Bekas Padri Thomas-Cerita Lagi

Di atas permintaan ramai, saya akan menyambung peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh bekas Padri Thomas, dan di ceritakan kepada saya sendiri, bukan saya mendengan daripada orang lain!.

satu peristiwa di mana sekumpulan padri dari Vatican memohon kebenaran Pope untuk menyamar dan memasukki kota Makkah. Mereka berhujah bahawa sekiranya orang-orang Islam bebas masuk dan keluar dari Vatican, mengapa orang-orang Kristian dan orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke kota Makkah.

Pope membenarkan (saya sudah lupa bilangannya-sekitar 4 hingga 5 orang ) padri yang berasal dari Indonesia untuk pergi ke kota Makkah semasa musim Haji.

Oleh sebab pakaian Jubah Kristian yang dipakai oleh Padri menyerupai jubah Arab, cuma kupiahnya sahaja yang berlainan, ditambah pula wajah mereka ini berbangsa Indonesia, maka mudahlah mereka menyamar.

Mereka menaikki kapalterbang dan kemudian menaiki bas bersama-sama dengan jamaah lain. sesampainya di check point, mereka pun turun daripada bas.

menurut bekas Padri Thomas, mereka ini menerjah masuk sahaja melalui sempadan kawasan haram. Tetapi apabila mereka hampir melintasi sempadan kawasan haram, mereka merasai adanya api yang menjulang hendak membakar mereka. Mereka rasa kepanasan dan tidak jadi masuk. Mereka mengambil keputusan untuk balik sahaja ke Vatican.

samapai di vatican, mereka menceritakan kejadian tersebut kepada Pope, dan meminta penerangan daripada pope tentang kejadian tersebut. Pope menjawab bahawa oleh sebab orang-orang Islam itu ahli neraka, maka mereka tak rasa panas sedangkan mereka ahli syurga, jadi mereka rasa panas.

Mereka tidak dapat menerima logik Pope, kerana seharusnya mereka lah yang tak rasa panas kalau mereka orang-orang yang benar. kejadian tersebut menyebabkan padri-padri dari Indonesia tersebut masuk Islam.

Bekas padri Thomas juga pernah menceritakan kepada saya bahawa seorang kawan beliau yang sama-sama menuntut di Vatican dahulu, yang berjawatan Padri telah menghubungi beliau, untuk menarik balik beliau ke pada agama Kristian semula. Padri tersebut telah mengunjungi bekas padri thomas di rumah bekas padri Thomas.

Yang melucukan ialah sebelum mereka berbual, padri (kawan bekas padri Thomas) meminta izin untuk minum 'holy water', kata bekas padri Thomas, ia minum untuk menambah kekebalan Iman.

Bekas padri Thomas menyuruh padri tersebut minum seberapa banyak yang ia mahu. Lepas itu barulah mereka berbincang. Mereka berbincang tentang Islam dan Kristian. Berjam-jam mereka bincang dan akhirnya padri tersebut meminta izin untuk balik. Padri tersebut pun keluarlah dari rumah bekas padri Thomas, tetapi tak lama kemudian, bekas padri tersebut patah balik dan hendak menyambung perbincangan tersebut.

menurut bekas padri Thomas, padri tersebut berulang alik sebanyak empat kali, setiap kali patah balik, mahu menyambung perbincangan. Sehingga kini, menurut bekas Padri Thomas, mereka berhubung menerusi telepon.

Sekarang ini, menurut bekas padri Thomas, ada juga brother Kristian, yang tukang bagi seromon padari hari Ahad sedang berjinak-jinak mahu mendalami ajaran Islam. Pada masa yang terdekat ini, saya akan menghubungi bekas Padri Thomas,

©Rogergaraudy

---main ---