BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN (2)

PERSIAPAN PENGURUSAN KEPIMPINAN & JENTERA PILIHAN RAYA

Dalam Kitab Durus Fi Al-'Amal Al-Islami yang dikarang oleh Al-Ustadh Sa'id Hawwa, ada menyebut tentang 5 bidang penyakit umat Islam kini iaitu dari segi pengetahuan, pendidikan akhlak, sudut perancanaan, sudut tanzin atau penyusunan dan sudut perlaksanaan.

Teori pengetahuan Islam semakin me- runcing, umat Islam pula semakin lemah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akhlak Islamnya yang mulia. Pemikiran dan perenca- naannya hampir pupus bila berhadapan dengan suasana persekitaran serta tuntutan-tuntutan baru. Mantaliti penyusunan Islam pula merun- cing dalam mengemukan teori-teori yang masa- bah dan sesuai untuk mencapai matlamat- matlamat Islam yang didasarkan kepada peren- canaan yang tinggi. Dalam suasana ini umat Islam hilang kemampuan untuk melaksanakan sesuatu yang setimpal bagi mencapai matlamat- matlamat juz'i di dalam harakah mereka, mahu- pun matlamat-matlamat yang lengkap dalam pergerakan semasa, apatah lagi di dalam per- gerakan masa akan datang mereka. Kesemua ini merupakan kemerosotan yang amat jauh daripada contoh teladan agung yang terdapat pada para Rasul alaihimussalatu wassalam dan sahabat-sahabat mereka radiyallahu'anhum ajma'in.

Pada minggu ini saya ingin menyam- bung lagi pembicaraan lalu dari sudut tanzim (organisasi) atau penyusunan Jamaah iaitu ba- gaimana faktor-faktor utama yang mempenga- ruhi pengurusan tanzin dan mengerakkannya supaya Jamaah itu boleh berubah ke arah yang lebih mantap.

Keadaan yang paling menyedihkan yang sering berlaku dalam pengurusan Jamaah hari ini ialah pihak pengurusan atasan Jamaah seringkali tidak mendapat maklumat dan per- spektif sebenar tentang sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi dalam Jamaah tersebut. Perkara-perkara yang sepatutnya diberi perha- tian, ditapis dibeberapa peringkat pengurusan bawahan sehingga akhirnya perkara-perkara penting itu menjadi soal kecil atau remeh apabila sampai ke pihak atasan Jamaah. Aneh- nya terlalu ramai pemimpin peringkat bawahan 'dilatih' untuk hanya menyampaikan berita atau maklumbalas yang menyenangkan hati ketua masing-masing. Keadaan sebenar selalunya be- rubah akibat ditokok tambah atau disalah ertikan oleh sesetengah pengurusan. Kadang-kadang ada yang tidak berani untuk mencerita apakah sebenarnya yang berlaku dalam jamaah dengan alasan tidak mahu Jamaah itu rosak akibat se- bahagian daripada pengikut mungkin berasa hati atau sebagainya. Akhirnya pihak atasan tidak membuat suatu keputusan yang bijaksana, membiarkan keadaan berterusan tanpa seba- rang keputusan yang sepatutnya atau sesuatu keputusan atau tindakan tidak kena pada permasalahan yang berlaku. Akhir sekali organi- sasi Jamaah sentiasa berada dalam keadaan 'panas'. Kemenangan yang dijanjikan oleh Allah makin jauh.

Banyak pengurusan Jamaah mengamal- kan petua risiko ganjaran terbalik. Sistem pem- berian ganjaran Jamaah ini nampaknya lebih senang dengan status 'quo' dan bukannya ber- sedia menghadapi risiko. Sebenarnya saya tidak bermaksud ganjaran di sini ialah ganjaran kewangan atau kebendaan, walaupun itu juga merupakan hasrat saya untuk Jamaah di masa- masa akan datang.

Kadang-kadang kita mengemukakan se- suatu idea atau cadangan baru untuk Jamaah bergerak lebih ifisien. Cadangan atau idea kita sebenarnya telah diketahui oleh ramai dika- langan pekerja-pekerja Jamaah. Soalnya kena- pa mereka tidak mengemukan idea atau ca- dangan tersebut untuk perubahaan Jamaah?

Jawapan biasa kita dengar, buat apa? Kalau kita melakukan sesuatu yang baru dan mendapat sambutan yang baik, tidak seorang pun yang akan memuji, apatah lagi untuk

Cadangan atau idea kita sebenarnya telah diketahui oleh ramai dikalangan pekerja-pekerja Jamaah. Soalnya kena- pa mereka tidak mengemukan idea atau cadangan tersebut untuk perubahaan Jamaah? menghadiahkan sesuatu. Se- baliknya jika kita gagal, se- muanya akan menyalah dan menunding jari kepada kita. Akhirnya idea-idea yang baik akan terkubur dengan sikap Jamaah yang tidak bersedia untuk menghadapi risiko. Para pemimpin Jamaah hanya akan melakukan perkara-perkara yang rutin sahaja dalam pro- gram-program perjalanan Ja- maah. Di sana kita akan mera- sakan kemenangan Jamaah suatu yang agak sukar.

Perubahan juga sukar dilakukan sekiranya pekerja dalam Jamaah diselubungi ra- sa takut. Para pekerja Jamaah tidak akan sanggup berubah jika hukuman berat dikenakan bagi sesuatu kesilapan yang dilakukan. Mereka akan jadi takut untuk membuat keputusa sendiri, bertindak dengan be- bas. Malah banyak pekerja jamaah hanya sekadar menjadi pekerja yang di suruh dengan baik sahaja.

Jamaah juga mengha- dapi masalah tekanan peru- bahan struktur pengurusan organisasi. Banyak perubahan- perubahan struktur penguru- san perlu melalui prosedur- prosedur yang tidak peka dengan perubahan persekita- ran kerena prosedur-prosedur yang dibentuk sebelum timbul- nya teknologi moden masa kini.

Seringkali mereka yang bergerak dalam Jamaah diberi buku panduan yang te- bal, mengandungi polisi atau prosedur sudah ketinggalan zaman (sebenarnya tidak ada buku panduan, tetapi kata-kata nasihat). Struktur pengurusan juga mengalakkan kerenah bi- rokrasi dan wujudnya pelbagai lapisan hiraki dalam pengu- rusan. Buah fikiran yang baik daripad pekerja bawahan bia- sanya terkubur sebelum sam- pai keperingkat yang lebih atas. Pihak pertengahan juga merasa jengkal kerana tidak diberi kuasa untuk mem- perbaiki sesuatu perkhidma- tan. Apatah lagi soal-soal yang melibatkan kewangan. Akhir- nya kecekapan sesuatu pengurusan makin menurun, idea perubahan yang baik terkubur. Mood pekerja bawa- han menjadi semakin rendah. Mesej atau arahan Jamaah lambat sampai kepada sasa- ran. Banyak kesilapan pengu- rusan akan terbiar akhir Ja- maah yang menanggung risi- ko.

Budaya mengelak tanggungjawab lazimnya ber- laku dalam Jamaah kerena ramai orang dalam pengurusan Jamaah boleh dipersalahkan. Jika sesuatu perkara berlaku atau sesuatu perkara tidak dilaksanakan. Bila kita ber- tanya macam-macam jawapan yang kita dengar, dan dalam jawapan-jawapan tersebut ba- nyak orang boleh dipersa- lahkan. Semuanya cuba mela- rikan diri. Cuba kita tanya ke- napa Usrah tidak dilaksana- kan? Mungkin jawapan yang kita dengar Ketua tidak suruh, atau Naqib sibuk, atau Setia- usaha tak buat surat atau macam-macam jawapan yang boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak dalam hiraki pengurusan. Akhirnya Jamaah menjadi tidak menentu.

Pihak pertengahan juga merasa jengkal kerana tidak diberi kuasa untuk memperbaiki sesuatu perkhidmatan. Apatah lagi soal-soal yang melibatkan kewangan.

Untuk itu Jamaah per- lulah memberi sedikit ruang kepada pekerjanya untuk menggunakan kuasa yang ada tanpa melanggari batas-batas untuk kecekapan pengurusan bagi mengalakkan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan Jamaah. Jamaah juga sepatut- nya mewujudkan suasana tem- pat kerja yang demokratik de- ngan berdasarkan unsur saling mempercayai dan bukannya unsur ketakutan atau keresa- han. Merombak semula tugas supaya rasa tanggungjawab dapat dipupuk dengan lebih berkesan. Jalan menunju ke- pada perubahan sememang- nya penuh dengan onak dan duri. Para pemimpin dalam Ja- maah perlulah memperingat- kan diri bahawa perubahan ti- dak akan berjaya dilaksanakan dengan hanya memperkenal- kan satu proses baru, striuktur organisasi baru, ataupun tek- nologi dan startegi pengurusan yang baru sahaja, tetapi mesti- lah disertai dengan suatu te- kad dan azam yang kukuh berserta niat yang ikhlas dan jujur dalam meneruskan usaha-usaha dakwah.

Akhir sekali renunglah suatu hadis yang bermaksud :

"Tiada mengetahui kelebihan seseorang yang mempunyai kelebihan kecuali orang yang mempunyai kelebihan juga".

Oleh Zuzally Zukarnain