Ketua Unit Prasekolah
          Pn Sharifah Izhar bt Syed Ahmad 
 
 
PENGENALAN
 

Wawasan pendidikan negara menjurus untuk melahirkan guru yang bertaraf dunia dn bestari.Oleh itu kurikulum Pengajian Prasekolah ini digubal untuk menyediakan guru prasekolah yang profesional dan berketrampilan bagi menyahut cabaran tersebut.Di samping pemupukan nilai-nilai murni, insan guru yang dilatih perlu beranjak ke arah guru yang mengamalkan budaya berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif,serta berliterasi teknologi.Dengan itu guru-guru yang dilatih akan dapat melahirkan generasi yang mampu menempuh cabaran dunia global dan era teknologi maklumat.

RASIONAL

Kanak-kanak merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dicema supaya menjadi warganegara yang dapat mendukung wawasan negara.Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mendapat pendidikan diperingkat prasekolah.
Kegagalan menyediakan peluang  pendidikan dan memperkembangkan potensi mereka sudah pasti merugikan dan memjejaskan masa depan negara.

MATLAMAT

Sukatan Pelajaran Pengajian Prasekolah digubal untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) mempunyai matlamat bagi melahirkan guru-guru prasekolah yang:
 

OBJEKTIF
    1.     menghayati Falsahah Pendidikan Negara dan hubungkaitnya dengan
           Matlamat Pendidikan Prasekolah
    2.    memahami prinsip dan proses pertumbuhan dan perkembangan
           kanak-kanak prasekolah serta kaitannya dengan proses pengajaran dan
           pembelajaran
    3.    menguasai kemahiran,pendekatan,strategi,kaedah dan teknik dalam
           Pendidikan Prasekolah berteraskan bermain sambil belajar
    4.    mengelola dan mengendalikan program dan aktiviti prasekolah selaras
           dengan keperluan kanak-kanak dan persekitaran pembelajaran mereka
    5.    memainkan peranan sebagai penghubung antara sekolah dan rumah
           dengan berkesan
    6.    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Prasekolah dan
           menyediakan kanak-kanak ke Tahap 1 sekolah rendah
    7.    membentuk insan guru yang bestari,profesional dan berketrampilan
           menggunakan teknologi maklumat
    8.    mengamalkan budaya berfikir secara global,proaktif,reflektif,kreatif
           dan inovatif
    9.    mempraktikkan budaya kerja secara kolaboratif dan kooperatif
 
  STRATEGI PELAKSANAAN KURSUS
    PENGAJIAN PRASEKOLAH.

  Dalam menyediakan guru prasekolah bestari peranan pensyarah adalah sebagai "pembimbing di sisi " dan bukan sebagai " pendeta di atas pentas "

Para pensyarah digalakkan mengguna strategi pengajaran dan pembelajaran berikut untuk memyampaikan kandungan kursus:
 

Selain itu,disarankan juga strategi pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara bersepadu dan berfokus kepada pelajar berdasarkan :
   
 
    KETUA UNIT                :    PUAN SHARIFFAH IZHAR BT SYED AHMAD.
 
PEN. KETUA UNIT       :    PUAN HJH.RAHMAH BT HANAFI.
 
 
PENGURUSAN TADIKA
 
GURU TADIKA                :    PUAN HJH.SALEHAH BT YUSUF.
PEM. TADIKA (PRA)     :    PUAN ZAINAB BT AHMAD.
 
 
 
 
 
 
[back]