkuasa mentakrifkannya sebagai penggunaak komputer untuk mencuri sejumlah wang yang banyak. Ada juga yang mentakrifkan sebagai pencurian perkhidmatan dan memecah hak individu lain di dalam definisi ini.

Bertentangan dengan kepercayaan orang ramai, undang-undang telah disediakan untuk menangani masalah jenayah komputer ini dan telah diperkuatkan dengan Akta Penyalahgunaan Komputer 1990

Setakat ini, ancaman terbesar bagi sistem komputer datangnya dari dalam iaitu daripada pekerja . Percubaan penipuan komputer yang terbesar yang mana melibatkan perpindahan wang sebanyak $70 milion melibatkan kakitangan di First National Bank Of Chicago. Walaupun penjenayah komputer dikesan dan individu yang terlibat didakwa dan didapati bersalah. Hukum yang dijatuhan kelihatan terlalu ringan jika dibandingkan dengan lain-lain bentuk aktiviti jenayah.

Di dalam tahun 1989, pemuda yang bekerja sebagai juruwang di salah sebuah bank telah memindahkah sebanyak 1 bilion kedalam akaun dirinya sendiri dan juga akaun rakannya. Hukuman yang selama setahun.

Pelbagai jenis aktiviti jenayah yang dikaitkan dengan komputer telah dikenal pasti dan telah menimbulkan pelbagai takrifan. Sebagai contoh, penceroboh komputer (Computer hackers), Time Bomb Logic, penipuan komputer, kecurian maklumat, kerosakan data atau maklumat, virus, perosak komputer dan pengintipan industri. Di dalam tugasan ini, kami akan cuba menerangkan ke dalam beberapa aspek yang tertentu. Antara tajuk yang akan kami bincangkan adalah dibawah tajuk virus komputer dan pencerobohan komputer.

Jenayah komputer berlaku apabila berlakunya jenayah yang melibatkan penggunaan komputer. Secara khususnya, jenayah komputer berlaku apabila manusia menggunakan komputer untuk melakukan kejahatan jenayah seperti penipuan wang, kecurian, sabotaj, kecurian atau capaian keatas data. Masalah ini sering dikaitkan dengan isu privasi.

Penjenayah komputer biasanya dikenali sebagai "hacker" dan mereka ini menggunakan pengetahuan teknikal tentang bagaimana untuk memecah masuk ke dalam sistem dan data individu syarikat lain. Masalah ini mempunyai skop yang amat luas kerana kebanyakan data urusniaga direkodkan didalam rangkaian komputer. Hampir kesemua aspek perniagaan pada masa kini direkodkan di dalam komputer. Dengan mempunyai capaian keatas rangkaian mereka merupakan satu peralatan yang amat berharga. Jenayah komputer dapat dikurangkan dengan teknik-teknik pencegahan yang mana akan dibincangkan kemudian.

 

Jenayah komputer

Jenayah komputer adalah merujuk kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan sistem komputer sama ada komputer itu sendiri yang menjadi subjek jenayah. Peralatan yang digunakan untuk melakukan kejahatan jenayah atau mana-mana yang berkaitan dengan jenayah.

Komputer jenayah boleh melibatkan aktiviti jenayah yang dilakukan seperti yang biasa kita lihat seperti kecurian, penipuan, pemalsuan dan kesemua yang dikategorikan sebagai jenayah. Komputer juga mempunyai potensi untuk menghasilkan penyalahgunaan yang baru atau penderaan yang mungkin akan turut dikategorikan sebagai jenayah.

Klasifikasi Jenayah Komputer.

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah komputer yang biasa telah dikategorikan sebagai berikut:

Penipuan komputer.

Pemalsuan komputer.

Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.

Kecurian maklumat.

Capaian secara tidak sah keatas sistem komputer atau servis.

Menyalin perisian secara tidah sah.

Pengintipan komputer.

Perosak komputer.

 

 

 

Pencerobohan Komputer (Hacking)

Pencerobohan komputer ialah capaian keatas sistem komputer tanpa menyatakan atau membayangkan kebenaran pemilik sistem komputer tersebut. Individu yang terlibat dengan aktiviti ini dikenali sebagai penceroboh komputer dan mempunyai keinginan yang kuat untuk memecahkan sistem keselamatan yang terdapat di dalam komputer tersebut. Penceroboh boleh memperolehi capaian secara kawalan dengan menggunakan komputer di dalam rumahnya sendiri atau pejabat yang dihubungkan kepada telekomunikasi rangkaian. Keinginan untuk memperolehi capaian secara tidak sah keatas sistem komputer boleh didapati kerana beberapa motif atau tujuan. Diantaranya hanya kerana ingin tahu, seperti mana yang dilakukan oleh hackers (penceroboh komputer) hingga kepada sabotaj komputer atau pengintipan.

Capaian secara tidak sah atau tanpa niat oleh individu yang tidak dibenarkan oleh pemilik atau pengendali sistem akan dihadapkan sebagai perlakuan jenayah. Capaian secara tidak sah mewujudkan peluang untuk menyebabkan tambahan kepada keroskan data yang tidak disengajakan, perlanggaran data atau kecurian makluamat berharga.

Pada kebiasannya capaian boleh dilaksanakan melalui lokasi kawalan sepanjang rangkaian telekomunikasi kerana salah satu diantara banyak sebab. Penceroboh mungkin akan berkemampuan untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan sistem keselamatan untuk mendapatkan capaian atau dapat memperolehi jalan belakang di dalam ukuran keselamatan atau prosedur. Biasanya ia juga dilakukan dengan mendapatkan kata laluan untuk masuk ke dalam sesuatu sistem.

Perlindungan kata laluan biasanya bukanlah satu kaedah yang selamat untuk melindungi sistem daripada capaian oleh individu yang tidak dibenarkan. Ini kerana, pada kebiasannya, penceroboh komputer boleh mengatasi perlindungan ini dengan mudahnya melalui salah satu daripada tiga kaedah. Sekiranya penceroboh komputer mampu untuk mendapatkan kebenaran capaian kata kunci. Kemudian, perisian Trojan Horse akan diletakkan untuk mendapatkan kata kunci lain untuk pengguna lain. Biasanya perisian jenis ini boleh beroperasi secara berterusan dengan sistem keselamatan yang sedia ada dan agak sukar untuk dikesan. Pada akhirnya, penceroboh komputer mendapatkan perisian bagi mendapatkan kata kunci yang telah dicuri melalui capaian kawalan. Kaedah ketiga yang biasa digunakan untuk mencapai sistem adalah "trapdoor" dimana capaain yang tidak dibenarkan dicapai melalui titik capaian, atau trapdoor yang dicipta untuk tujuan tertentu seperti untu menjaga sesuatu sistem.

 

Lokasi

Pada kebiasanyaan jenayah komputer ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Tetapi, disini kami telah kategorikan kepada 3 lokasi yang utama iaitu di rumah, pejabat dan tempat khas.Lokasi bagi jenayah komputer ini dilakukan adalah berdasarkan kepada siapa yang melakukannya.

Bagi lokasi di rumah, penjenayah yang biasa melakukannya adalah dikalangan pengguna biasa. Namun, tahap jenayah yang dilakukan tidaklah begitu serius. Namun terdapat juga keadaan-keadaan tertentu dimana jenayah yang dilakukan agak kritikal. Para pelajar juga biasanya terlibat di dalam jenayah komputer dari rumah. Apa yang biasa dilakukan oleh mereka adalah mencuri kata laluan pengguna lain, menghantar virus dan menceroboh komputer pengguna lain.

Lokasi di pejabat pula biasanya dilakukan oleh kakitangan sesebuah jabatan itu sendiri. Antara tujuan yang dilakukan adalah untuk mengeluarkan maklumat rahsia syarikat dan dijualkan pada pihak pesaing dan sebagainya. Kakitangan bank merupakan individu yang telah dikesan sebagai orang yang paling banyak melakukan aktiviti jenayah komputer ini. Mereka berkemampuan untuk melakukan sedemikian kerena mereka mempunyai kata laluan untuk masuk ke dalam sistem perbankan dan mengubah data. Antara lain, mereka boleh mengubah jumlah catatan perakaunan mereka atau sesiapa sahaja yang mereka ingini.

Bagi lokasi khusus pula, biasanya ia dilakukan oleh golongan profesional dimana mereka mempunyai tempat yang khusus, dalam berkumpulan dan mempunyai kelengkapan yang khusus untuk melakukan aktiviti jenayah komputer tersebut. Terdapat diantara mereka yang menubuhkan kelab-kelab untuk penjenayah komputer dimana mereka akan memusnahkan sistem komputer syarikat-syarikat yang tidak mereka senangi. Namun terdapat juga beberapa golongan profesional yang bekerja sebagai penceroboh komputer dimana mereka menawarkan diri mereka untuk memecahkan sistem keselamatan sesuatu oraganisasi. Sekiranya mereka berjaya memecahkan sistem keselamatan sesuatu sistem, mereka akan meminta bayaran tertentu dan menyatakan kelemahan sistem keselamatan yang sedia ada. Sekiranya mereka tidak berjaya menemui kelemahan sistem tersebut. Maka tiada bayaran yang akan dikenakan.

Sebagai kesimpulannya, jenayah komputer ini boleh berlaku ditiga tempat yang disebutkan diatas. Namun, dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat. Adalah tidak mustahil suatu masa nanti jenayah komputer boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.