tsearch.jpg (2382 bytes)

gergasigif.gif (9208 bytes)

Hamzah Yazit AhmadNoordinFauzi

lambangsearch.jpg (8551 bytes)earch, satu nama besar dalam industri muzik tanah air. Bermula pada tahun 1981, anggota Search sering bertukar ganti. Bagaimanapun Yazit Ahmad dan Zainal [Rampa] merupakan pengasas Search. Berbagai halangan ditempuh sebelum melahirkan album pertama, Cinta Buatan Malaysia iaitu pada tahun 1985. Bermula dari situlah Search mula mencipta nama dan mengumpul peminat. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Search ke syarikat rakaman ialah M Nasir yang sebelum itu selalu melihat persembahan mereka di Tmn Tun Dr Ismail. Meskipun mereka sudah mula mencipta nama, namun mereka tidak lepas daripada masalah yang mengakibatkan pertukaran anggota. Man Keedal meninggalkan Search kerana dia sebelum itu telah berjanji untuk sementara sahaja. Yazit juga pernah mengambil jalan keluar daripada Search tetapi kerana keadaan pada masa itu memaksanya dan digantikan oleh abangnya. Pemain Gitar berbangsa Cina, Hillary Ang. . Pemain bass, Yan juga telah digantikan oleh Nasir Daud. Walaupun album Fenomena telah meletup di pasaran dan di Indonesia, Hillary bertindak keluar. Tidak dapat dipastikan apa puncanya. Selepas itu Search telah mengadakan pelbagai ujibakat untuk mencari seorang pemain gitar yang.. Berbagai pemain gitar yang muncul tetapi tidak seorang pun daripada mereka berjaya. Namun pencarian itu berakhir apabila ia digantikan oleh Kid, adik kepada Din sendiri. Kid yang sebelum itu merupakan pemain gitar kumpulan Gersang  telah dicadangkan oleh Hillary sendiri. Selepas daripada itulah anggota Search paling lama bersama. Bagaimanapun, beberapa tahun yang lepas, Nasir mengambil jalan keluar daripada Search kerana tidak puas hati dengan Amy yang sedang dalam rangka promosi album solo keduanya. Kehilangan Nasir telah digantilan oleh seorang pemain bass yang lincah, Fauzi bekas pemain bass kumpulan Flying Colours dan pernah bersama - sama kumpulan Heavy Machine mengadakan persembahan di kelab - kelab malam.  Namun, masalah terus menghantui kumpulan ini. Fauzi hanya sempat merasai album Double Trouble II bersama Amy yang selepas itu mengambil jalan keluar untuk menjadi penyanyi solo. Pengunduran Amy dikatakan kerana tidak memberi komitmen kepada album Search. .

Kid Ketika Bersama GersangStadium Merdeka
Search terumbang ambing selepas itu, namun ia dapat diubati sedikit dengan munculnya album Bikin Wilayah  yang menampilkan Awie sebagai penyanyi jemputan untuk projek khas itu. Dalam pada itu Search juga turut mengadakan ujibakat untuk mencari vokalis yang sesuai . Sekian lama mencari, akhirnya muncul seorang pemuda, Ismail yang menghantar demo kepada Search melalui kawan Yazit. Setelah mengadakan ujibakat, mereka akhirnya mendapat keserasian untuk bersama. Setelah bertungkus lumus dengan latihan bersama vokalis baru, mereka muncul buat pertama kali depan penonton di Matahari Café di Plaza Ampang. Berbagai anggapan telah dibuat dengan suara vokalis baru ini yang pada malam itu telah menyanyikan pelbagai lagu lama Search seperti Pasti, Isi atau kulit, Langit dan bumi, Pelesit kota, Balada pemuzik jalanan, Fantasia Bulan Madu, Neo romantik, Diari Habil & Qabil, Rock n Roll Pie, Cakap Memang Murah, No Way dan banyak lagi. Ismail yang menggunakan nama Aimi hampir pasti menandatangani kontrak bersama Go Search Sdn Bhd dan BMG. Walau siapapun vokalis Search, pada saya muzik Search yang paling utama. Semoga Search terus menerajui kegemilangan muzik rock Malaysia

 

 

album warna  search  lagu kord 

band jemay  gitar