PENGERTIAN Y2K
Y2K yang juga dikenali sebagai "Millineum bug", merupakan satu perkara
atau istilah yang sememangnya diketahui umum terutamanya individu yang sentiasa
mempunyai perkaitan dengan teknologi maklumat. Kurang daripada dua tahun lagi
sebelum tibanya tahun 2000. Hanya disebabkan oleh dua digit yang kecil sahaja
maka, pada 1 Januari 2000 daripada kemeriahan seluruh dunia akan bertukar
menjadi mimpi ngeri. Semuanya disebabkan kesilapan atau ralat komputer untuk
membezakan tahun 2000 dengan 1900. Kebanyakan syarikat atau perniagaan yang
menggunakan tarikh akan menerima kesannya. Syarikat terbabit bukan sahaja
menerima kesannya malahan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi
memastikan sistem komputer yang digunakan dapat membezakan diantara tahun 2000
dengan 1900. Masalah pepijat komputer tahun 2000 ini merupakan satu masalah
besar yang perlu dihadapi oleh dunia.
Untuk menerangkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah
"Millenium Bug" atau Pepijat Tahun 2000 ini, lebih baik jika kita
mendapatkan gambaran yang jelas apakah masalah Pepijat Tahun 2000 ini. Pakar
perindustrian tahun 2000 Peter De Jager menerangkan bahawa ianya agak mudah
untuk diterangkan. "Komputer yang digunakan telah diprogramkan untuk
menyimpan tarikh di dalam format yang berikut: dd/mm/yy. Ini hanya membenarkan
dua digit disimpan bagi mewakili tahun. 1 Januari 2000 akan disimpan sebagai
01/01/00.
Walaubagaimanapun, komputer akan menganggap tarikh ini sebagai 1 Januari 1900
dan bukannya 2000. Nombor "19" telah di"hard-coded" kedalam
perisian dan perkakasan komputer. Oleh kerana hanya dua ruang disediakan untuk
tahun di dalam format ini, selepas "99" secara logiknya pilihan yang
akan dibuat selepas itu ialah dengan menukarkan kembali nombor tersebut kepada
"00".
Menurut sumber yang diambil daripada akhbar "komputer" 16 September
1998, Masalah Y2K berpunca daripada kegagalam sistem perkomputeran yang
bergantung kepada perkiraan terikh untuk mengenali kedatangan hari pertama alaf
baru. Cara perisian ditulis bagi pengiraantarikh yang berdasarkan norma dua
angka ialah punca kepada semua masalah itu. Contohnya 1 Januari 1998 dalam
sistem komputer ditulis sebagai 01/01/98. Masalah akan timbul apabila tarikah
beralih kepada 1 Januari 2000 yang mana sistem komputer akan menterjemahkan
sebagai 01/01/00 atau 1 Januari 1900. Salah pengiraan tarikh itu akan
menyebabkan pelbagai perkiraan kepada aplikasi yang bergantung kepada tarikh
yang menatijahkan porak-peranda terutama terhadap industri kewangan.
Masalah tahun 2000 ini tidak seperti masalah-masalah lain di dalam sejarah moden
kerana beberapa sebab. William Adams Pakar Y2K dari England menunjukkan beberapa
perkara penting yang terbabit. "Masa semakin hampir, masalah tahun 2000
perlu dihadapi. Masalah akan berlaku berterusan diseluruh dunia. Ia akan turut
melibatkan semua bahasa, platform, perkakasan dan juga perisian. Permintaan
terhadap penyelesaian akan melebihi penawaran. Bagi yang berjaya, mereka akan
meraih kemenangan yang besar. Bagi yang kalah pula, mereka akan mengalami
kekalahan yang besar. Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah
ini". "Ianya terlalu besar dan sukar sekalipun bagi (Bill Gates dan)
Microsoft".
KESAN-KESAN Y2K KEPADA ORGANISASI DAN MASYARAKAT
Kesan yang disebabkan oleh Y2K terhadap masyarakat amat besar, hingga
menyebabkan syarikat-syarikat besar di dalam dunia terpaksa melutut, merayu
kepada sesiapa yang mampu menyelesaikan masalah tersebut walaupun dengan harga
yang tinggi. "Dunia moden kini terlalu bergantung pada maklumat sama
seperti mereka bergantung kepada elektrik dan bekalan air. Memperbaiki masalah
tersebut adalah sukar kerana hanya tinggal kurang daripada dua tahun untuk
memperbaiki masalah yang telah pun timbul sejak 40 tahun. Alan Greenspan pakar
bagi masalah Y2K memberi amaran bahawa persedian sebanyak 99% sahaja adalah
tidak memadai. Ketua bahagian Ekonomi Edward Yardeni berkata bahawa peluang akan
belakunya masalah Y2K ini terhadap dunia adalah sebanyak 40%. Senator Bob Benett
(Republik Utah) telah membuat satu analog yang baik mengenai potensi bagi
permasalahan ini. "Di dalam tahun 1970-an, minyak merupakan sumber tenaga
yang menjanakan ekonomi dunia. Pada hari ini, sumber maklumat merupakan satu
sumber tenaga yang baru. Beliau turut menambah, potensi berlakunya masalah ini
di dalam kehidupan seharian amat ketara. Bayangkan, sekiranya kita membuat
pinjaman pada tahun 1999 yang perlu dibayar pada tahun 2000. Komputer syarikat
terbabit akan menganggap "00" sebagai "1900" dan anda akan
dikenakan charge bayaran kerana lewat membayar selama 99 tahun. Sekiranya
masalah tahun 2000 tidak diselesaikan, masalah yang mungkin akan timbul ialah
seperti, masalah trafik udara, trafik light, sumber elektrik, syarikat tidak
dapat mengeluarkan barangan, barangan tidak dapat dihantar ke stor, stor tidak
dapat menghantarkan bil kepada anda, anda tidak dapat menghantar bil kepada
orang lain dan pelbagai lagi masalah. Implikasinya, perniagaan akan menjadi
lumpuh sama sekali.
Kos yang diperlukan untuk memperbaiki masalah ini amat besar. Sekumpulan pakar
menganggarkan bahawa kos untuk memperbaiki satu baris kod bersamaan dengan
US1.50 ke US2.00. Bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi sesuatu syarikat
yang mempunyai lebih 100,000,000 baris kod. Capers Jones, seorang pakar yang
telah mengkaji di dalam bidang perisian selama lebih 10 tahun menganggarkan
seluruh dunia adalah US 1,635,000,000,000 (Satu Trilian, 635 Juta) Untuk membuat
andaian ini, sekiranya lima orang dianggarkan membelanjakan sebanyak US100 bagi
setiap saat bagi satu hari, 24 jam, 365 hari. Masa yang diperlukan lebih
daripada 100 tahun untuk menyiapkan tugas tersebut. Masalah tahun 2000 ini,
tidak hanya terhad kepada apa yang berlaku terhadap komputer diantara 31
Disember 199 dan 1 Januari 2000. Terdapat beberapa beberapa tarikh penting lain
yang turut menjadi faktor. Bulan Oktober yang lepas dianggap sebagai tarikh
akhir dimana syarikat-syarikat besar sepatutnya telah memulakan operasi untuk
memperbaiki masalah tersebut dengan harapan tugas tersebut akan selesai sebelum
tarikh akhir. Juga sepatutnya, segala proses baik pulih telah selesai dijalankan
menjelang 1 Januari 1999. Terdapat dua sebab utama mengapa masalah tersebut
perlu diperbaiki setahun lebih awal.
Perkara pertama ialah terdapat banyak "tarikh istimewa" menjelang 1999
yang bermaksud perkara-perkara yang istimewa. Sebagai contoh, 9 September 1999
(09/09/99) digunakan sebagai "tarikh akhir" (expiration date) sebagai
rujukan dan bagi data yang tidak mempunyai tarikh akhir. Komputer akan meminta
supaya dimasukkan tarikh. Dalam kebanyakan kes, tarikh yang diminta adalah
9/9/99. Juga perlu dipastikan dengan menguji apakah hari dalam seminggu bagi
01/01/00. 1 Januari 1900 adalah hari Isnin. Walau bagaimanapun, 1 Januari 2000
akan jatuh pada hari Sabtu.
KESAN KEATAS MASYARAKAT
Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas sebelum ini, kesan Y2K adalah amat
ketara keatas organisasi berbading dengan masyarakat /individu. Diantara
kesan-kesan yang dijangka akan berlaku keatas masyarakat/individu adalah seperti
berikut:
1. Sistem Kawalan Keselamatan Di rumah
Kebiasannya, panorama ini hanya akan berlaku keatas individu yang terlalu banyak
bergantung kepada peralatan elektronik didalam kehidupan mereka. Sebagai contoh,
individu yang menggunakan sistem keselamatan bagi mengawal rumah. Apabila
menjelang 1 Januari 2000. Sistem keselamatan akan rosak dan tidak akan dapat
berfungsi kerana kesilapan membezakan antara digit 1900 dengan 2000. Kemungkinan
pencuri akan berleluasa pada masa tersebut kerana telah menjangka masalah
tersebut dan cuba untuk mengambil kesempatan.
2. Microwave
Bagi surirumah yang menggunakan mesin microwave untuk membantu mereka
menyediakan masakan terpaksa menyediakan masakan secara manual kerana mesin
tersebut dijangka akan gagal berfungsi kerana masalah dua digit tersebut.
Makanan tidak dapat disediakan kerana arahan tidak dapat diterima.
3. Peralatan Elektrik
Bagi pengguna yang biasa menggunakan video recorder, peralatan ini juga dijangka
akan gagal berfungsi menjelang 1 Januari 2000 kerana sistem tarikh yang terbina
di dalam chip. Begitu juga dengan mesin mengira wang yang biasa digunakan di
kedai-kedai makan atau mini market. Ini kerana mesin ini, kebanyakannya
menggunakan sistem tarikh untuk menghitung jumlah wang berdasarkan tarikh
tertentu.
KESAN KEATAS ORGANISASI
Y2K atau millenium bug mempunyai kesan yang amat besar/ketara keatas organisasi.
Kesan-kesan yang dijangka akan berlaku akan diperbincangkan disini. Diantara
kesan-kesan yang telahpun dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Kawalan Trafik Udara
Ianya meliputi kapal terbang, helikopter, pesawat pejuang dan lain-lain
pengangkutan udara. Walaubagaimanapun, kesan yang dijangkan paling ketara adalah
keatas pesawat penumpang dan pesawat pejuang. Pesawat yang sepatutnya berlepas
tidak dapat berlepas kerana tarikh yang mengelirukan. Komputer tidak dapat
membuang keputusan pesawat yang manakah yang patut berlepas dan pesawat yang
mana dijangka tiba. Pesawat juga mungkin akan berlanggar sesama sendiri kerana
sistem kawalan yang telah kucar-kacir.
2. KILANG MAKANAN
Dijangkakan bertan-tan makanan akan dihapuskan oleh robot atau mesin menjelang 1
januari 2000 kerana menyangka makanan tersebut telahpun luput tarikhnya. Ini
kerana sistem berkomputer yang digunakan bagi membantu pengusaha menghapuskan
makanan yang melebihi tarikh yang ditetapkan.
APLIKASI-APLIKASI YANG TERLIBAT DALAM PERMASALAHAN Y2k
Isu tahun 2000 atau Y2K bukan hanya gangguan atau isu terhadap syarikat besar
yang menggunakan beratus komputer peribadi, aplikasi besar daan sistem kerangka.
Mana-mana syarikat yang melengkapkan sistem mereka dengan aplikasi, perisian,
cip tertanam "built in" atau sistem komputer peribadi mungkin terdedah
kepada masalah itu. Syarikat dalam kategori Industri Kecil dan Sederhana juga
tidak terkecuali.
KAEDAH-KAEDAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH Y2K
Dengan kehadiran millineum bug yang semakin hari semakin hampir untuk
memusnahkan dunia maklumat, golongan pakar diseluruh dunia telah menemui
beberapa jalan penyelesaian untuk mengendalikan atau menangani masalah ini. Lima
langkah penyelesaian yang utama akan diperbincangkan disini.
Pendekatan yang paling mudah sekali untuk menyelesaikan masalah Y2K ini ialah
dengan hanya menukarkan medan 2 digit kepada 4 digit. Kaedah ini
dianggap sebagai penyelesaian paling lengkap bagi menyelesaikan masalah ini,
iaitu dengan memberikan penamat kepada masalah tarikh ini. Pendekatan ini juga
boleh memudahkan syarikat-syarikat untuk menukarkan format yang telah di
"hard-coded" di dalam chip komputer.
Malangnya, apabila kita meluaskan medan tarikh daripada dua digit kepada empat
digit ia turut mempunyai kesan sampingan. Yang paling nyata sekali ialah untuk
menukarkan tarikh tersebut, setiap program dan pengkalan data yang merujuk
kepada tarikh data tersebut turut perlu diubahsuai. Proses pengubahsuaian ini,
kebanyakannya terpaksa dilakukan secara manual dan bukannya proses secara
automatik. Ia memerlukan supaya paparan screen diformatkan semula secara manual.
Begitu juga kita terpaksa meningkatkan panjang rekod bagi pengkalan data.
Satu lagi kaedah untuk menyelesaikan masalah millenium bug ini melibatkan apa
yang dikenali sebagai "date logic" atau "windowing
techniques". Prosedur ini melibatkan kita menggunakan program
berasingan untuk menentukan apakah tarikh "millenium bug" yang
terlibat. Sebagai contoh:
program tersebut mampu menentukan sekiranya tahun yang berakhir dengan nombor
diantara 00 dan 20, maka tarikh tersebut didalam millenium yang kedua. Sekiranya
tahun tersebut berakhir dengan nombor diantara 21 ke 99, tarikh tersebut didalam
millenium yang pertama. Date logic ini juga mempunyai kesan sampingan atau
kelemahannya. Yang paling utama sekali ialah "time window" tidak boleh
melebihi 100 tahun dan panjang bagi "time window" tidak boleh diubah
pada masa hadapan. Disamping itu juga "system performance" juga akan
turut perlahan kerana penambahan langkah-langkah tambahan bagi setiap tarikh
untuk diproses. Disebalik itu, kesemua andaian dan logik mestilah sama bagi
semua program yang akan menggunakannya. Sekiranya kaedah penyelesaian ini
berkesan, kesemua syarikat patut mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah ini.
Kaedah lain bagi mengatasi masalah dua digit ini melibatkan "bridge
program". Kaedah penyelesaian jenis ini digunakan untuk menukarkan
data dari satu format rekod kepada format yang lain. Ini membolehkan sesuatu
sistem untuk menukarkan tarikh dua digit kepada empat digit apabila diperlukan.
Kaedah ini juga membenarkan syarikat mempunyai masa yang lebih lama untuk
membuat pembaharuan bagi tahun 2000. Selain daripada menukarkan kesemua data
pada satu masa, ia akan menukarkan dengan jayanya. Juga, teknik ini merupakan
satu teknik yang kos efektif dan mudah untuk dilakukan. Berhati-hati dengan
"bridge program" kerana ia mempunyai potensi untuk merosakkan sistem
komputer. Dengan memindahkan "bridge" sebelum kesemua data ditukarkan,
tarikh dua digit akan bercampur dengan empat digit lalu menghasilkan masalah
yang lebih besar daripada masalah yang sedang dihadapi.
Walaubagaimanapun, terus terang dikatakan bahawa dengan menukarkan
keseluruhan sistem dijangka merupakan kaedah yang paling berkesan untuk
menyelesaikan masalah Y2K. Dengan hanya menukarkan sistem yang telah lama dan
menempah sistem baru yang telah pun sedia dengan tahun 2000, dengan cara ini
syarikat telah berjaya menghapuskan masalah Y2K kesemuanya. Ini dapat
menghindarkan kekusutan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah
penyelesaian ini hanya patut dipertimbangkan sekiranya kos untuk membaiki
terlalu mahal ataupun sistem yang perlu diperbaiki tidak terlalu banyak. Kaedah
lain ialah dengan memasukkan atau membeli syarikat lain yang mempunyai sistem
gabungan Y2K dan akhirnya sistem yang lama dapat dihentikan atau ditamatkan.
Alternatif yang terakhir yang akan dibincangkan ialah dengan tidak berbuat
apa-apa pada sistem komputer tersebut yang akan digunakan oleh
perniagaan. Kaedah ini tidak sama seperti membiarkan millenium bug dan hanya
berharap supaya ianya akan selesai begitu sahaja. Sebaliknya, ia melibatkan
mengenal pasti secara tepat apa yang akan berlaku kepada sistem komputer
syarikat dan menentukan bahawa kesan yang akan berlaku adalah sedikit atau
lansung tidak berlaku. Sekiranya kesnya adalah seperti ini, pihak majikan boleh
mengaturkan kerja untuk membaiki bahagian yang perlu diperbaiki sahaja. Mencari
jalan penyelesaian di dalam setiap peniagaan melibatkan perancangan yang teliti
untuk mencapai kejayaan. Setiap satu daripada empat langkah iaitu mengenal
pasti, merancang, melaksanakan dan menguji adalah penting bagi sesebuah syarikat
untuk mengatasi masalah tahun 2000 ini.
Walaupun ia merupakan langkah yang paling mudah sekali, langkah mengenal
pasti boleh dianggap sebagai langkah yang penting. Ini melibatkan
keterangan yang lebih terperinci mengenai masalah dan keputusan yang dibuat oleh
syarikat. Begitu juga, pihak pengurusan perlu dimaklumkan mengenai kesan-kesan
yang akan berlaku sekiranya Y2K tidak diselesaikan. Tanpa diberitahu kepada
bahagian perlaksaan millenium bug, kita tidak boleh mengharapkan ianya selesai
begitu sahaja.
Peringkat persedian dan perancangan melibatkan pencarian kesemua aplikasi yang
menggunakan tarikh dan memilih gabungan penyelesaian kearah penyelesaian yang
terbaik. Pihak perniagaan juga perlu mempertimbangkan mana-mana pergantungan
sistem daripada syarikat luar. Sebagai contoh, "priority schedulu"
mestilah dibuat untuk menentukan sistem yang manakah yang akan digunakan di
dalam perniagaan dan memperbaikinya mengikut kepentingannya. Satu antaramuka
tarikh yang seragam perlu dipersetujui diantara kesemua syarikat dimana mereka
semua bergantung dan menggunakannya. Anggaran mengenai berapa banyak
perbelanjaan yang akan diperlukan juga perlu dipertimbangkan.
Peringkat perlaksanaan merupakan perkara yang paling sukar sekali. Ini
melibatkan mengambil penyelesaian yang dicadangkan dan menggabungkannya kedalam
sistem perniagaan komputer. Bergantung kepada jenis penyelesaian yang dipilih
dan bagaimana penyelesaian memberi kesan kepada perniagaan, pihak syarikat perlu
melakukan yang terbaik mengikut kehendak pelbagai sistem pada setiap masa.
Menguji setiap kaedah penyelesaian mungkin kelihatan sebagai peringkat yang
tidak penting didalam proses penukaran. Ganjarannya kelihatan begitu sedikit
sedangkan kosnya terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, penyelesaian pengujian
merupakan satu-satunya cara untuk memastikan perjalanan perniagaan adalan
bejalan lancar menjelang abad ke 21. Prosedur ini melibatkan membuat pengkalan
data dan rekod yang mudah untuk memastikan bahawa kesemua pembaikpulihan telah
dilakukan dengan betul dan semua sistem berfungsi dengan betul. Semasa di dalam
peringkat ini, beberapa kesilapan mungkin akan ditemui. Untuk memperbaiki
masalah ini akan menjadi lebih mudah. Terdapat dua pendekatan untuk menguji
penyelesaian yang dilaksanakan. Pertamanya dengan memastikan sistem akan
berfungsi dengan baik pada abad ke 20 iaitu menguji komputer untuk menghadapi
abad ke 21 dan meletakkan kembali sistem kepada penggunaan harian. Kelebihan
bagi kaedah ini ialah kesemua ujian dilakukan dalam masa yang sama. Ia akan
memberikan tindak balas segera. Kesan sampingan ialah masa yang diperlukan agak
lama.