Haji Mabrur

Kisah ini diceritakan oleh Abu Abdullah Al-Jauhari r.a. Kisah ini berlaku pada musim haji pada satu tahun iaitu ketika para jemaah haji sedang berkumpul di padang Arafah.Ketika para jemaah haji sedang bersiap sedia untuk ke Muzdalifah pada ketika itu hari sudah mulai malam. Semasa Abu Abdullah sedang berehat, tiba-tiba dia terlena.

Pada masa itu dia bermimpi dua malaikat turun ke bumi dan salah satu daripada malaikat itu berkata "Berapa ramaikan jemaah haji pada tahun ini" Jawab malaikat satu lagi "Enam ratus ribu" Malaikat pertama berkata "Enam ratus ribu?, tetapi sayang hanya enam orang sahaja yang diterima oleh Allah kerana telah mendapat haji mabrur" Mendengar kata-kata malaikat tersebut Abu Abdullah menampar-nampar muka kerana khuatir bahawa dia tidak termasuk dalam kumpulan enam orang itu.

Malailat pertama berkata "Apa yang terjadi dengan yang selebihnya" Malaikat kedua berkata bahawa Allah Maha Pengasih dan sudah pasti tidak mensia-siakan mereka" Malaikat pertama berkata bahawa Allah telah menerima mereka disebabkan enam orang telah mendapat haji mabrur, setiap seorang boleh mengampun satu ratus ribu orang" sambut malaikat kedua "Ini bermakna enam orang boleh mengampunkan seramai enam ratus ribu".

Abu Abdullah merasa lega mendengar penjelasan malaikat itu dan kini fahamlah dia bahawa dia telah termasuk dalam kumpulan ramai yang telah diterima haji mereka disebabkan enam orang yang telah mendapat haji mabrur.

[Home][Kisah Nabi-Nabi][Kisah Para Sahabat][Kisah Para Wali][Cerita Nasihat/Teladan]
[Cerita Rakyat/Dongeng][Mengenai Halaman][Link][E-mail][Indek][Maklum Balas]