Pahala Membantu Tetangga
Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil
Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu
berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari
Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya
sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia
dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama
Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Ketika diketuknya pintunya,
keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau
lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku.
Lalu beliau menceritakan bahawa dia memperolehi wang secara tiba-tiba
sebanyak tiga ratus diirham dari pekerjaannya membuat dan menampal sepatu, lalau
beliau berniat haji pada tahun ini sedang isterinya pula hamil. Suatu hari
isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku
pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku
itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku
sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk
mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku
potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi
kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang
tiga ratus dirham dan kuserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya
membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya
itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang
dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak
yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila
kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa
aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila
mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata
engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."