PENGENALAN

KHAZANAH ALAM CIPTAAN TUHAN

       Marilah kita sama-sama teroka khazanah alam ciptaan tuhan. Setiap sesuatu yang terdapat di alam semesta ini mempunyai peranan tersendiri mahupun yang bernyawa ataupun tidak.
  Walaupun begitu manusia yang dikurniakan akal mencerna segala isi alam semesta ini sama ada untuk tujuan yang baik atau sebaliknya. Manusia juga yang mencipta penawar dan racun. Namun semuanya itu lumrah alam. Tuhan menciptakan segalanya di alam ini berpasang-
pasangan seperti penawar lawannya racun, sakit lawannya sihat, lelaki lawannya perempuan dan sebagainya.
  Yang sihat tetap sihat tetapi yang sakit perlu dicari penawarnya. Terokailah segala isi alam ini, namun bukan semua manusia boleh mendapatkan penawarnya dengan mudah kecuali mereka yang pakar dalam mendalami erti kehidupan di laut, di hutan rimba, di gunung dan sebagainya.
  KHAZANAH ALAM  dengan rendah diri ingin mengajak anda menerokai isi alam ini agar segala kurniaan Tuhan tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Segala penawar yang diadun adalah untuk kesejahteraan  kesihatan dan kebahagiaan anda.
           Cubalah menggunakannya tanpa was-was kerana ianya dicipta khas untuk kesihatan / kesejahteraan anda dan bukannya untuk mencari keuntungan.