ASP Zul Aznam hari ini menggamatkan Mahkamah dengan mendedahkan bahawa Azizan memang pernah mengaku bahawa beliau diupah dan bdibayar untuk membuat pengakuan palsu kononnya beliau pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Ini mengesahkan dan menguatkan lagi "teori konspirasi" yang cuba ditutup oleh Hakim Paul dan Pendakwaraya. Harus diingati bahawa ASP Zul merupakan seorang anggota polis dan beliau boleh sahaja turut terlibat dalam konspirasi bersama rakan-rakan polisnya yang lain dan mendapat habuan berupa wang ringgit yang lumayan. Lebhi-lebih lagi di saat-saat sebgeini di mana Anwar tidak boleh berbuat apa-apa terhadap beliau jika beliau berbohong dan mengkhianati Anwar.Namun, beliau bukan polis sebarangan tetapi seorang yang jujur, amanah dan tidak sanggup mengkhianati orang lain.Beliau hanya menceritakan perkara sebenar yang tiada orang lain mendengarnya selain dari Amir Junus dan Azizan dan ALlah swt. Anwar sendiri tidak mendengar perbualan dalam kereta itu. Amir Junus yang mungkin turut sama mendengar perkara itu ternyata tidak sanggup untuk bercakap benar.
Anwar turut menjelaskan bahawa tiada sebarang faedah yang diperolehi dari surat penafian Ummi dan Azizan pertama kerana beliau sememangnya dari awal lagi tidak melakukan kejahatan itu oleh itu surat tersebut hanyalah mengembalikan beliau ke tempat asal sahaja. Kedua, cadangan untuk membuat surat tersebut juga bukannya datang dari beliau melainkan daripada polis atau pun Ummi dan Azizan sendiri. Anwar hanya bertindak setelah mendapat nasihat dari Peguam Negara. Namun malangnya, Peguam Negara yang selama ini menasihati Anwar inilah yang sekarang mendakwa Anwar. Bukankah Anwar bertindak mengikut nasihat beliau dahulu? Peguam Negara hipokrit macam ini layak dihukum gantung saja.