IT, MSC & INTERNET : TERGUGATKAH PAS ?

Internet kini mempengaruhi setiap lapisan masyarakat baik yang berkhidmat di sektor awam, swasta mahupun golongan pelajar sekolah kerana mampu menyediakan pelbagai kemudahan secara terus dan mudah.

Bagaimanapun, penyaluran maklumat ini masih terbatas kerana ia hanya boleh disalurkan menerusi satu medium iaitu komputer peribadi (PC) dan PC bukanlah sesuatu yang mampu dibeli oleh semua orang.

Segala-galanya telah berubah dua tahun lalu, walaupun di negara kita masih dalam peringkat awal, setelah sebuah syarikat Palo Alto, California iaitu WebTV Networks telah mereka bentuk konsep WebTV. Konsep ini memberi kemudahan internet boleh disalurkan melalui televisyen di rumah dengan menambah dua komponen utama iaitu set-top box (STB) dan perkhidmatan Internet Online dengan harga sekitar RM1,088 dalam pasaran Malaysia.

Teknologi ini telah dibangunkan oleh syarikat TecnoChannel Sdn. Bhd. yang dipengerusikan oleh pengerusi eksekutifnya Tan Sri Ahmad Mustaffa Babjee bersama-sama dengan Syarikat Philips.

Sebenarnya perkembangan ini telah dimulakan oleh Pendana Menteri, Dato' Sri Dr. Mahathir apabila beliau tanpa persiapan awal telah membuat keputusan untuk mengheret negara terus ke kancah gelombang ketiga untuk menangani teknologi maklumat menerusi penggunaan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai pengguna.

Kita telah menyedari sekarang ini negara-negara barat telah mula kepada tahap dunia golombang (era) ketiga iaitu dikenali sebagai zaman IT (information tecnology), iaitu Zaman Teknologi Maklumat, setelah melepa- si zaman Pertanian dan Perindustrian.

Dengan sangat yakin beliau telah membuat suatu teori bahawa membawa negara kepada penubuhan MSC adalah jalan pintas untuk kononnya mampu bersaing dengan kuasa barat.

Persoalan yang timbul adakah rakyat kita telah bersedia untuk menerima cabaran ini, sedangkan zaman perindustrian masih lagi belum membawa kesempurnaan. Apakah semua rakyat mampu untuk menjadi peneroka pada zaman IT ini, sedangkan menjadi penggunapun rakyat kita masih lagi belum bersedia. Itu belum lagi kita berbicara soal pertanian. Apakah pertanian telah tidak menjadi agenda untuk diketengah dalam zaman IT ini, hinggakan dalam perbentangan Belanjawaan 98, langsung soal pertanian tidak disentuh. Apakah negara akan menjadi kolot apabila pertanian dititik beratkan. Ke mana kita hendak bawa sebahagian besar rakyat kita yang terlibat dalam sektor pertanian. Oleh itu, tidak menjadi hairan sekiranya beras naik harga, tetapi harga padi tidak...maka golongan petani tertindas.... yang kaya-raya ialah koporat dan 'koparat' UMNO.

Perbelanjaan kos untuk menubuhkan projek MSC ini akan menyedut lebih banyak peruntukan dari pelbagai perbelanjaan yang diperuntukan untuk kepentingan sosial dan kebajikan masyarakat. Perbelanjaan yang begitu besar akan membuka pelbagai peluang niaga kepada segelintir golongan tertentu, akhir- nya golongan ini sahaja yang mengaut kekayaan negara. Peratus kekayaan yang dimiliki oleh majoriti rakyat semakin menurun. Allah telah membuat peringatan dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermak- sud :

"Supaya harta itu (harta penduduk negeri, bandar atau desa) tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu".

Kita juga sangsi sama ada teknologi yang dibanggakan itu sebenarnya ada peluang untuk dikuasai ataupun apabila siap nanti projek tersebut, rakyat hanya berperanan sebagai pengguna sahaja, setelah sebahagian besar tanah negara tergadai? Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam Ucapan Dasarnya 'Bersiap Menghadapi Cabaran' telah memperingatkan kerajaan akibat sekiranya tidak berhati-hati dalam pelaksanaan Multimedia Koridor Raya, akan mengadaikan kedaulatan negara pada anasir Yahudi yang mempertaruhkan kawasan lebih kurang 750 kilometer persegi, sedangkan rakyat makin sukar untuk mendapatkan tanah.

Dalam era ini, rakyat menjadi semakin kerdil untuk menghadapi acaman penyebaran maklumat palsu. bahan lucah dan pengaruh barat, terutamanya Yahudi untuk kepentingan mereka. sudahlah kita begitu gawat menghadapi masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja, dengan dasar langit terbuka ini, keadaan menjadi bertambah rumit lagi. Penyebaran maklumat palsu yang masih kecil sekarang ini telah banyak mengguggat keamanan negara. Berita penangkapan ISA, Dato' Dr. Harun Din, hingga sultan yang berada di luar negarapun terpengaruh menyebabkan beliau terpaksa membuat penafian melalui akhbar. Bahan radas amali SPM tahun ini juga terdapat dalam internet. MBF Finance Bhd telah mengalami kerugian yang besar apabila sebilangan besar penyimpan-penyimpannya berebut-rebut untuk mengeluarkan wang setelah berita ketua pengerusi eksekutifnya Tan Sri Loy Hean Heng dikatakan meninggal dunia. Itu belum lagi berita-berita yang berbentuk sensasi, tuduhan-tudahan palsu dan bermacam-macam lagi.

Semalam (20 November 1997) Dr. Mahathir sendiri terpaksa membuat penafian mengenai berita bahawa beliau pitam dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Kerajaan sebenarnya masih belum mampu dan bersedia untuk menyedia- kan rakyat pada era IT ini. Walaupun dalam Belanja- waan 98, RM119 juta di- peruntukan untuk program Sekolah Bestari, Status galakan cukai yang diterima oleh syarikat MSC dipan- jangkan kepada fakulti multimedia di IPT (Intitusi Pegajian Tinggi) tempatan tapi negara kita masih lagi rendah dalam perdagangan berasakan elektronik iaitu kira-kira 10%. Ini bermakna 130,000 penduduk hanya 13,000 sahaja yang menggunakan peralatan elektronik dalam urusannya.

Walaupun harga PC menurun tetapi bil telefon telah meningikat. Manakala projek-projek Multimedia masih belum mampu dan bersedia untuk diperluaskan ke seluruh negara. Projek Pendana Literasi yang di mulakan pada tahun 1992 hanya melibatkan 60 buah sekolah di bandar sahaja, itupun masih belum memberi keputusan yang memuaskan. Begitu juga dengan Projek Jaringan Pendidikan yang melibatkan 50 buah sekolah pilihan dan Projek Jaringan Munshi hanya satu sekolah bagi satu negeri tidak menunjukkan apa-apa kesan yang boleh dibanggakan. SMKA Mulia Bestari, Rantau Abang yang digembar- gemburkan akan mempunyai hampir 250 buah komputer, masih lagi terkapar-kapar.

Walau apapun perkembangannya, kita perlulah membuat persiapan untuk menangani perubahan tersebut dengan baik dan menguntungkan perjuangan Islam. Kalaulah selama ini kita hanya tertumpu pada soal-soal remeh persekitaran kita, berbalah soal-soal yang tidak memberi apa-apa manafaat pada perjuangan parti. Sepatutnya kita perlu bersedia untuk menghadapi suatu era yang baru yang makin mencabar..... yang akan menggigit kita sekiranya kita tidak bersedia.

Tok Ayah