INSTITUSI AGAMA HINA DISISI PENTADBIRAN BN

Isu Mufti masih lagi kedengaran dan tidak akan lenyap sehinggalah UMNO dan Barisan Nasional menerima Institusi Agama sebagai suatu Institusi yang dihormati dan disegani. Bermulanya dengan tersiar ceramah Mufti Selangor, Dato' Seri Utama, Dato' Ishak Baharum sempena majlis maulidur Rasul di sebuah masjid di Alor Setar oleh akhbar Harakah dengan tajuk 'Awas Gelincir Aqidah - Mufti' pada 11 Ogos 1997. Sebelum itu isu aurat pertandingan ratu cantik dan penangkapan 3 gadis melayu Islam dalam pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tiba-tiba menjadi marah dan hilang pertimbangan dengan membuat anggapan bahawa Mufti Selangor, Dato' Ishak menuduhnya murtad. Ekoran itu Sanusi Junid dengan ekstrimnya membuat cabaran untuk bermandikan darah kepada sesiapa yang berani mengatakan Dr. Mahathir murtad. Suatu contoh keadaan ekstrim UMNO yang menggunakan kekuasan dan keganasan dengan rakus untuk mencapai tujuan kepentingan politik dengan menepikan perbincangan serta musyawarah.

Manakala Dr. Abdul Hamid Othman pula cuba untuk meredakan keadaan dengan membuat kenyataan lagi mengelirukan, mahukan JAIS menghebahkan fatwanya terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil. Sister In Islam lagi 'gbara' serta menunjukkan betapa cetek dan daifannya dalam mendifinasikan konsep kesederhanaan dalam Islam, terutamanya dari segi berpakaian.

Saudara Anwar Ibrahim, yang dikenali sebagai ulama UMNO yang akan membawa Islam dalam UMNO (Inilah kekeliruan yang sukar untuk dihapuskan dalam benak kepala masyarakat) tidak memberikan apa-apa kenyataan yang boleh membaiki keadaan kontraversi. Sikap beliau cukup mengelirukan apabila beliau sanggup berjumpa dengan adik-adik KRU dalam isu pengharaman Konsert Krumania. Walaupun kita tahu dalam konsert tersebut, arak-arak diberi secara percuma kepada para pengunjung oleh penaja sebuah syarikat arak. Sebahagian kerajaan negeri telah sedar dan mengharamkan konsert tersebut. Tetapi sikap saudara Anwar yang tidak bersedia untuk berjumpa dengan JAIS dalam isu penangkapan 3 gadis melayu Islam cukup mengelirukan.

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah 2 tahun di waktakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 [ "Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780) ]. Apakah 2 tahun masih tidak cukup untuk dihebahkan sebagaimana kenyataan Dr. Abdul Hamid Othman ? Atau 2 tahun itu masih tidak cukup meyedarkan rakyat tentang pendedahan aurat ? Inilah kesederhanaan UMNO dan BN. Kesederhanaan yang melalai serta menjuruskan ke arah kemusnahan.

Penentang-penentang Agama cuba memberi alasan bahawa mengari 3 gadis melayu Islam ini adalah mengaibkan mereka. Apakah berpakaian separuh bogel dan menayangkan tubuh pada kalayak ramai itu tidak mengaibkan dan bermaruah ?

Dr. Mahathir telah mencemuh institusi agama dengan kenyataannya : "Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pengawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang mudah menuduh

orang itu murtad orang ini murtad" Kunco-kunconya pula telah membuat tomahan yang kesat dan keji kepada Institusi agama. Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Johan Jaafar telah menulis dengan menyatakan bahawa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor telah memekak telinga pada suara rakyat yang meminta prinsip keadilan, bimbingan, nasihat, muafakat, musyawarah, muzakarah dan pelbagai prinsip yang sukar hendak ditulis di sini untuk dijadikan panduan untuk diambil oleh JAIS. Mungkin Pegawai JAIS yang dilantik oleh kerajaan itu masih Kolot. Apakah kerajaan melatik pegawai yang kolot untuk memperalatkan agama yang akhirnya menjerat diri sendiri ?

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Sharizat Abdul Jalil pula membuat kenyataan bahawa meraka (pegawai JAIS) sengaja menunggu dan menangkap macam gestapo bukan untuk mencegah yang sepatutnya berlaku. Satu tuduhan yang kesat dan keji kepada pegawai agama yang menjalankan tindakan mengikut fatwa yang dikeluarkan. Itulah tembelang UMNO... tidak suka kepada Islam dan mengunakan kuasa untuk menghalang perlaksanaan Islam.

Dr. Mahathir selama ini telah menjatuhkan kuasa Raja-raja, Sistem Kehakiman, terasa tercabar dengan peranan ulama. Banyak kali kernyataan- kernyataannya mengenai ulama telah dibuat yang amat mengelirukan. Begitu juga dengan kernyataan- kernyataan tentang agama yang dikeluarkannya sebelum ini tidak mendapat tentangan ulama, melainkan daripada PAS.

Seminggu selepas itu beliau mengumum- kan bahawa dia akan bertemu dengan Raja-raja untuk menyelesaikan masalah undang-undang Islam yang tidak seragam. Apakah Dr. Mahathir baru sedar undang-undang selama ini tidak seragam, atau hanya sekadar mencari jalan ingin menunjukkan institusi agama di negera ini tidak seragama dalam tindakan dan undang- undang? Banyak muslihat Dr. Mahathir semua untuk kepentingan kuasa dan pemerintahannya. Begitu juga hujahnya bahawa Mufti boleh ditegur dengan membuat perbandingan tentang khalifah Islam. Soalnya Mufti boleh ditegur, bagaimana pula dengan dia sendiri yang langsung tak boleh ditegur, macam pemerintahan Firaun.

Tidak lama selepas itu, satu kenyataan dalam akhbar, oleh Kerajaan Selangor bahawa Kerajaan Negeri tidak akan memperharui kontrak Dato' Ishak Baharum yang akan tamat akhir bulan Oktober 1997. Alasan yang diberi ialah umur Dato' Ishak telah menjangkau 70 tahun. Itulah usaha yang dilakukan UMNO bagi sesiapa sahaja yang bercakap benar dan menegur mereka-mereka yang berkuasa dalam kerajaan akan disingkirkan dengan apa cara sekalipun.

Dalam menghadapi isu ini, Saudara Ahmad Lutfi Othman Jurusan Kejuteraan Awam, UTM, penulis politik masa kini telah mengulas isu berkaitan dalam buku terbarunya Mufti lawan Mahathir ? telah mengalami nasib yang sama. Bukunya cuba dihalang dengan pelbagai cara bagi memastikan kebenaran ditutup.

Seminar Mufti dan Fakwa telah di anjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 23 - 24 September 1997 telah menyingkap tentang kelemahan Institusi Agama di negara ini. Satu cadangan telah dibuat untuk melantik mufti menganggotai mesyuarat kerajaan negeri (bertaraf ex-officio) bagi membantu urusan pentadbiran negeri telah disuarakan. Banyak telahan dibuat. Walau bagaimana pun kita menganggap ini adalah permainan politik UMNO. Kita sedar sebelum ini pun mufti tidak diberi kuasa untuk menjalankan bidang kuasanya.

Ustaz Buyamin Yaakub dalam ceramahnya pada 29 Oktober 1997, di Surau Alor Tembesu telah menyatakan bahawa penamatan kontrak Dato' Ishak adalah strategi UMNO untuk menghalang Dato' Ishak daripada menjadi exco kerajaan negeri yang akan dilaksanakan nanti. Sekiranya Dato' Ishak berada dalam kerajaan, maka makin sukarlah penyeru-penyeru mungkar yang berada dalam kerajaan untuk bersuara. Selain daripada itu UMNO akan menjaja seluruh negara bahawa UMNO dan BN telah membawa mufti pada suatu kedudukan yang tinggi. Inilah permainan politik UMNO.

Institusi agama sebenarnya telah dipecah kepada tiga pentadbiran iaitu Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan Pejabat Mufti, semuanya ini adalah mengelirukan dari segi urasan pentadbiran tetapi memudahkan kerajaan untuk menguasai institusi ini. Bagaimana pula dengan pertambahan pentadbiran iaitu Mufti akan menjadi exco ? Dari segi enakmen mufti berada di bawah kuasa sultan, yakni lebih tinggi daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah, tetapi dari skim SSB mufti hanya dalam ketogeri S1 dan S2 sahaja berbanding dengan ketua Hakim Jaksa C.

Begitu juga dengan pengisisn jawatan, yang masih belum selesai dan dilengah-lengahkan. Sepatutnya mufti mempunyai sekurang-kurang 5 orang pegawai sokongan, tetapi setakat ini Pejabat Mufti Selangor meminjam pegawai daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Inilah kerenah birokrasi dan sikap sambil lewa kerajaan BN dan UMNO dalam menaggani isu-isu agama.

Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor menjangkakan kerajaan pimpinan UMNO sedang berusaha untuk menghadkan kuasa mufti agar tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang fatwa, melainkan mendapat persetujuan mereka. Manakala usaha menyeragamkan undang-undang syariah di negara ini adalah dianggap sebagai percubaan menghadkan kuasa kerajaan negeri. Akhir sekali kata beliau : "Mufti sedikit masa lagi tidak akan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan fatwa melainkan menjadi penasihat sahaja kepada kerajaan".

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang, mahukan satu kajian menyeluruh untuk meningkatkan peranan mufti dalam menasihati para pemimpin dan memastikan kerajaan mengikuti syariat Islam, bukan sebaliknya menghilangkan kuasa mufti bagi meneruskan agenda komersil kerajaan tanpa mengira halal dan haram. Beliau mengingatkan kerajaan dengan satu Hadis bermaksud : "Akan zahir di akhir zaman, pemimpin yang jahil tentang agama lalu mereka memberi fatwa dalam perkara agama, mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang ramai"

Begitulah hinanya agama ini disisi UMNO dan BN.

Tok Ayah