bentuk muka bumi kawasan tua
JEJAK INTERNET 
GEOGRAFI 
PUNCA SUNGAI 
HAKISAN SUNGAI 
PENGANGKUTAN 
SUNGAI 
PEMENDAPAN 
SUNGAI 
BENTUK MUKA BUMI
KAWASAN MUDA 
BENTUK MUKA BUMI KAWASAN DEWASA 
BENTUK MUKA BUMI KAWASAN TUA 
KEPENTINGAN KEPADA 
MANUSIA 
Halaju sungai semakin perlahan kerana sungai mengalir di dataran yang luas dan rata.

Muatan sungai bertambah kerana cawangan sungai membawa muatan ke sungai utama.

Aktiviti utama di kawasan ini adalah pemendapan.

Antara rupa bentuk sungai yang terdapat di kawasan tua ialah:

LIKU TERPENGGAL DAN TASIK LADAM

  • Hakisan bertindak terhadap likuan sungai dan membentuk cerun cekung (liku terpenggal)
  • Pemendapan pula berlaku pada likuan dalam dan membentuk cerun cembung.
  • Proses hakisan dan pemendapan yang berterusan akan menyebabkan likuan semakin menjadi jelas dan semakin yang menyerupai satu  bulatan
  • Akhirnya bahagian tersebut semakin sempit dan terpenggal dan membentuk tasik ladam.
 DATARAN BANJIR
  • Gradien yang sangat landai menyebabkan sungai mengalir dengan perlahan-lahan dan membawa bersamanya muatan yang terhakis dari peringkat muda dan dewasa sungai.
  • Pemendapan berlaku di bahagian dasar sungaii.
  • Pada waktu banjir, air sungai melimpahi tebingnya. Bahan muatan yang halus seperti lumpur halus dan bahan dalam larutan dimendakkan ke kawasan sekitar sungai dan membentuk dataran banjir
  • Contoh: dataran Sungai Ganges, Sungai Mississipi dan Sungai Chang Jiang


 TETAMBAK

  • Bahan yang lebih kasar dimendapkan oleh sungai ketika air membanjiri tebingnya.
  • Paras kedua-dua tebing sungai akan dinaikkan dan membentuk tetambak
  • Tetambak sebagai penghalang banjir  boleh wujud secara semulajadi atau buatan manusia


DELTA

  • Merupakan dataran banjir di muara sungai yang meluas ke laut.
  • Apabila sungai sampai ke laut, enapan yang masih di bawa oleh sungai membentuk sebuah kawasan aluvium berbentuk kipas  yang dipanggil delta.

 
 
 
 
 
 

.
 

 

 JEJAK INTERNET GEOGRAFI | PUNCA SUNGAI | HAKISAN SUNGAI | PENGANGKUTAN SUNGAI | PEMENDAPAN SUNGAI | BENTUK MUKA BUMI KAWASAN MUDA | BENTUK MUKA BUMI KAWASAN DEWASA | BENTUK MUKA BUMI KAWASAN TUA | KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA
 telefon: 06-2320833
Laman web ini dibina oleh:
En Azali @ Sazali Bin Rohani
Email: amirulsazali@hotmail.com
En Baharudin bin Husin
Email : bhusin@hotmail.com
Alamat sekolah :
SEK. MEN. SAINS MUZAFFAR SYAH,
AYER KEROH,
75450 MELAKA