Selamat Tahun Baru!

Sempena Tahun Baru 1999, marilah kita merenung kembali apa yang telah kita lakukan dalam tahun lepas 1998 dan berazam sebagaimana biasa. Mudah-mudahanAllah akan mengampuni dosa kita serta memaafkan kelalaian kita. Kita berazamkali ini untuk melebihkan kerja-kerja berfaedah dalam hidup kita seperti:

  1. Mengusung tikar sejadah ke mana saja kita pergi dalam menyahut seruan Allah, dan tidak lagi mengusung tilam pagi-pagi ke mahkamah.
  2. Menyampaikan satu dua ayat-ayat Allah dengan memulakan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan seterusnya masyarakat, dan tidak lagi membuat fitnah dalam keluarga, di kalangan sahabat dan masyarakat secara berpakat-pakat.
  3. Berkata benar kepada sesiapa sahaja bermula dari rumah, dan tidak akan berdusta lagi dalam mahkamah.
  4. Menutup aurat dengan pakaian sopan sebagaimana syariat Islam, agar tidak lagi dicap sebagai perempuan 'glamour' dengan pakaian yang didorongi (nafsu) syaitan.
  5. Menganggap pandangan dan kritikan terhadap diri kita sebagai sesuatu yang membina, dan bukan lagi angkuh dengan pandangan dan kritikan yang diterima sebagai penentangan dari musuh negara.
  6. Mencintai negara kita dan kedaulatan perlembagaannya sebagaimana kewajipan sebagai rakyat, dan bukannya mencabulnya dengan secara meliwat.
  7. Hanya menyuruh orang lain menghormati keputusan-keputusan yang kita buat,dan tidak lagi meliwat keputusan yang telah rakyat buat.
  8. Mencuba hidup dalam kandang susah, bukan lagi bangga dalam kandang mewah.
  9. Mengira-ngira dosa yang buat, dan bukannya puasa tapi"ngelat".
  10. Mencuba hidup sebagai rakyat biasa, dan tidak lagi disanjung sebagai wira negara.
  11. Mengira-ngira amalan baik untuk persediaan di akhirat, dan bukan lagi fitnah untuk kepentingan suku sakat.
  12. Mencintai negara sebagaimana kempen kita laungkan, dan bukannya menjualnegara kepada tetangga kita secara 'longgokan'.
  13. Ikhlas dalam amanah dan tanggungjawab kita sehari-hari, dan tidak lagimenunjuk-nunjuk amalan yang kita buat depan tv.
  14. Menangis sebagai kecintaan kita di hadapan Allah secara sembunyi, dan bukan lagi menangis berpura-pura dalam perhimpunan agong di depan perwakilan mengharap undi.
  15. Melakukan sesuatu untuk memulihkan ekonomi rakyat yang disebabkan kesilapan kita, dan bukannya menyuruh rakyat memperbaiki ekonomi suku sakat kita.
  16. Hidup mempercayai apa yang kita lihat, dan tidak lagi memaksa sesuatu yang kita tidak suka lihat.
  17. Merenung nasib kita dalam pilihanraya kali ini, dan bukan lagi 'berhariraya' dengan suku sakat dan kroni-kroni.

SELAMAT TAHUN BARU

Mr Canggih

Insan Kerdil Rakyat Biasa

P/s ini dah kes reformasi ni…. Jembalang