UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


 
 
 

Ketua Unit B&K
Tn Hj Kamaruzzaman b Jalaludin

 

AHLI - AHLI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ketua Unit : Hj. Kamaruzzaman Jalaludin B.A.Hons., Dip.
Pend., Dip. Kaunseling, M.Ed. Kaunseling(Mal.)

Timbalan Ketua Unit : Abd. Malik Mat, Sijil Guru, Sijil Guru Khas,
B.Ed. Bim. & Kaunseling, M.Ed. Kaunseling (Mal.)
 

Pensyarah :

Mhanogaran Arujunan, Sijil Guru, B. Ed. Bim.
& Kaunseling, M.Ed. Bim. & kaunseling (Mal.)

Razmi Ab. Majid, Sijil Guru, B.Ed. Bim. &
Kaunseling, M.Sc. Management (Mal.)

Zaiton Babjan, B.A.Hons., M.Sc. Counseling(Illinois).

Hj. Saboo Hj. Musa, Sijil Guru, Sijil Guru Khas, Dip. Pend. Khas, Dip.Ed. Administration(Birmingham), B.Ed. Bim. & Kaunseling (Mal.)

Mohd. Salleh Mohamad, Sijil Guru, Sijil Guru Khas, B. Ed. Bim. &Kaunseling (Mal.)

Hj. Abd. Malik Salleh, Sijil Guru, Sijil Guru Khas, B.Ed. Bim. &Kaunseling (Mal.)

Othman Hj. Abd. Karim, Sijil Guru, B.Ed. Bim.& Kaunseling (Mal.)

Ali Hamid, Sijil Guru, Sijil Guru Khas, B. Ed. Bim. & kaunseling(Mal.)

Mohd. Fadzil Jamaluddin, Sijil Guru, Sijil Guru Khas, B.Ed. Bim. &Kaunseling (Mal.)
 

               MAKLUMAT AM

 

 
           1.  Melatih guru-guru dan kakitangan awam dan swasta dalam bidangbimbingan dan
                kaunseling.

  2.   Khas dan Kursus Diploma Perguruan dan lain-lainkursus profesional dalam  bidang
        bimbingan dan kaunseling.

 

   3.  Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan pengajarandan pembelajaran serta
        bimbingan dan kaunselingdi semua peringkat sekolah, sektor awam dan swasta.

 

    4. Menyumbangkan tenaga, nasihat dan kepakaran kepadaagensi-agensi kerajaan dan
        swasta serta masyarakatdari segi meningkatkan mutu kerja dan kehidupan.

 

     5. Memberi khidmat konsultasi dan kaunseling dalambidang perhubungan
         kemanusiaan dan organisasi.

 

Kewujudan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling (JBK) adalah hasil perpindahandaripada Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada Julai 1990. Padamulanya, Jabatan ini dikendalikan oleh dua orang pensyarah sepenuh masadan dua orang pensyarah sambilan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.Pelajar sulong JBK adalah dua kumpulan peserta kursus Perguruan Khas SatuTahun (KSPK) dan satu kumpulan peserta Kursus dalam Perkhidmatan Enam Bulan(KDP 6 bulan).

Mulai Julai 1991, KDP 6 bulan telah digantikan dengan KDP 14 minggu.Bilangan peserta kursus semakin meningkat, dan merupakan jumlah pesertakursus yang terbanyak berbanding dengan institut / maktab lain. Mulai Julai1996 status KSPK telah dinaikkan kepada Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK).Langkah ini merupakan satu pengiktirafan dalam bidang ini di mana pesertakursus mempunyai peluang yang luas untuk melanjutkan pengajian ke UPM,UKM atau UPSI.

Peranan Unit tidak terhad kepada pengajaran dan latihan kaunselor sahaja.Ia memberi sumbangan dalam bidang penasihatan dan perundingan kepada BahagianPendidikan Guru, organisasi-organisasi kerajaan tempatan dan swasta melaluiperkhidmatan ahli-ahli Unit secara individu dan kumpulan.
Penyelidikan merupakan satu kegiatan yang penting bagi staf akademikUnit Bimbingan dan Kaunseling. Selain daripada penyelidikan yang dikendalikanoleh peserta kursus di Unit, semua ahli Unit terlibat dalam berbagai jenispenyelidikan yang dibiayai Institut sendiri dan Bahagian Pendidikan Guru.

Unit juga terlibat secara langsung dalam bidang penerbitan. Selain daripadarencana yang dihasilkan oleh staf Unit sendiri, Unit menerbitkan JurnalUnit Bimbingan dan Kaunseling.
 
 

PROGRAM / KURSUS YANG DITAWARKAN
 

Unit Bimbingan dan Kaunseling menawarkan program/ kursus seperti berikut:

 
        Kursus dalam Perkhidmatan14 minggu (BimbingandanKaunseling).
        Kursus Diploma PerguruanKhas Satu tahun (Bimbingan dan Kaunseling).

KURSUS-KURSUS PROFESIONALYANG DITAWARKANUNTUK PENTADBIR, GURU, STAF DAN PELAJAR

    1. Team Building.
    2. Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA).
    3. Latihan Asertif.
    4. Kepimpinan Dalam Pengurusan.
    5. Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi.
    6. Pengurusan Menangani Konflik.
    7. Pengurusan Personelia.
    8. Kemahiran Asas Kaunseling.
    9. Motivasi Ke Arah Perubahan.
    10. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif
    11. Kerjaya: Raeliti dan Fantasi.
    12. Kaunseling Klienikal Individu dan Kelompok.
    13. Asas Mentoring.
    14. Kaunseling Merentas Kurikulum.
    15. Fasilitating Skill.
    16. Persediaan Menghadapi Persaraan.
    17. Pengurusan Tekanan.
    18. Peningkatan Produktiviti.
    19. Total Quality Management.
    20. Teknik Pengajaran Berkesan.

 PAKEJ PEMBANGUNAN KERJAYA PELAJAR 

              1.Mengenal PersonalitiDiri.
     
              2.KemahiranTemuduga.

      3. Pemilihan Kerjaya.

      4. Penyesuaian Akademik Ke Arah Kerjaya.

      5. Pemantapan Diri Ke Arah Kerjaya Cemerlang.

      6. Pembimbing Rakan Sebaya. 

PAKEJ KEMAHIRAN BELAJAR

       

      1. Kemahiran Mendengar.

      2. Kemahiran Membaca.

      3. Kemahiran Mengurus Nota.

      4. Kemahiran Mengingat.

      5. Kemahiran Mengurus Masa.

      6. Kemahiran Belajar Dalam Kumpulan.

      7. Pengurusan Menghadapi Peperiksaan.

      8. Pengurusan Pemantapan Diri. PAKEJ KEKELUARGAAN

       

      1. Keibubapaan.

      2. Komunikasi Dalam Keluarga.

     
               3. PengurusanTekanan Dalam Keluarga.

               4.KeluargaBahagia.
     

5. Pengurusan Rumahtangga.

   

 PAKEJ PERKHEMAHAN. (3 hari 2 malam) 

    1. Kem Kaunseling.
    2. Kem Kepimpinan Pelajar.
    3. Kem Keluarga Bahagia.
    4. Kem Kecemerlangan Diri.

 

 

Tempahan dan maklumatlanjut sila hubungi

Hj. KamaruzzamanBin Jalaludin IPDA.

 
 

[BALIK]
 
 KURSUS DIPLOMA PERGURUANKHASBIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

 

STRUKTUR SEMESTER 1 DAN 2

 

 

1M

8M

2M

7M

1M

2M

PD

INTERAKSI

CUTI

INTERAKSI

PD

PEP

 

 

Petunjuk:

 

PD = Penyuburan Diri

PEP = Peperiksaan

M = Minggu

 

 

 Struktur dan Komponen KDPK SEMESTER 1 (19 MINGGU) 

KOMPONEN Jam Jam 4 Minggu Jumlah

Kredit Interaksi Jam

(15 Minggu) 

A. ASAS DINAMIKA GURU

  1. Teknologi Maklumat 3 3 x 15 45
  2. KBKK 2 2 x 15 30
  3. Bahasa Malaysia Kini 2 2 x 15 30

 

Jumlah A 7 105 105

 

B. PENGETAHUAN& KETRAMPILAN
 

(a) Akademik

i. Falsafah dan Pendekatan Bim. & Kaunseling 3 3 x 15 45

ii. Teori-teori Kaunseling & Psikoterapi 3 3 x 15 45

iii.Maklumat Perembangan & kaunseling Kerjaya 3 3 x 15 45

(b) Profesional

i. Makmal Kaunseling Ind. 7 7 x 15 105

 

Jumlah B 16 235 235

 

  1. Projek Khas 2 2 x 15 30

 

  1. Penyuburan Diri 25 x 2M 50

 

E. Peperiksaan 2 M

Jumlah Besar 24 370 4 M 420  [BALIK] Struktur dan Komponen KDPK SEMESTER II (19 MINGGU)

KOMPONEN Jam Jam 4 Minggu Jumlah

Kredit Interaksi Jam (15 Minggu) 

A. ASAS DINAMIKA GURU

  1. Tamadun Islam 3 3 x 15 45
  2. Bahasa Inggeris 2 2 x 15 30
  3. Pengurusan GERKO 2 2 x 15 30

 

Jumlah A 6 90 90

B. PENGETAHUAN & KETRAMPILAN

 

(a) Akademik

i. Kaunseling Pelbagai Budaya 3 3 x 15 45

ii. Bimbingan Kemahiran Pembelajaran 3 3 x 15 45

iii. Pentadbiran Organisasi & Personal Murid 3 3 x 15 45

 

(b) Profesional

i. Kaunseling Kelompok 3 3 x 15 45

ii. Praktikum Kaunseling 3 3 x 15 45

 

Jumlah B 15 225 225

 

C. Projek Khas 2 2 x 15 30

 

  1. Penyuburan Diri 25 x 2 M 50

 

E. Peperiksaan 2 M

 

Jumlah Besar 23 405 4 M 455

 

 

 

RINGKASAN SUBJEK-SUBJEK YANGDITAWARKAN

 

 

BK 1313 : FALSAFAH DAN PENDEKATAN DALAMBIMBINGAN
                 DAN KAUNSELING

 

 

Subjek ini merupakan subjek yang asas dalam bidang bimbingan dan kaunselingyang mesti diketahui oleh peserta kerana melului proses pengajaran danpembelajaran bakal kaunselor akan memahami disiplin bimbingan dan kaunselingdari aspek prinsip, bidang bentuk perkhidmatan dan perlaksanaannya.

 

Subjek Falsafah dan Pendekatan dalam Pendekatan dalam Bimbingan danKaunseling mempunyai lapan tajuk utama yang perlu dikuasai oleh pesertakursus, iaitu:-

      1. Falsafah asas bimbingan dan kaunseling
      2. Tokoh-tokoh dalam bimbingan dan kaunseling
      3. Pelbagai pendekatan di fdalam bimbingan dan kaunseling
      4. Bimbingan dan Kaunseling sebagai suatu disiplin ilmu.
      5. Perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan di sekolah.
      6. Rasional bimbingan dalam pendidikan
      7. Proses kaunseling
      8. Penilaian dan penyelidikan dalam bimbingan dan kaunseling

 

Penilaian berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan.

 

 

BK 1323: TEORI-TEORI KAUNSELING DANPSIKOTERAPI

 

Subjek ini bertujuan untuk memperkenalkan teori-teori utama dalam bidangkaunseling. Subjek ini akan membuat tinjauan secara umum dan memberi penekanankhusus kepada teori-teori yang spesifik, iaitu psikoanalisis, eksistensial,pemusatan klien, gestalt, tingkahlaku, rasional emotif dan analisis transaksional.
 

Di sepanjang subjek ini beberapa teknik kaunseling yang berkaitan denganteori tertentu akan dibincangkan. Di samping itu, konsep-konsep yang mempunyaipersamaan antara teori-teori yang menggunakan istilah berlainan akan dikenalpasti.

 

Penilaian berdasarkan tugasan dan peperiksaan.

 

 BK 1333: MAKLUMAT, PERKEMBANGANDAN KAUNSELING KERJAYA

 

Matlamat utama kursus ini adalah untuk membantu peserta kursus memahamihubungan antara individu dan dunia kerjaya kini. Penekanan akan diberikankepada mengkaji teori-teori pemilihan kerjaya; mengkaji dan menilai penyelidikandan jurnal-jurnal yang berkaitan; mengkaji faktor psikologi dan sosiologiyang mempengaruhi individu dan kerjayanya; mengkaji cara mendapat maklumatkerjaya; membincangkan peranan kaunselor dalam usaha membantu klien membuatkeputusan pemilihan kerjaya; meneliti pendekatan-pendekatan yang digunakandalam kaunseling dan membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.

 

Penilaian subjek ini adalah berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan.

 

 

BK 1343: MAKMAL KAUNSELING INDIVIDU

 

Makmal kaunseling individu adalah subjek teras bagi kursus ini yangmementingkan pengetahuan dan kemahiran di samping mencabar ketekunan dankesabaran bakal kaunselor. Diharap bakal kaunselor dapat memahami fungsikaunseling sebagai khidmat menolong, menolong klien meneroka, memahamidan mengesan masalah, mengenalpasti dan menggunakan kemahiran merancang,membentuk, melaksana dan menilai strategi kaunseling dalam usaha membantuklien.

 
Bakal kaunselor juga perlu menghayati hubungan dan adunan falsafah,teoridan struktur proses serta membentuk gaya kaunseling dan ciri-ciri peribadiyang sesuai dengan profesion kaunseling.

 Subjek ini tidak ada peperiksaan. Penilaian dibuat melalui makmalberdasarkan kemahiran dan kecekapan peserta sebagai kaunselor dan klien.Peserta juga akan diminta menyiapkan kerja kursus .

 

JF 1302: PROJEK KHAS

 

Subjek ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenaihal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan projek ilmiah. Peserta juga didedahkankepada aspek-aspek penyelidikan.

 

Pada dasarnya, subjek ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu projekkhas individu dan projek khas kumpulan. Dalam projek khas individu, pesertadiminta memilih sama ada membuat satu kajian penyelidikan ilmiah atau satuprojek dalam bentuk pita rakaman, penulisan modul atau kit pengajaran /ceramah. Projek khas kumpulan lebih berbentuk projek kumpulan seperti seminar,konferensi, lawatan atau pameran.

 

Penilaian adalah berdasarkan kepada pengurusan portfolio, proses danhasilan projek.

 

 

BK 2313: KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

 

Melalui subjek ini, peserta kursus dapat mengetahui pelbagai kelompoketnik di Malaysia; memahami bagaimana budaya mempengaruhi kaunseling danmembuat analisis tentang kessuaian pelbagai teori kaunseling dan psikoterapiuntuk masyarakat Malaysia.
 

 
Tajuk-tajuk kuliah / perbincangan akan merangkumi tiga bidang penting:

  1. Pengkajian terhadap beberapa kelompok etnik yang terdapat di Malaysia;
  2. Kesesuaian pelbagai teori kaunseling dan psikoterapi di kalangan masyarakat

  3. Malaysia dan

  4. Ciri-ciri kaunselor pelbagai budaya.

 

Penilaian subjek ini adalah berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan.

 

 

BK 2323: BIMBINGAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN

 

Kursus ini meliputi semua aspek faktor-faktor yang mempengaruhi prestasiakademik dan komponen kemahiran belajar. Antara faktor-faktor yang dibincangkanadalah seperti faktor baka, keluarga, kesihatan, perkhidmatan kaunselingdan persekitaran. Bagi komponen kemahiran belajar, peserta akan didedahkanberkaitan teknik dan kemahiran mendengar, membaca, mengingat, pengurusannota, pengurusan masa, pengurusan tekanan dan persediaan menghadapi peperiksaan.

 

Adalah diharapkan di akhir kursus ini, peserta boleh menguasai pelbagaikemahiran belajar, mampu untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran tersebutdi kalangan pelajar sekolah dan membantu meningkatkan profesionalisme diri.

 

Penilaian adalah berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan.

 

 

BK 2333: PENTADBIRAN ORGANISASI PERSONELMURID

 

Subjek ini bertujuan untuk mendedahkan peserta-peserta kursus kepadacara-cara menguruskan pelajar agar pelajar menjadi insan yang seimbangselaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 Tajuk-tajuk yang akan dikaji dengan lebih mendalam ialah: peranandan fungsi asas sekolah; sistem pendidikan di Malaysia dan kesannya keatas pelajar; proses perkembangan manusia; kehidupan, keperluandan masalpelajar; pentadbiran dan organisasi personel pelajar dan perkhidmatan personelmurid.

 

Penilaian berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan.

 

 

BK 2343: KAUNSELING KELOMPOK

 

Kursus ini akan cuba menganalisa peranan dan fungsi prosedur kelompokdengan memberi tekanan kepada elemen-elemen dalam proses dan interaksikelompok. Matlamat utama subjek ini ialah untuk memberikan pengetahuanasas yang boleh digunakan oleh pelajar untuk dijadikan dasar bagi membinapendekatannya tersendiri dalam mengendalikan kaunseling berkelompok. Aspek-aspekyang akan disentuh dalam subjek ini meliputi teori-teori kaunseling kelompok,penubuhan dan perkembangan kelompok, kepimpinan kelompok, keahlian kelompok,matlamat kelompok dan jenis-jenis kelompok. Pengalaman praktikal yang terhaddalam mengendalikan kaunseling kelompok akan diberikan dalam subjek ini.

 

Penilaian adalah berdasarkan tugasan dan praktikal kaunseling kelompok.

 

 STRUKTUR KURSUS DALAMPERKHIDMATAN 14 MINGGU  

AMBILAN JANUARI / JULAI

 

 6 M 

 1 M

 1 M

 5 M + 3 H

 2 H

 8 M

I CS / CM (ROPB) I PEP PK

 

 Petunjuk:

 

I = Interaksi

CM = Cuti maktab

CS = Cuti sekolah

PEP = Peperiksaan

M = Minggu

PK = Praktikum

ROPB = Rancangan Orientasi Perkhidmatan Bimbingan
 
 
 

RINGKASAN KANDUNGAN DAN PERUNTUKAN MASA
KDP 14 MINGGU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Komponen Kursus

Minggu

Jam Kredit

Jumlah Jam

 
  1. BIDANG TERAS 

 

  1. Dinamika Guru

- Kemahiran Belajar 

- Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif 

 

  1. Penyuburan Diri

- Kem Kaunseling

 (2)    

 (4)   2 2

 56   28 28

 

  1. SUBJEK TERAS

 

  1. Falsafah dan Teori Kaunseling
  2. Bidang perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
  3. Proses dan Makmal Pengendalian Kaunseling
  4. Pengurusan Perkhidmatan Bim. & Kaunseling

 (9)

 (16) 3274

 (224) 42289856

 
  1. Pengayaan

 

  1. Perkhidmatan Pengembangan
  2. Perkhidmatan pembimbing Rakan Sebaya
  3. Seminar Ikhtisas

4. Projek Khas / Penyelidikan

 (1)

 (2)

 (28) 

  
  1. Penilaian

 

  1. Kerja Kursus (60%)

 

  1. Praktikum

 

 

  1. Penilaian berterusan
  2. Kerja kursus
  3. Rancangan Orientasi Perkhid. Bimbingan

 

2. Peperiksaan (40%)

     8(selepas kursus)   2 (cuti)

     *(6)     2

           28

 JUMLAH

 14

 *24

 336

 

 

 

RINGKASAN SUBJEK-SUBJEK YANG DITAWARKAN

 

FALSAFAH DAN TEORI KAUNSELING

 

Melalui subjek ini peserta kursus dapat memahami konsep, sejarah danprinsip

serta dapat menguasai dan mengaplikasikan teori-teori kaunseling dalamperkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

 Di antara tajuk yang akan dibincangkan ialah: falsafah dan asasbimbingan dan kaunseling termasuk definisi, sejarah tujuan dan prinsip,rasional dan etika dan teori-teori kaunseling termasuk psikoanalisis, tingkahlaku,humanistik, kognitif dan Islam.

 

Penilaian berdasarkan tugasan dan ujian .

 

 

BIDANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Tujuan kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dalam bidang-bidangperkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berbeza, di samping mendalamisetiap bidang perkhidmatan yang perlu dilaksanakan.

 Kandungan kursus meliputi bahagian akademik, kerjaya, psikososial,keibubapaan dan kemalut masyarakat pelajar.

 

Penilaian berdasarkan tugasan dan ujian atau kuiz.

 

PROSES DAN MAKMAL PENGENDALIANKAUNSELING

 

Salah satu subjek penting bagi KDP 14 minggu memerlukan pengetahuandan kemahiran di samping mencabar ketekunan dan kesabaran bakal kaunselor.Diharap bakal kaunselor memahami fungsi kaunseling sebagai khidmat menolong,mengetahui peranan kaunselor, menolong klien meneroka, memahami dan mengesanmasalah, mengenalpasti dan menggunakan kemahiran merancang, membentuk,melaksana dan menilai strategi-strategi kaunseling dalam usaha membantuklien.

 

Subjek ini memerlukan peserta kursus menghayati hubungan dan adunanantara falsafah, teori dan struktur proses serta membentuk gaya kaunselingdan ciri-ciri peribadi yang sesuai dengan profesion kaunseling.

 

Peserta dinilai melalui kerja kursus dan ujian. Setiap peserta dimintamenjalani amali sebagai kaunselor dan klien. Subjek ini bertujuan untukmemberi pendedahan kepada elemen-elemen dalam pengurusan program perkhidmatanbimbingan dan kaunseling di sekolah. Peserta kursus diharapkan dapat mengetahuicara-cara mengumpul maklumat tentang keperluan atau masalah pelajar sekolah,merancang dan melaksanakan program tahunan serta menilai keberkesanan programperkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

 

Tajuk-tajuk dalam subjek ini termasuklah penilaian keperluan murid;perancangan program bimbingan dan kaunseling; perlaksanaan program bimbingandan kaunseling dan penilaian program bimbingan dan kaunseling.

 

Penilaian kursus ini adalah berbentuk kerja kursus dan peperiksaan.

 

 Kami berjanji untuk memastikanpelanggan kamimendapat kemahiran, kepakarandanperkhidmatan bimbingandan kaunselingmelalui pendekatan terkini.Kami membantu pelanggankamimencapai kecemerlanganakademikdan profesionnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
[back]