WAU                     BACK
 

 

 

Ya! Kita boleh menerbangkan benda ini di langit.

Ini adalah wau, ia adalah besar dan cantik. Ia adalah layang-layang malaysia. Kami memanggil benda ini wau kerana hampir sama dengan  perkataan wow dalam bahasa arab . Ada beberapa jenis wau seperti wau kuching., wau merak, wau bulan,wau kangkang,dan banyak lagi la.  Setiap wau ada perbezaannya tersendiri.......

 

Sesetengah wau serupa seperti binatang ,kamu boleh menjumpoai bentuk ikan, burung dan bentuk katak di langit . Tetapi yang paling terkenal adalah wau bulan. Wau ini dinamakan wau bulan kerana bentuk ekor nya seperti bulan sabit. Wau bulan selalunya berukuran 2.5 meter pada sayapnya dan tinggi berukrsan 3.5 meter. Di waktu yang berangin, wau ini boleh terbang setinggi 450 meter. MAS telah mengunakannya sebagai logo syarikat untuk melambangkan penguasaaan di udara

 

Permainan wau biasanya dilakukan selepas musim menuai padi kerana sawah padi adalah kawasan sesuai sebagai tempat bermain wau, permainan wau juga sering diadakan di tepi pantai. Wau direka dengan berbagai-bagai rupabentuk dengan bambu dan kertas berwarna.  

 

Permainan wau bertujuan untuk mempamerkan keindahan sesuatu wau itu. Kadangkala kaca yang telah ditumbukhancur dan dicampurkan dengan gam kanji disapu kepada benang wau untuk tujuan "merasa", memutuskan benang wau pihak lawan, kerana wau dari satu kampung berlawanan dengan wau di lain kampung yang berhampiran.