3. Rencong
Aceh
Walaupun mempunyai
persamaan dengan Tumbuk Lada, tetapi perbezaan pada rekabentuk tajam pada
hulu dan sarungnya.
Ianya berasal dari Aceh, Sumetera Utara. Seperti juga keris dalam negeri-negeri
Melayu, Rencong Aceh merupakan sebahagian daripada pakaian adat istiadat
Aceh.
Panjang bilah
matanya di antara 8 1/2 inci dan sembilan inci. Lebarnya pula di antara
3/4 inci ke 1 inci. Pada bahagian tengah bilah mata Rencong diukir kalimah
"Allahu Akbar" daripada perak, yang berbentuk melengkung, memanjang dari
pangkal ke hujung mata rencong.
Sarungnya pula diperbuat daripada kayu teras hitam. Hulunya samada
daripada kayu atau tanduk yang bengkok, pada tapak hulunya iaitu bahagian
penyambungan antara mata dan hulu dimasukkan gelang tembaga. Pada
hujung sarung kebiasaannya dihiaskan dengan cebisan gading dan tengah sarung
pula dihiaskan dengan gelungan dawai tembaga.
LAIN-LAIN SENJATA:
1. Tumbuk
Lada
2. Sewar
4. Rencong
Aceh (dipakai wanita)
5. Badik
6. Badik
Tampang Teruna
7. Buku
Lima |