HOLY WATER & CERITA KARUT

Pokoknya kesah Holy Water tersebut diceritakan sendiri kepada saya oleh bekas Padri Thomas di rumah saya. Baru-baru ini, apabila saya bercakap menerusi talipon, beliau telah menimbulkan satu insiden dimana seorang doktor Melayu perempuan dari Sabak Bernam telah menganut agama Kristian kerana berkahwin dengan teman sejawatnya daripada Indonesia yang beragama Kristian.

Bekas Padri Thomas dan bapa kepada doktor perempuan tersebut telah membawa nya pulang kerumah dan di rumah bapa doktor perempuan tersebut , mereka telah mengadakan sembahyang hajat memohon agar doktor perempuan tersebut balik kepada ajaran islam.

Selepas sembahyang hajat, mereka membaca surah al-Kahfi. Selesai sahaj mereka membaca surah al-Kahfi, kelihatan doktor perempuan tersebut mengalirkan air mata dan menceritakan bahawa beliau telah pernah meminum Holy Water, dan menurutnya lagi, apabila beliau selesai sahaja minum air tersebut, beliau seolah-olah nampak Jesus Christ turun dari langit.

Saya dengar juga kesah Aishah "Felicia" Bokhari yang lari bersama-sama teman lelakinya yang berasal dari Taman Pancor Jaya Seremban, berkata bahawa apabila beliau masuk ke rumah Arnold Lee (yang telah beberapa kali beliau datang sebenarnya) beliau ternampak gambar Jesus Christ . Apabila beliau nampak gambar Jesus Christ, dirinya rasa tenang sahaja. Tidak mungkinkah si Aishah di beri minum Holy Water.

Saya sebenarnya tidak terlintas sedikitpun bahawa bekas Padri Thomas itu menceritakan sesuatu yang tidak betul. Saya lebih percaya bahaw cerita tersebut betul kerana kitab Bible yang menjadi pegangan orang-orang Kristian sebenarnya mengandungi cerita-cerita yang bertentangan antara satu sama lain.

Bible yang saya ada,dan yang pernah saya ada, tetapi hilang: Bible yang ada pada saya the GOOD NEWS BIBLE yang diterbitkan oleh Persatuan Bible Singapore , Malaysia dan Brunei .

Saya semak beberapa kali Bible ini dan nyata terdapat kesah-kesah peristiwa yang berlaku itu mengandungi fakta-fakta yang bertentangan antara satu dengan lain. Saya pernah beberapa kali bertanya kepada orang-orang Kristian, khususnya kumpulan Jehovah Witness yang mengunjungi rumah saya, mengapa terdapat pertentangan fakta dalam bible itu sekiranya bible itu dipercayai sebagai wahyu tuhan.

Saya mengambil beberapa contoh:tentang kelahiran Jesus Christ. Kita dapati dalam Matthew (1:1-22) dan Luke (1:32-33) mengatakan bahawa Messiah itu adalah manusia biasa tetapi dalam Gospel of John (1:1). kita dapati bahawa Messiah adalah perkataan yang sentiasa berada di sisi Tuhan, bahkan ia sendiri adalah tuhan.(2). Dalam Matthew (3:13-17), Mark (1:9-12) dan Luke (3:21-22) dan (4:1) nampaknya Jesus di Baptiskan oleh John dan beliau meninggalkan Jesus Christ dengan serta merta selepas pemBaptisan tersebut.

Dalam Gospel John, bagaimanapun tidak diceritakan upacara pembaptisan, bahkan pertemuan antara Jesus Christ dan John adalah selama dua hari. (3). Daripada John (1:19-44), nampaknya Jesus, selepas berada bersama-sama dengan John dan pengikut-pengikunya beberapa hari, Jesus Christ terus menuju ke Galilee. Tetapi dalam Matthew (4:1), Mark (1:12) dan Luke (4:1), dikatakan bahawa Jesus Christ, selebas menerima Pembaptisan daripada John, terus pergi ke hutan (wood) untuk beradu kekuatan dengan Saitan dan berada di dalam hutan selama 4o hari. (4).

Daripada John (1:35-51), dinyatakan bahawa selepas sahaja John dan Jesus bertemu, Jesus Christ menjadikan dua orang pengikut John, satu bernama Andrew dan yang satu lagi ialah pengikut Jesus yang tidak disebutkan namanya dan dalam perjalanannya ke Galilee, beliau menjadikan Simon Peter dan Nathaniel sebagai pengikutnya.

Dalam Matthew (4:12-22), Mark (1:12-20) dan Luke (4:14-15:5:1-22), dinyatakan bahawa selesai sahaja bertemu dengan John dan berada dalam hutan selama 40 hari, Jesus berpuasa dan apabila mendengar berita bahawa John dipenjarakan, beliau telah pergi ke Galilee dan berdakwah disana dibanyak tempat untuk beberapa hari, dan ditepi tasik Galilee beliau telah mengambil Simon Peter, Andrew, John dan James sebagai pengikutnya.

Dari ayat-ayat yang dinyatakan tadi, jelas kepada kita bahawa tempat dimana Jesus Christ menerima masuk pengikut-pengikutnya (seperti yang dinyatakan tadi) dan juga masa penerimaan tersebut menurut cerita John berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Gospel-gosopel lain seperti Mark,Luke, Matthew.

Orang-orang Kristian yang mengatakan bahawa cerita Holy Water yang saya cerita dahulu adalah cerita karut perlu melihat secara introspektif (lihat kedalam) sama ada Bible itu sendiri merupakan ' Cerita-cerita" yang bercanggah antara satu sama lain.

Saya buka mahu mengecilkan hati penganut Kristian , tetapi saya harap mereka mempunyai hati terbuka untuk berbincang. Gunakan akal fikiran apabila membaca Bible, buat penenelitian, jangan takut kalau-kalau dengan membuat penelitian tersebut mereka " Termakan" dengan kesilapan tersebut.

Saya sebenarnya boleh bercerita lebih panjang, tetapi saya harap setakat ini memadailah. Setakat ini, Bekas Padri Thomas berjaya mengislamkan 4 orang Brothers 1 dari Salvation Army, 1 brother China, 1 German dan seorang lagi bangsa Eropah yang saya tak tahu bangsanya. Mereka menganut islam selepas berdialog dengan bekas Padri Thomas.
 

©Rogergaraudy

---main ---