KHAZANAH ALAM

PERKHIDMATAN PERCUMA DARIPADA KHAZANAH ALAM

      Terima kasih kerana sudi melayari laman Khazanah Alam. Dalam ruangan ini Khazanah Alam akan memberi perkhidmatan percuma kepada anda. Perkhidmatan ini melibatkan anda sebagai manusia biasa yang pastinya tidak terlepas daripada pelbagai masalah.
         Jesteru itu sudilah kiranya anda mengikuti selanjutnya apa yang ingin Khazanah Alam berikan kepada anda. Semoga anda tidak jemu-jemu melayari ruangan ini. 
         Khazanah Alam juga mengalu-alukan penglibatan anda, kiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau perkidmatan untuk kebaikan bersama. Khazanah Alam akan mengemaskini ruangan ini sebulan sekali. Hantarkan maklumat anda melalui surat atau emel kepada :

KHAZANAH ALAM
ZOBIHAS ENTERPRISE
F.74, KG. SINTOK BUGIS
08500 KOTA KUALA MUDA
KEDAH.

EMEL : zobihas@yahoo.com

 
BOMOH PAKCIK MAT
    Kebanyakan orang kenal bila nama Pakcik Mat Jalil disebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak terkenal di kawasan sekitar dan juga di negeri-negeri berdekatan.
    Seorang yang peramah dan senang didekati oleh sesiapa sahaja. Mempunyai ilmu perubatan yang tinggi dengan menggunakan kidmat "Tok Sheihk" yang sentiasa berdamping dengannya.
     Sekiranya anda mempunyai masalah dalam menjalani kehidupan seharian sama ada masalah kesihatan anda, rumah tangga anda, keluarga anda, jiran anda atau sahabat anda, bolehlah berjumpa dengan beliau.
     Beliau boleh mengubati pelbagai penyakit dengan izin Allah. Insyaallah. Juga buatan orang, kehilangan sesuatu yang berharga dan sebagainya. Disyorkan kepada anda agar memaklumkan terlebih dahulu  dan bertanya apa yang perlu dibawa sebelum pergi ke rumah beliau. 

Di bawah ini disiarkan dua kisah yang boleh dikongsi bersama

1)  Seorang kanak-kanak yang berumur kurang lebih 6 bulan mengalami masalah saluran penghadaman yang agak kronik. Apabila minum susu kemudian tidur, susu yang ada dalam perutnya akan keluar semula. Liza (ibunya) pernah membawa anaknya ke Hospital Metro tetapi masih tidak dapat menyembuhkan penyakit anaknya.
     Lantas seorang kawan suaminya menasihatkan anak tersebut dibawa kepada bomoh Pakcik Mat. Alhamdulillah dengan izin Allah penyakit tersebut dapat disembuhkan.

2)  Anak saya sendiri yang baru lahir mengalami masalah mata sebelah kirinya bertahi. Setiap pagi tidak boleh membuka matanya, terpaksa lap dengan tuala. Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas berubat dengan bomoh Pakcik Mat, mata kirinya tidak bertahi lagi.

       Jika anda berhasrat bertemu Pakcik Mat Jalil, anda tidak perlu fikirkan tentang wang pengerasnya. Bukan RM100.00 atau RM500.00. Anda sedekahlah seikhlas hati anda. Kemudian apabila masalah anda sudah baik, jangan lupa pergi putus ubat.

       Untuk mengetahui  alamat dan nombor talipon, sila klik butang.

MAK PUAN RAHMAH PAKAR SAKIT PUAN 
      Mak Puan sebelum ini pernah bekerja sebagai bidan di hospital dan klinik. Beliau bekerja di samping mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan masalah sakit puan. Beliau juga mendapat restu dari keluarga dalam mewarisi perubatan tradisional.
      Sebarang penyakit yang berkaitan dengan sakit puan, Insyaallah dengan izin Allah, Mak Puan akan berusaha untuk mengubatinya. Banyak pasangan yang  tidak mendapat zuriat berjumpa Mak Puan. Alhamdulillah dengan izin Allah pasangan tersebut berjaya mendapatkan zuriat.

 Di bawah ini disiarkan satu kisah yang boleh dikongsi bersama.

      Sepasang suami isteri telah 3 tahun tidak mendapat zuriat selepas anak pertama mereka meninggal dunia ketika bersalin. Setelah mendapat nasihat seorang kawan yang pernah pergi mendapat rawatan dengan Mak Puan, mereka terus pergi berjumpa dengan Mak Puan. Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang ini mereka sudah mendapat zuriat.

       Jangan buang masa jika anda atau isteri anda, keluarga anda atau sahabat anda mempunyai masalah sakit puan. Segeralah berjumpa Mak Puan. Pembayaran perubatan bergantung kepada ubat yang diberikan.

Untuk mengetahui  alamat dan nombor talipon, sila klik butang.

SERI HARUM  -  MANDI WAP HERBA DAN URUT TRADISIONAL
    Ramai rakyat Malaysia hari ini memandang secara serius tentang kesihatan diri. Terdapat pelbagai jenis rawatan bagi memulihkan semula anggota tubuh yang semakin hari semakin tidak bermaya.
    Terdapat beberapa sebab yang membuatkan anggota tubuh menjadi lemah antaranya pemakanan, pekerjaan, dan alam sekitar. Janganlah terlalu bebankan anggota tubuh kerana dialah yang menggerakkan anda ke sana-sini. Berikanlah kepada anggota tubuh kerehatan, kesegaran dan kekuatan dalaman.
     Bawalah anggota tubuh Mandi Wap Herba dan jangan lupa mengurut bagi membetulkan semula urat saraf yang sudah lama dibiarkan. Tukang urut yang berpengalaman akan memberikan anggota tubuh anda menjadi segar semula.
      Jika anda berhasrat ke SERI HARUM, anda tidak perlu fikirkan tentang wang belanjanya. Anda gunakan anggota tubuh untuk mencari wang, tidak salah gunakan sedikit daripada wang itu untuk kesihatan anggota tubuh anda.

Untuk mengetahui  alamat dan nombor talipon, sila klik butang.

COSMETIK TRADISIONAL
    Menggunakan bahan-bahan herba tradisional. Memang berkesan dan tiada meninggalkan sebarang masalah selepas menggunakannya. Rawatan untuk golongan wanita dan lelaki yang bermasalah. Antara rawatan yang disediakan :
# Untuk wanita - Rawatan muka / merampingkan badan / rawatan muka berjerawat  dan juga
                          rawatan dalaman.
# Untuk lelaki - Rawatan tenaga dalaman / ransangan seks dan lain-lain.

Untuk mengetahui  alamat dan nombor talipon, sila klik butang.

GERAI MAKANAN PANTAI MERDEKA
     Jika anda ke Pantai Merdeka membawa keluarga atau kawan-kawan atau murid-murid sekolah untuk tujuan riadah, tentu tercari-cari di manakah gerai yang sesuai untuk makan minum. Atau ingin membuat tempahan makanan dan minuman, jangan lupa ada gerai yang boleh memberi perkhidmatan kepada anda.
      Anda boleh membuat tempahan makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan. Sudah ramai yang ke Pantai Merdeka menggunakan perkhidmatan gerai tersebut. Bukan itu sahaja malah Sekolah Politeknik dan LKIM seringkali mendapatkan perkhimatan gerai tersebut.
      Jika anda juga bercadang hendak menggunakan perkhidmatan gerai tersebut, cubalah dulu masakan di situ dan bandingkan harganya dengan gerai-gerai lain.
Untuk mengetahui  alamat dan nombor talipon, sila klik butang.

TAWAKKAL BENGKEL BESI
       Memberi perkhidmatan kepada anda yang bakal menduduki rumah baru atau rumah yang sedia ada. Menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti senarai di bawah dengan harga yang berpatutan :
# General contractor
# Bengkel kimpalan
# Pintu pagar besi
# Pemasangan pelbagai jenis bumbung / bumbung bocor
# Tukang paip
# Pendawaian letrik
# Tukang cat
# Fiber gelas
# Lori sewa
# Kabinet dapur
# Kerja tukang rumah

Untuk mengetahui  alamat dan nombor talipon, sila klik butang.

PA ROTI JALA
     Pa Roti Jala memang terkenal di kawasan Sungai Petani. Perkhidmatan yang diberikan bukan sekadar untuk tempahan pada bulan puasa sahaja, malah pada bila-bila masa. 
     Sedia menerima tempahan untuk More Ramadhan, majlis keraian dan lain-lain. Harga yang berpatutan. 
      Tempahlah sekarang.....

Untuk mengetahui  alamat dan nombor talipon, sila klik butang.