Puisi Moden

 

BAHASA  MASYITAH

Berbasalah dengan basah lidah Masyitah
mengungkapkan kalimah Subhanallah
Tatkala sikatnya terlepas
Daripada genggaman
"Siapa Allah, apakah ada Tuhan
selain bapaku?
Tanpa ragu dia memberikan jawapan
"Allah itu Tuhanku, Tuhanmu
Tuhan bapamu dan Tuhan sekalian alam
(Kekerasan kau jawab dengan kekerasan
kekejaman kau balas dengan ketakwaan
kekuasaan kauleburkan dengan keinsafan.)
Berpeganglah dengan teguh iman Masyitah
tatkala berada di hujung ancaman Firaun
yang berkuasa
tatkala mahu dihumban ke gelegak
kawah menyeksa.
belajarlah dari sejarah agung Masyitah
tatkala ziarah Rasullah
yang tercium keharuman pusara
perempuan syahid penghuni syurga
selama-lamanya.