Make your own free website on Tripod.com
 

GASING

BACK

 

 

Gasing merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan penduduk kampung di Malaysia terutama sekali di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia sering dimainkan selepas selesai musim menuai setiap tahun. Gasing hanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.

 

 

 

 

 

Sebiji gasing berbentuk seperti piring dan beratnya boleh mencapai sehingga 5.5 kilogram. Untuk memusing gasing memerlukan ketangkasan dan kecekapan seorang pemain. Ketika gasing sedang berpusing, ia akan diceduk dengan menggunakan sebatang kayu pendayung yang kecil ke sebuah bekas besi yang terdapat pada penghujung sebatang tiang kayu. Gasing yang baik akan terus berpusing lebih daripada 2 jam. Menurut kepercayaan, gasing boleh berpusing melebihi 24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat.


Gasing yang bermutu diperbuat daripada kayu jenis keras yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Kayu ini akan mengambil masa berminggu-minggu untuk dikeringkan. Kayu ini kemudiannya, akan dibentuk kepada bentuk sebiji piring. Untuk memperkukuhkan lagi gasing, satu lingkaran besi akan dipasang pada bibir gasing. Sebiji gasing akan mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk disiapkan.